BAB 4 : KEKASIH KHAYALAN

1.6K 43 7
                                    

EDITED : 21

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EDITED : 21.04.2020

Acik dah copy yang dah edit ya!


************

Thank u buat yang komen dan perasan Noah ada tersebut nama Arissa dalam bab ni. Actually Noah belum tahu nama perempuan tu siapa. Cuma acik dah taip banyak bab, bila edit bab awal ni jadi terkeliru pulak. Tertaip nama Arissa. But acik dah amend dah.

Thanks ya! ♥️

*******

Bab 4

Pukul sebelas pagi, Arissa sudah turun ke dapur. Sejak pagi lagi dia sibuk mengemas kotak-kotak barang peribadinya yang baru sampai dari Jakarta. Semua sudah dibuka, disusun dan disimpan dengan rapi di dalam bilik loteng. Lega sungguh apabila segala harta benda yang tak seberapa itu selamat tiba ke sini. Tak sedap juga bila tertinggal lama di rumah sewa. Rasa macam ada benda yang belum selesai. Seperti tak ada closure kepada kehidupannya di bumi Indonesia.

Sekarang semua sudah selesai. Hundred percent settle!

Dan Juwita bolehlah mencari teman serumah lain bagi meringankan beban sewa di rumah tersebut. Arissa pun dah tak perlu pening-pening kepala nak mengirim wang kepada Juwita saban bulan. Susah-susah bayar sewa pun, bukannya dia tinggal dekat sana. Membazir setakat letak barang begitu saja.

Melangkah masuk ke dapur, Arissa cepat-cepat menyinsing lengan baju. Membantu Mak Tijah memasak hidangan untuk makan tengahari. Pertama kali bertemu semalam, langsung tak kekok dia berbual-bual dengan Mak Tijah. Orangnya cukup ramah, mesra dan kelakar. Terasa berfungsi jugalah lidahnya ini. Maklumlah dia kurang gemar berbual-bual dengan Syazwin dan Sabrina.

Berlakon jadi batu lagi bagus daripada melayan dua beranak tu!

Kalau ada berborak ringkas pun, dengan Danish saja Arissa ringan mulut nak bersembang. Itu pun sebab dia kesian tengok Danish tak dilayan kakak kandung sendiri. Si kakak sibuk nak bertik-tok tak habis-habis. Sekejap berjoget, sekejap miming lagu entah siapa. Kadangkala gelihati pula dia melihat Sabrina tergelek-gelek punggung sambil pegang telefon di bawah pokok mempelam. Feeling sangat tu sis!

Dari tadi Arissa asyik tersengih segan di dapur. Sebab Mak Tijah tak habis-habis meluah rasa kagum setiap kali melihat dia lincah menggunakan pisau. Potong bahan-bahan masakan dengan pantas dan cermat. Bawang merah dan bawang putihnya dimayang cantik dan elok sekata. Sama tebal, sama nipis.

Bukan Arissa sengaja nak menunjuk skill atau berlagak di depan Mak Tijah. Tapi memang dah terbiasa begitu. Ketika belajar di Jakarta dulu, mereka sentiasa dilatih untuk menggunakan pisau dengan cekap. Asyik praktis, praktis, lama-lama dah jadi habit. Tak boleh nak potong perlahan lagi. Sambil tutup mata pun dia boleh hiris segala jenis bahan masakan tanpa mencederakan jari jemari.

KEKASIH KHAYALANWhere stories live. Discover now