BAB 11 : KEKASIH KHAYALAN

1.1K 47 21
                                    

Bab 11

            Turun ke ruang makan jam lapan setengah pagi, Arissa disapa perasaan hairan. Pelik sungguh apabila melihat sarapan ringkas sudah siap tersedia di atas meja. Kepingan roti, peanut butter dan seteko kopi sudah elok tersusun. Kebiasaannya Mak Tijah yang akan menghidang sarapan yang dia minta belikan di gerai berdekatan.

Sambil berdiri di tepi meja, Arissa masih terfikir-fikir sesuatu. Ajaib betul, siapa yang rajin sangat sediakan semua ni? Nak kata Mak Tijah, wanita itu kebiasaannya pukul sembilan pagi baru sampai ke sini. Mata melirik pula kepada dua biji cawan di tempat duduk Syazwin dan Sabrina. Cawan-cawan tersebut sudah siap diisi dengan air kopi yang hampir penuh.

Eh? Kenapa tuang awal-awal dalam cawan diaorang? Tak ke sejuk nanti?

Persoalan tersebut membawa tangan kanan Arissa ke teko yang terletak di kepala meja. Disentuh dengan hujung jari. Masih terasa panas menyengat lagi. Dan sekarang jantung di dalam kian berdetak tak enak. Fikiran juga mula menaruh syak yang bukan-bukan. Kerana kepelikan ini memang luar dari kebiasaan.

"Jangan minum kopi yang dibancuh Syazwin."

Berulang-ulangkali sebaris pesanan itu bermain di telinga Arissa. Berbunyi kuat, berbisik perlahan, pendek kata sentiasa melekat dipendengarannya. Antara realiti dan fantasi, dia kian keliru untuk membezakannya. Jadi cara yang paling baik adalah menyelidik sendiri supaya dia dapat memuaskan hati sendiri. Bersama bukti.

Anak mata Arissa sempat meneroka ke segenap ruang tamu untuk memeriksa. Kemudian panjang-panjang leher dia mengintai ke dapur yang kelihatan masih gelap. Mungkin Syazwin yang menyediakan semua ini sebelum menghantar Danish ke sekolah awal pagi tadi. Dan sekarang ibu tirinya sudah naik semula ke tingkat atas untuk bersiap-siap sebelum keluar bersamanya ke Putrajaya.

Yakin tiada sesiapa di runag bawah, Arissa mula bergerak menjalankan misi. Kopi-kopi yang belum luak di dalam cawan Syazwin dan Sabrina dituang terus ke dalam cawannya. Bakinya dimasukkan pula ke dalam teko yang masih hangat itu. Kemudian barulah dia memenuhkan semula cawan Syazwin dan Sabrina dengan kopi dari teko yang sama. Dituang pada aras yang serupa supaya tak ada sesiapa dapat mengesan apa yang telah dia lakukan.

Selesai menukar air di dalam cawan, Arissa terus duduk di tempat biasa. Sambil-sambil menunggu dua beranak itu turun ke bawah, tenang dia mengunyah roti dan menghirup kopi. Kalau melihat pada agenda mereka hari ini, tak mustahil Syazwin ada memasang niat untuk kenakan dia. Iyalah, kalau boleh memang ibu tiri dia itu mahu mengaut segala harta peninggalan arwah papa. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah asalkan merasa.

Beberapa minit kemudian, Sabrina dan Syazwin pun turun ke ruang makan. Satu rumah boleh bau perfume dua beranak itu yang menusuk kuat ke hidung. Arissa menahan nafas buat seketika. Tak tahulah spray perfume ke, atau mandi satu badan. Kuat benar baunya sampai naik pening kepala!

"Morning, Arissa. Kamu dah siap ke?"

"Hmm, dah." Jawab Arissa sepatah. Tak dipandang muka Syazwin yang baru melabuhkan duduk di atas kerusi di hujung meja. Sabrina pula seperti biasa akan mengambil tempat betul-betul di depannya.

"Sorrylah ini aje yang sempat aunty prepare untuk breakfast kita. Nak masak-masak memang tak sempat sebab kalut hantar Danish pergi school tadi."

"It's okay." Sekali lagi Arissa menunjuk sikap acuh tak acuh dengan kemesraan Syazwin. Bila dia menghirup kopi, ekor matanya nampak dengan jelas yang Syazwin dan Sabrina saling berpandangan.

Dalam hati Arissa, perasaan syak wasangka semakin menebal. Kalau betullah Syazwin ada meletakkan sesuatu di dalam kopi ini, memang cari pasal namanya. But it's okay. Because life is a boomerang, girls. Apa saja yang dua beranak ini bubuh dalam bancuhan kopi tadi, kesannya akan berbalik kepada mereka semula. Just wait and see.

KEKASIH KHAYALANWhere stories live. Discover now