61🌺PITAM

40.7K 624 144
                                    

Mesin-mesin beroperasi agak rancak di production pada pagi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mesin-mesin beroperasi agak rancak di production pada pagi itu. Iskandar berjalan dengan langkah tenang. Pakaian ESD smock yang dipakai dizip kemas.

Tubuhnya yang tinggi lampai bisa membuatkan banyak mata gadis-gadis operator yang memandang.

Itu hari pertama dia melapor diri di cawangan baharu kilangnya. Itu semua atas kehendaknya sendiri selepas tidak dapat menjadi suami orang.

'Ah! Banyak lagi pompuan lain dalam dunia nie! Takkan dia sorang ja bunga yang mekar berkembang di taman? Mmm... Silap aku lah sebab cuba memetik bunga di halaman orang..' Bisik hati kecil lelaki itu. Dia bukan tidak boleh move on. Tetapi, dia malu!

"Ouchhh! Woii.. Buta ker??!"

Lamunannya terbantut akibat disergah oleh seseorang. Seorang gadis bertinggung mengambil bekas cawan kertas berisi kopi yang tertumpah.

"Eh.. Sorry.. Sorry... Saya tak nampak tadi... Saya bayar..." Iskandar serba salah. Memang salahnya kerana mengelamun. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan duit kertas not sepuluh ringgit.

Gadis itu mendongak dengan renungan tajam.

"Huh!!!" Gadis comel itu menyambar not merah dari tangan Iskandar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Huh!!!" Gadis comel itu menyambar not merah dari tangan Iskandar. Dia menghadiahkan jelingan tajam pada Iskandar.

"Lain kali berjalan guna mata.. Bukan guna hidung!" Keras betul bunyi sindiran si gadis.

Iskandar tergelak kecil. Alahai, makin comel pula bila dia buat muka gitu!

Nama yang disulam pada pakaian ESD smock si gadis itu direnung.

'Maria? Mmm.. Nama sedap... Tapi orangnya ganas alahai.. Mm.. Menarik..' Lelaki itu mengulum senyum.

'Apa yang menarik Iskandar si nasi kandar oi? Kau mudah sangat terpikat kat pompuan kan? Terdesak sangat nak berbini dah kenapa??' Makin sakan pulak hatinya berbicara. Menghentam dia bertalu-talu.

Iskandar mengusap belakang kepalanya dengan tangan. Bibirnya spontan mengukir senyum.

Bayang gadis bernama Maria itu sudah tidak kelihatan. Iskandar mengorak langkah ke bahagian HR bagi bertemu dengan pihak atas kilang. Dia akan memulakan tugasannya sebagai jurutera di bahagian Quality Assurance (QA) pada hari itu.

HUJAN [•C•] Where stories live. Discover now