BAB 10 : KEKASIH KHAYALAN

1.2K 44 19
                                    

Bab 10

"Jangan banyak tanyalah, masuk cepat!"

Terbeliak mata Sabrina apabila lengannya ditarik dengan kuat. Setelah dipaksa masuk ke dalam, pintu kamar utama itu terus ditutup rapat. Siap dikunci oleh ibunya. Kaki menurut saja apabila mommy mengarahkan dia duduk di atas sofa berdekatan tingkap. Lain macam saja muka mommy tu, mesti ada apa-apa ni!

"Kenapa ni, mommy? Tiba-tiba aje hantar mesej cakap nak jumpa Rina." Sabrina terus menyoal tanpa berlengah lagi. Sambil duduk bersilang kaki, dia memerhati gerak-geri ibunya yang berdiri di almari solek. Entah apa yang mommy cari sampai beria benar menyelongkar beg tangan di situ.

"Ni Rina, kamu nampak ni?" Syazwin bergegas jalan mendekati tingkap. Ditayang botol hitam di tangannya sebelum menghenyak punggung di atas sofa. Betul-betul di sebelah Sabrina.

"Hah, botol apa tu mommy? Racun tikus ke?" Bersinar teruja pandangan Sabrina yang terhala kepada ibunya. Kalau dah jumpa sembunyi-sembunyi begini, pasti ada agenda rahsia mommy untuk kenakan Arissa. Yes, I can't wait! Inilah masa untuk dia membalas dendam.

"Ini bukan racun tikuslah. Belum sampai tahap tu lagi tindakan kita."

"Then apa? Minyak dagu?"

"Minyak dagu apa pulak kamu ni?" Syazwin mendengus dengan perangai lurus bendul Sabrina. Geram pun ada juga. "Ini ubat julap."

"Hmm, mommy sembelit ke? Itu rahsia yang mommy nak bagitahu?"

"Rina!"

"Aww!" Sabrina menyeringai kesakitan tatkala lengannya dicubit kuat oleh si ibu. Mulalah tangan sibuk menggosok di situ. Pedih macam kena ketip dengan ketam!

"Ubat ni bukan untuk mommylah, tapi untuk Arissa."

"Oh, okay. Mommy nak bagi dia minum ke?" Kali ini Sabrina memberi tumpuan penuh kepada rancangan ibunya. Kalau tersalah cakap, nanti kena sengatan berbisa lagi.

"Yes. Kalau Arissa terminum ubat ni, esok memang sehari suntuk dia akan berkampung dekat toilet. Bila dia dah asyik memerut macam tu, confirm dia tak boleh ikut kita jumpa uncle Amin."

"Ooo... okay, okay. Now I get it. Ini kes mommy tak nak Arissa ikut kita pergi Putrajaya esok kan?"

"Betul, pandai pun kamu. Kalau Arissa ikut sekali, tak ke duit tu jatuh ke tangan dia? Kamu tahulah uncle Amin tu, bukan dia suka dengan kita. Kalau boleh semua benda dia nak bagi pada Arissa walaupun duit satu sen!" Tercebik-cebik mulut Syazwin bercerita penuh perasaan meluat. Sakit hati setiap kali terbayangkan muka sahabat baik Ghazali yang bersikap berat sebelah itu.

Amin memang bodoh! Sekecil-kecil harta Ghazali semuanya mahu diserahkan kepada Arissa. Adil ke macam tu? Padahal duit yang bakal diterima esok adalah duit dari peti besi yang terletak di bilik tidurnya bersama Ghazali. Bagi sajalah pada dia. Dah tentu-tentu dia lebih berhak. Dia yang duduk sebilik dengan arwah suaminya. Hanya kerana dia tak tahu passcode untuk membuka peti besi itu, Amin terus menganggap ianya harta Arissa. Kurang ajar betul!

"Then macam mana kita nak bagi perempuan tu minum ubat julap, mommy? Tak adanya Arissa nak dengar cakap kita dan telan benda alah tu buta-buta."

"Of courselah dia takkan ikut cakap kita. Bodoh apa dia nak volunteer minum sendiri? Sebab tu kita kena buat senyap-senyap ."

"Okay, but how?"

Sekilas Syazwin menoleh ke pintu yang sedia tertutup rapat. Kemudian dia terus mendekatkan tubuhnya kepada Sabrina. Walaupun dia tahu Arissa sudah naik ke bilik loteng, tapi tak mustahil gadis itu mungkin turun ke bawah. Kerana kerap kali juga dia terserempak dengan Arissa yang turun untuk mengambil air kosong di dapur.

KEKASIH KHAYALANWhere stories live. Discover now