Dahlan tersentak dari tidur. Dia mengeliat seketika sambil memerhati ke luar keretanya. Lelaki menguap besar tanpa menutup mulutnya.
Usai makan tengahari agak lewat di sebuah restoran berdekatan, dia melelapkan mata sebelum bergerak pulang ke kampungnya.
Restoran yang agak terkenal itu dipenuhi dengan pengunjung dari pelbagai daerah. Kebiasaannya pengunjung yang baru keluar dari lebuhraya menuju ke arah daerah S.
Dahlan membelek telefon bimbitnya. Mesej daripada Mira hanya dibaca sambil lalu. Malas melayan.
Sebuah kenderaan Hilux memasuki simpang restoran tersebut. Mata Dahlan tertancap pada plat kenderaan tersebut. Dia kenal pemilik kenderaan itu. Pak Majid!
Kenderan itu memarkir berselang dengan keretanya. Dahlan mula curiga.
'Kenapa diorang tiba-tiba ada di sini? Diorang dah jumpa Mon ker?' Getus hati kecil lelaki itu. Dia mengetap kuat geraham hingga terbit garis pada rahangnya.
Ditoleh ke arah parkir motorsikal di sisi keretanya. Dia tersenyum sumbing. Topi keledar full face yang tersemat kemas di atas sebuah motorsikal, disambar.
"Ya... Makan dululah.. Mak pun dok sendawa angin ja dari tadi..." Kedengaran suara Pak Majid berbual bersama Farouk dan Mak Leha.
Mak Leha menyelitkan beg tangan ke lengannya ala-ala Mak Datin. Pak Majid dan Farouk sudah berjalan mendahuluinya.
Dahlan sengaja berjalan terkocoh-kocoh merempuh Mak Leha.
"Oiii.. Mak engkau terbalekk!!" Mak Leha terkejut hingga melatah. Beg tangannya terlepas dari lengan.
"Allah... Maap makcik.. Saya tak sengaja.. Sorry.. Sorry..." Dahlan tunduk mencapai beg tangan Mak Leha yang tergolek ke tanah.
Dahi Mak Leha berkerut. Apa ke fesyen budak-budak zaman sekarang? Nak masuk kedai pun pakai helmet?
"Takpa.. Takpaa.. Mekasih ya anak.." Disapu kesan habuk yang melata pada beg tangannya. Dahlan turut pura-pura membersihkan kesan kotoran pada beg Mak Leha.
"Makcik nak pi mana?" Sengaja Dahlan menggunakan loghat orang tempatan.
"Mmm.. Nak pi jumpa anak makcik... Dia kena culik.." Ramah benar Mak Leha berbual tanpa mengira siapa lelaki yang berada di hadapannya.
"Eh.. Bahayanya.. Kena culik kat mana? Dengan sapa? Dah tue.. La nie makcik nak pi mana nie? Jumpa dia kat mana?" Semakin mendalam soalan yang diutarakan oleh Dahlan pada Mak Leha.
"Kat mana ntah.. Bandar S rasanya.. Kat balai polis situ.. Makcik pun lupaa.. Kejap tanya menantu makcik... Eh... Maji... Eh.." Kata-kata Mak Leha tergantung sepi. Kelibat anak muda tadi sudah tidak kelihatan.
Pak Majid muncul di sisi Mak Leha dengan dahi berkerut.
"Kenapa mak? Mak sembang dengan sapa tadi tue?" Pak Majid turut tercari-cari kelibat anak muda berhelmet tadi.
"Dah hilang plak.. Gi kencing agaknya.. Jomlah.. Mak dah lapar nie.." Mak Leha malas mahu memikirkan tentang budak lelaki tadi. Pasti anak muda itu tidak tahan mahu membuang air kecil sangat.
Dahlan berkira-kira untuk melarikan Ramona buat kali kedua. Tetapi dia buntu memikirkan yang gadis itu berada di balai polis.
'Sial!!' Dihentak kuat stereng keretanya. Dia menanti dengan sabar Pak Majid, Mak Leha dan Farouk menjamu selera di restoran itu.
Dia merenung tajam setiap perilaku dan bahasa tubuh lelaki tua yang membuntingkan bekas tunangnya itu. Dahlan cemburu. Sakit hati!
Kenderaan Hilux yang dipandu Pak Majid diekori dari belakang. Tidak sia-sia dia melepaskan lelah di kawasan itu. Dapat juga dia menjejak Ramona untuk kesekian kalinya.
YOU ARE READING
HUJAN [•C•]
Ficção Geral"Aku tak akan pernah menganggap kau isteri aku, Mon. Aku hanya sayangkan isteri aku sahaja.. "- Pak Majid "Mon tak mintak banyak pun.. Mon cuma mintak, bimbinglah Mon ke arah jalan yang lebih baik..."- Ramona "Sayang.. Kita jumpa kat pondok ya... Li...