62🌺EPILOG🌺

46.3K 698 249
                                    

Riuh rendah suara tetamu yang datang bertandang ke majlis perkahwinan anak seorang Datuk dan doktor.

Pak majid menyorong Mak Awa yang duduk di kerusi roda. Ramona pula menolak kereta roda bayi mereka yang sudah berusia enam bulan. Hero Ramona dan Pak Majid.

"Ayah balik rumah Mak Uda kan malamnie?" Soal Shida seraya mendukung anak kecilnya.

"Ya... Nanti tolong tengokkan mak ya... Esok tengahari macam biasa ayah singgah rumah.." Balas Pak Majid dengan senyuman bahagia.

Mereka selesai bersantap di majlis perkahwinan anak Datuk Jamal dan Dr. Mikhail. Ramona sempat mengusik pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan itu.

"Comel betul si Bella tue ya... Tapi itulah... Tiba-tiba tingat masa majlis kita dulu.." Ramona memulakan perbualannya dengan Pak Majid setelah melabuhkan punggung di seat kereta.

Kening Pak Majid terjungkit.

"Yang mana satu? Malam pertama ker apa?" Lelaki itu tersengih nakal. Kelihatan penuh giginya hari itu dek memakai gigi palsu baru.

Ramona hanya mencebik. Elehhhh... Tetiba ja jadi miang pulak orang tua nie!

"Elehhh... Ada orang tue kannn bang... Jual mahal betul ngan ayang.. Langsung tak berkutik masa malam pertama tue..." Sengaja Ramona mencipta drama dengan suaminya tengahari itu. Bayinya sibuk menekan-nekan dadanya.

"Ish.. Ishh.. Iyerr?? Sapa lah gamak orang tue kan? Mesti kacak bergaya orangnya kan... Ehem.. Ehem.." Pak Majid membetulkan kolar bajunya sambil berdehem.

Ramona hanya mengerling. Menyampah! Zip bahagian hadapan baju kurung cotton yang membalut tubuhnya ditarik. Si Iman mahu menyusu.

"Ho'oh... Memang kacak bergaya pun.. Walau usia dah senja... Masih hebat mengaum.." Dengan riak muka nakal Ramona membalas. Pak Majid mengulum senyum. Hidungnya kembang kempis.

Ramona menyuakan puting tetek ke mulut Iman. Berdecot-decot si anak kecil itu menyedut susu dari payudara sang ibu. Pak Majid hanya mampu menelan liur.

Dia hanya mampu redha. Sekarang ini dia perlu berebut dengan bayi lelakinya. Ah, tak! Dia kena mengalah.

Mengalah membiarkan si Iman menyusu dengan Ramona lebih darinya.

"Haippp! Abang jangan nak jeling-jeling sangat... Masuk ke parit kita tiga beranak kang!" Ramona memberikan amaran. Dia perasan yang suaminya geram dan cemburu dengan Iman. Mana taknya, baru nak mengulum lidah, si Iman udah merengek inginkan susu.

"Yelah.. Yelah... Apa nak buat... Berkongsi kasih sekarang nie.. Mmm.. " ujar Pak Majid seperti berjauh hati. Matanya tertumpu ke jalanraya.

Ramona mengusap lembut pipi suaminya. Comel betul bila orang tua merajuk nie!

"Ololoh... Iman sayang.. tengok tue... Ayah Iman dah majuk haaa.. Tak aluuu kann... Majuk sebab tak dapat ishap shushu..😛" Ramona bijak memujuk sang suami.

Kehadiran cahayamata dalam hidup mereka, membuatkan kasih sayang antara suami isteri itu semakin erat terjalin. Biarpun bayi itu dikandung dalam keadaan Ramona bunting harimau atau bunting pelanduk.

Semasa usia kandungan Ramona mencecah tiga bulan, tiba-tiba sahaja keluar darah sepertinya datang haid. Tetapi setelah diperiksa, alhamdulillah. Bayi lelaki itu selamat lahir dengan cukup sifatnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HUJAN [•C•] Where stories live. Discover now