BAB 1 : KEKASIH KHAYALAN

5.7K 104 18
                                    

EDITED 16.04.2020

Acik dah edit manuskrip untuk send to editor. So, acik copy dekat sini sekali okay.

Perubahan sikit-sikit aje  untuk sedapkan ayat. hehe. Thank u!


****************


Salam guys,

Jemput baca karya terbaru Acik. InshaAllah Acik akan lebih konsisten share bab-bab terawal dekat Wattpad ni. Setiap hari Isnin dan Selasa Acik update k. 

Manuscript novel ni masih dalam progres  lagi. InshaAllah dah siap nanti Acik akan bukukan seperti biasa di bawah label Booku Enterprise. 

Terima kasih atas sokongan semua. Don't forget to drop some feedback ok? 

Selamat berkenalan dengan Arissa dan Noah!

Much Love,

Acik Lana



********************************************  

Bab 1

Tap! Tap!

Darahnya terasa berderau lagi. Baru saja nak terlelap menyapa mimpi, bunyi yang sama berulang kembali. Kelopak mata yang tadinya bercantum rapat, perlahan-lahan merenggang. Kaku seluruh tubuh Arissa yang masih berbaring mengiring di atas katil. Dipasang telinga dengan jantung berdebar-debar. Tekun mengamati bunyi di sekelilingnya.

Selain dari bunyi bising cengkerik dan serangga entah apa di luar sana, tak ada pula bunyi yang aneh. Atau dia yang tersalah dengar tadi? Tapi tak mungkin pula tersalah dengar. Sebab bukannya sekali dua, tapi sudah lebih dari empat kali. Bunyi seperti sesuatu mengetuk-ngetuk. Ketukan seperti nak memanggil atau cuba meraih perhatian seseorang.

Hesy, biar betul? Nak imagine pun dah ngeri, tak tahulah dia nak bereaksi macam mana kalau betul ada orang di tingkap.

Tap! Tap!

Baru disebut-sebut, terdengar lagi bunyi tadi. Dan sekarang Arissa mula sesak dibalut ketakutan. Bebola matanya ikut sama bergerak resah. Sekejap ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah. Melilau liar mencari punca tanpa berani menggerakkan badan. Nak pekakkan telinga dan tidur saja, confirm tak boleh. Siapa boleh lena kalau asyik terdengar bunyi-bunyi pelik macam ni?

Tap! Tap!

Kali ini airmuka Arissa berubah panik. Berkerut-kerut menahan seram yang mula mengecutkan perut. Kalau diikutkan menggelabah, mahu saja dia berselubung dalam selimut tebal untuk menyembunyikan diri. Tapi itulah, tak puas hati pula kalau tak disiasat habis-habis. Bila dah tak puas hati, asyik terfikir-fikir, jawabnya sampai ke pagilah dia takkan tidur.

Jika diamati dengan teliti, bunyi tadi tak ubah seperti ada sesuatu sedang mengetuk di cermin tingkap. Tingkap yang berada di belakangnya kerana dia sedang mengiring menghadap ke dinding. Yang peliknya, siapa rajin sangat nak ketuk tingkap malam-malam buta macam ni? Tingkap bilik dia tinggi, terletak di aras loteng, mustahil ada orang sanggup memanjat.

Wait a minute! Entah-entah group budak nakal siang tadi tak? Petang tadi bukan main lagi mereka menayang bakat prung-preng-prung-preng di jalan besar. Merempit tak ingat dunia depan rumah orang. Lepas tu siap pewit-pewit kepada dia dan Sabrina yang sibuk memunggah kotak dari lori. Sejenis perangai macam tak pernah nampak perempuan!

KEKASIH KHAYALANWhere stories live. Discover now