BAB 19 : KEKASIH KHAYALAN

1.6K 40 7
                                    

Bab 19

            Lebar senyuman Fauzan apabila melihat Arissa keluar dari pintu utama dengan riak ceria. Seperti biasa, jantung di dalam mula berdebar-debar. Setiap kali berdepan dengan gadis bandar yang cantik jelita ini, hatinya serba tak keruan. Asyik nak buat perangai menggelabah tak tentu hala. Tak boleh maintain lagak macho langsung!

Sebenarnya semakin lama mengenali Arissa, semakin Fauzan selesa untuk berbual-bual dan bergurau senda. Tak sama seperti perasaannya ketika berdepan dengan Sabrina, sombong dan berlagak bukan main lagi minah tu. Pandang dia pun main jeling-jeling hujung mata.

Tahulah dia datang naik motor cabuk, tapi tak perlulah nak downkan perasaan orang sampai macam tu sekali. Nasib baik ibu pernah bercerita serba sedikit tentang sikap Sabrina. Tak adalah dia nak sentap lebih-lebih sangat. Buang masa aje!

            "Eh, cepatlah turun Zan. Kamu dok termenung apa lagi ni?" Mak Tijah mengetuk helmet Fauzan dengan tangannya. Menyedari mata Fauzan asyik melekat kepada Arissa, dia menggelengkan kepala.

"Elok sangatlah perangai kamu tu. Tengok anak dara orang macam tak pernah tengok perempuan. Memalukan umi ajelah kamu ni!"

            Disindir ibunya, Fauzan tersengih macam kerang busuk. Cepat-cepat dia membuka helmet dan turun dari motor. Sambil-sambil itu, tangan sibuk melurut rambut yang berselerak. Mahu tampak kemas dan handsome di mata Arissa. Lagipun pagi lagi ni, baru lepas mandi. Takkan nak tunjuk muka serabai pulak kan?

            "Selamat pagi Arissa." Sambil menegur, wajah Fauzan berseri-seri macam orang menang loteri. Eh, dapat pandang Arissa pagi-pagi macam ni memang tak ubah seperti menang loteri. Senang hati sampai ke petang. Kenyang sampai ke malam. Haha! Overnya.

            "Selamat pagi, Fauzan."

            Fauzan menyengih lagi. Storage box yang diletakkan di bahagian belakang motor segera dibuka untuk menyimpan kotak-kotak pemberian Arissa. Dalam masa yang sama, matanya asyik mencari peluang untuk memandang gadis itu.

Aduhai, manis betul senyuman Arissa. Gigi tersusun elok, kulit licin seperti telur dikupas cantik, memang tertawan sungguh hati bujangnya. Dan apabila melihat Arissa bergurau mesra dengan ibu, semakin kembang bunga di dalam dada. Kian menjadi-jadi angaunya. Macam tengah tengok menantu bergurau dengan emak mertua pula. Cewah!

Tapi itulah, tak berani Fauzan nak meletak harapan tinggi-tinggi. Gayat! Setakat nak berangan kosong, syok sendiri, bolehlah. Semacho-macho dia, takut juga kalau kena reject dengan Arissa. Confirm tertonggeng penuh kecewa. Maklumlah dia ini ada apa nak ditawarkan? Kerja pun jadi kuli dengan gaji cukup-cukup makan. Setakat muka seiras Remy Ishak, ingat Arissa heran?

            "Fauzan."

Terkejut lamunan Fauzan apabila ditegur suara lembut Arissa. Melihat Arissa tersenyum manis, mulutnya automatik ikut sama menyengih. Bahagia bebenor!

"Ini kek-kek yang bos awak order. Dia nak empat kotak dulu kan pagi ni?"

            "Aah, betullah tu. Empat kotak lagi awak hantar tengahari nanti kan?"

            "Iya, tengahari nanti saya pergi sana hantar."

            Fauzan menyambut huluran Arissa. Kotak-kotak dingin yang bertutup rapi itu terus dimasukkan ke dalam storage box motorsikalnya. Akan dijaga kek-kek Arissa ini seperti menjaga nyawa sendiri. Maklumlah cheesecake, lembut dan mudah hancur jika tak diberi penjagaan rapi. Bawa motor 20km/j pun dia sanggup asalkan Arissa tak menanggung rugi.

KEKASIH KHAYALANWhere stories live. Discover now