BAB 2 : KEKASIH KHAYALAN

2.5K 61 10
                                    

EDITED : 21.04.2020

Acik copy versi acik dah edit untuk send to editor :)


************


Bab 2


Arissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arissa


Kaki terhenti betul-betul di anak tangga terakhir. Tak jadi Arissa mahu terus turun tatkala suara Syazwin dan Sabrina kedengaran dari ruang makan. Disebalik dinding tangga, dia mula memasang telinga. Kalau dengar nada percakapan yang sesekali tinggi itu, bunyinya seperti Syazwin sedang memarahi Sabrina.

Spontan bibir mencebik penuh meluat. Padan muka kena bebel! Minah perasan diva itu memang patut kena marah. Baru pindah dekat sini sehari, dah sibuk nak cari pasal dengan dia. Ada saja yang nak digaduhkan Sabrina. Berebut biliklah, membentak nak bawa keretalah. Haih, betul-betul tak sedar dirilah perempuan tu!

Tak menghendap lama, Arissa menyambung langkah yang terhenti tadi. Kalau nak tunggu sesi bebelan Syazwin habis, jawabnya sampai gastriklah perut dia tak berisi. Dan sebaik saja dia menghampiri meja makan yang memuatkan enam kerusi itu, kemarahan Syazwin lenyap serta merta. Senyap sunyi. Langsung tak berbunyi. Tenang tanpa sebarang ketegangan seperti baru lepas ribut.

Saat anak mata mereka saling bertaut, tersengih-sengih wanita berusia empat puluh lapan tahun itu menyambut kedatangannya. Bukan main lagi menunjuk riak mesra sambil mengucap selamat pagi. Dengan nada yang paling lembut pula tu. Nak termuntah Arissa dengan perangai fake Syazwin. Namun bila pandangan terlirik kepada Sabrina, muka yang ditayang di situ nyata berbeza. Kelat dan masam mencuka. Terjeling-jeling penuh benci kepadanya.

Eh-eh, perempuan ni. Pagi-pagi pintu rezeki tengah terbuka luas, kau dah sibuk nak cari pasal dengan aku. Meluat betul!

Walaupun hati mendongkol geram, membentak penuh benci, namun Arissa tetap mengunci mulut. Sengaja mempamer muka selamba supaya hati Sabrina semakin panas dan terbakar. Boleh pergi jahanam kau punya tak puas hati tu. Blergh!

"Arissa."
Baru saja melabuhkan duduk di depan Sabrina, Syazwin sudah buka bicara untuk bermesra. Beria-ia ibu tirinya menunjuk kepada beberapa hidangan yang tersedia di atas meja makan.

"What do you want? French toast atau nasi goreng? Tapi nasi goreng kosong ajelah sebab kita belum beli barang dapur lagi. Aunty masak cincai-cincai aje ni." Lembut suara Syazwin menjelaskan. Kemudian dia ikut sama melabuhkan duduk di kerusi yang terletak di kepala meja. Mulut dah naik lenguh kerana asyik tersengih lebar kepada Arissa sejak tadi.

"Hmm..." Panjang leher Arissa mengintai mangkuk berisi nasi goreng di hujung sana. Aduhai, tak menyelerakan betul masakan Syazwin. Apa guna pakai pinggan mangkuk mewah kalau isi di dalamnya hauk? Tengoklah nasi goreng tu. Dahlah nasi terlembik, lepas tu tak rata pula bergaul dengan bumbunya. Hesy, tak selera langsung nak telan!

KEKASIH KHAYALANWhere stories live. Discover now