BAB 17 : KEKASIH KHAYALAN

1K 47 11
                                    


Bab 17

"Thanks sebab bagi aku peluang untuk tengok semua ni."

Suara Luth yang mengucap terima kasih membuatkan Arissa tersenyum sendiri. Sambil terlentang di atas katil, pandangannya terhala lurus ke depan. Menatap butiran bintang yang tak terkira banyaknya. Indah sekali berkelip di dada langit yang hitam pekat. Sesekali kabus putih berarak perlahan menyamarkan keindahan di atas sana. Walaupun begitu, kerlipannya masih boleh dilihat dengan jelas.

Subhanallah. Betapa besar kuasa Allah yang mencipta seluruh alam. Bintang-bintang di langit terasa bagaikan dekat apabila dipandang. Laksana mampu dipetik tangan jika terbang tinggi ke awan. Namun hakikat sebenar, jarak bintang-bintang tersebut terlalu jauh. Dikatakan memakan masa selama berpuluh-puluh tahun untuk dihampiri. Kalau sanggup pergi pun, belum tentu sempat disentuh oleh manusia. Silap-silap sudah mati dalam perjalanan ke sana akibat sakit tua.

"Still can't believe this. Tak sangka aku dapat tengok semua ni dari tempat favourite aku."

"Aku tahu kau happy, but sorry. Ini first and last, okay? Aku tak boleh selalu benarkan kau masuk dalam bilik aku macam ni." Jelas Arissa berterus terang. Kepalanya diangkat sedikit untuk mengintai ke sebelah kiri. Dia lihat santai saja Luth berbaring di atas karpet dengan kedua belah tangan mengalas kepala. Tenang sepasang mata redup itu menatap ke langit.

"Ya, aku faham. Sekali pun tak apa, dah lebih dari cukup untuk aku."

Arissa kembali merebahkan kepala di atas bantal yang empuk. Selimut tebal di tubuhnya ditarik separas dada. Ruang di dalam kamarnya berubah sejuk dengan ketara setiap kali bahagian kecil pada bumbung di atas sana dibuka. Angin dan kabus dingin berebut-rebut menerobos masuk melalui lompong yang ternganga. Walaupun agak kurang selesa suhunya, namun keindahan di depan mata menjadikan ketidakselesaan ini berbaloi.

Sebenarnya Arissa sendiri tak pasti apa yang dilakukan sekarang betul ataupun salah. Well, dah jelas nyata salah kerana seorang lelaki berada di dalam kamar tertutup ini bersama-sama dengannya. Hanya mereka berdua tanpa ditemani sesiapa. Walau apa saja alasan, ia tetap salah dan tak manis dipandangan mata. Namun secebis perasaan simpati terhadap Luth membuatkan dia berdegil dan sanggup melanggar 'batasan'.

Demi untuk sekali ini saja. Ya, perkara begini takkan berulang untuk kali kedua mahupun ketiga. Walaupun keadaan mereka amat menyenangkan, seronok dapat berbual bersama, tapi cukuplah sekali saja. Kerana kasihankan Luth yang asyik menyebut rindu nak menatap bintang dari bilik loteng, dia merealisasikan impian lelaki itu. Dengan syarat mereka perlu duduk berjauhan antara satu sama lain. Dia di atas katil, manakala Luth di lantai seperti yang mereka lakukan sekarang.

Kalau diikutkan tadi, Arissa mahu keluar dari sini dan membiarkan Luth menatap keindahan langit seorang diri. Namun lelaki itu menegah dan meminta lima belas minit untuk mereka sama-sama meluangkan masa menikmati momen ini. Dan sekarang waktu berbaki lapan minit lagi. Memang awal-awal lagi Arissa sudah setkan timer pada telefon bimbitnya.

Bukan apa, takut rancak sangat berbual sampai tak sedar sudah melebihi had masa yang dipersetujui. Paling ngeri kalau mereka berdua sama-sama terlelap dek ralit benar mengira bintang. Maklumlah udara terlalu nyaman dan sejuk. Kelopak mata pun mudah sekali nak melekat bersama. Bahaya!

Sambil-sambil berbaring, Arissa lepaskan pandangan jauh ke langit yang gelap. Atap terbuka yang berbentuk empat segi itu tak ubah seperti sebuah bingkai gambar. Bingkai gambar yang dihiasi lukisan taburan bintang yang maha indah. Paling hebat, kerlipannya tidak kaku seperti kebanyakan lukisan biasa. Ia hidup dan rancak bergemerlapan pada rentak yang berbeza-beza. So magical!

KEKASIH KHAYALANWhere stories live. Discover now