BAB 3 : KEKASIH KHAYALAN

1.6K 57 18
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


EDITED : 21.04.2020

Acik dah copy dekat sini versi final untuk send to editor. :)

*********************

Bab 3

Langkah kaki terhenti di atas jalan tar yang menghubungkan pagar utama dengan rumah bercat putih itu. Walaupun dunia sekeliling gelap gelita, banglo ini masih mampu menyerlah. Tersergam penuh megah. Terasa begitu dingin kabus malam yang melanggar dan membaluti segenap tubuhnya. Perlahan-lahan kepala terdongak sedikit. Menatap seluruh kediaman besar yang menyimpan sejuta memori hidupnya.

Oh, how I missed this place. Desis suara hati yang tersentuh. Terharu.

Kaki mula memasang satu persatu langkah untuk mara ke depan. Melangkah dan melangkah sehinggalah dia berdiri betul-betul di muka pintu kayu berwarna hitam itu. Tanpa ada sebarang perasaan ragu, tombol dipulas. Kemudian daun pintu itu ditolak perlahan-lahan.

Krekkkk!

Spontan bibir merekah dengan senyuman kecil. Masih seperti dulu, pintu utama ini akan mengeluarkan bunyi berkeriut setiap kali dibuka. Dan disebabkan bunyi trademark itulah dia selalu teruja ketika dizaman kecil. Girang berlari turun ke tingkat bawah untuk menyambut kepulangan ayahnya dari ladang.

Melangkah masuk, kaki terus dihala menuju ke tangga. Tak terasa pula nak menyinggah ke ruang tamu terlebih dulu. Didaki satu persatu anak tangga menuju ke aras atas. Sepanjang laluan itu, dia lihat ruang di dinding kosong saja tak berseri. Seingatnya emak dan ayah banyak menggantung gambar-gambar kenangan mereka sekeluarga di sini.

Sekadar mengabaikan apa yang dipandang, dia meneruskan pendakian ke tingkat atas. Setibanya di ruang tamu tingkat dua, seutas tali tebal yang tergantung berdekatan dinding ditarik. Serentak itu sebuah tangga kecil muncul perlahan-lahan dari siling. Dan inilah satu-satunya laluan yang boleh digunakan untuk naik ke bilik loteng. Bilik paling istimewa yang dibina di dalam Rumah Putih ini.

Dan Noah masih ingat dengan jelas. Di akhir-akhir hayat Luth, abang kembarnya sentiasa berkurung di bilik loteng tanpa mahu diganggu sesiapa. Cuma emak saja dibenarkan naik untuk menghantar makanan dan minuman. Itupun sekejap saja. Tak pastilah kenapa Luth bersikap begitu kerana dia tak dibenarkan bertanya. Mungkin Luth sekadar ingin menyendiri.

Memanjat tangga yang muat-muat untuk seorang itu, dirinya tiba juga di bilik loteng. Langkah dimajukan dengan perlahan. Walaupun tak pasti apa yang sedang berlaku, atau ke mana kaki menuju, Noah hanya menurut. Kerana kala ini pergerakan tubuhnya seolah-olah tak mampu lagi dikawal. Seperti ada satu kuasa telah mengambil alih segenap inci sendi di badan ini.

Tapi Noah yakin dengan satu perkara. Semua ini sekadar mimpi. Tak mungkin dia boleh kembali ke Rumah Putih jika berada di dunia realiti. Terlalu mustahil.

Berdiri tegak di hujung kaki katil bersaiz queen, pandangan terlontar kepada sekujur tubuh yang sedang berbaring mengiring. Seraut wajah itu dijamah mata. Begitu lena empunya badan membuai mimpi tanpa menyedari kehadirannya di sini. Diamati bersungguh-sungguh kerana dia langsung tak kenal siapa gadis itu.

KEKASIH KHAYALANWhere stories live. Discover now