BAB 14🌸

33 2 0
                                    


Dia menangis kerana kekasihnya telah curang di belakangnya selama ini. Dia begitu kecewa dengan sikap kekasihnya. Kekasihnya mengandung anak luar nikah. Ahh! Anak yang Khalisah kandung tu bukan anak aku tapi aku rasa dia nak ambil kesempatan untuk dapatkan aku. Tapi aku selalu nampak dia keluar dengan seorang pemuda yang cukup aku kenal..tak lain tak bukan si Harry lah.. entah-entah dia yang buat sampai Khalisah mengandung.. Khalisah ni pun satu macam merelakan saja.. lepas tu, asyik ikut kata si Harry.Mentang-mentanglah aku berduit, walaupun aku tak keluarkan duit, senang-senang Khalisah nak ambil kesempatan.. tak guna kau, Khalisah... getus hati Amirul. Ya Allah, macam mana aku boleh jatuh cinta dengan seorang gadis yang cantik tapi buruk akhlaknya..keluh dihati Amirul.

"Aku nak minta tolong siapa? Hahh! Pasti Hasriza dan Luqman boleh tolong aku. Masa inilah aku kena beritahu siapa bunuh Haris masa enam tahun lalu. Tahun ini Hasriza berumur 26 tahun ,Luqman berumur 25 tahun dan aku berumur 29 tahun dan seumur dengan Haris. Kalau dulu masa Haris kena rempuh masa berumur 23 tahun dan Hasriza berumur 20 tahun. Kenapa aku asyik teringat Hasriza, takkan aku suka dia. Kenapa aku berasa tenang setiap kali aku luahkan isi hati aku dekat Hasriza. Betul ke aku suka dia?"Amirul bermonolog sendiri. Dia menekan nombor telefon Hasriza .

"Assalamualaikum."Amirul memberi salam. Salamnya dijawab dengan jelas.

"Ada apa kau call aku ni?" tanya Hasriza.

"Aku call kau ni sebab aku ada masalah besar ni."balas Amirul.

"Apa masalah kau?"tanya lagi Hasriza.

"Sebenarnya aku nak putus hubungan dengan Khalisah."kata Amirul dengan nada yang serius.

"Ya Allah, kenapa kau nak putus hubungan dengan Khalisah?"terkejut Hasriza dengan penyataan yang disampaikan oleh Amirul. Selama ini Khalisah yang selalu menemani Amirul. Entah angin apa tiba-tiba Amirul ingin memutuskan hubungan mereka berdua.

"Sebenarnya..."Amirul tergagap berkata.

"Sebenarnya apa?"tanya lagi Hasriza. Kemudian, Amirul cerita tentang dirinya dan Khalisah. Dari A hinggalah Z.

"Aku fikir nak tinggal dengan engkau sebab aku sunyilah duduk rumah aku ni. Aku bosanlah. Kalau aku tak buat kerja, boleh aku main dengan korang dua kan. Alah... Lagipun Abang kau dua-dua dah kahwin, jadi tinggallah korang dua. Korang dua pun sunyi kan?"Amirul merayu rayu supaya dia diterima oleh Hasriza untuk tinggal bersama.

"Hmm... Beri masa untuk aku fikir... Okey.."Hasriza cuba untuk meyakinkan Amirul.

"Okey tapi jangan lama fikir. Kesian aku duduk sorang-sorang kat rumah."balas Amirul dengan wajah yang ragu-ragu.

"Itu je kan... Okey, aku ada benda lagi nak dibuat ni... Bye. Assalamualaikum."itulah kata akhir Hasriza sebelum meletakkan gagang telefon. Salam dijawab perlahan. Alhamdulillah... Hatinya sedikit tenang kerana telah meluahkan apa yang dirasa. Malam makin lewat. Dia membaca doa dan tidur.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Dia berada di taman yang sangat indah. Tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ , sedangkan bukan dia di rumah kah?

"Aku kat mana ni?"Ridzuan bermonolog sendiri. Tiba-tiba seorang pemuda yang berjubah putih datang ke arahnya. Wajah pemuda itu begitu berseri-seri dan tenang.

"Assalamualaikum, Ridzuan."pemuda itu memberi salam dengan sopan dan ikhlas. Senyumannya begitu menawan dan boleh mencairkan hati seorang gadis.

"Waalaikumussalam... Siapa awak? Macam mana awak tahu nama saya?"bertubi-tubi Ridzuan menanya pemuda itu.

"Aku tahu nama kau dari Hasriza iaitu cinta hati aku yang dahulu dan nama aku Haris."kata Haris.

"Tak sangka saya dapat jumpa awak, Haris. Ini rupanya cinta hati Hasriza yang sebenarnya. Kenapa awak nak jumpa saya?"tanya lagi Ridzuan.

"Aku ingin berpesan padamu, Ridzuan."Haris berkata dengan nada yang lembut.

"Apakah pesananmu,Haris?"Ridzuan tertanya-tanya apakah pesannya.

"Aku berpesan denganmu. Kau jagalah cinta hati ku, Hasriza. Aku tahu, dia kesunyian ketika ini. Kau bahagiakanlah dia, aku tak mahu dia bersedih berpanjangan kerana aku. Aku yakin kau boleh bahagiakan dia. Aku tak mampu untuk membahagiakan dia. Cukuplah selama ini, aku merasai cinta. Ingatlah pesan ku, wahai sahabat ku. Assalamualaikum."itu kata akhir Haris sebelum dia menghilang.

Ridzuan terkejut dengan pesanan itu. Tak sangka, aku boleh dapat jumpa Haris dan Haris tu seorang yang kacak bila diteliti wajahnya tadi,tampak berseri-seri. Bila dipadankan Haris dan Hasriza, mereka berdua begitu sepadan tapi sayang. Keindahan itu sekejap sahaja.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Tiba-tiba Ridzuan terjaga dari tidur. Dia beristighfar sebanyak tiga kali. Kemudian, dia menilik jam yang menunjukkan pukul 6 pagi. Dia cuba mengingati mimpi tadi. Betul ke dalam mimpi tadi tu Haris yang jumpa aku dan memberi pesanan kepada aku agar jaga Hasriza dengan baik. Terasa sayu apabila mendengar semua pesanan Haris. Dia beristighfar sebanyak tiga kali. Dia mencapai tuala dan terus ke bilik mandi.

Selepas dia mandi dan memakai pakaian. Dia terus mendirikan solat Subuh. Usai solat Subuh, terus dia kearah anaknya untuk dimandikan. Selepas dia memandikan Razali, dia terus memakaikan pakaian Razali. Kemudian, dia membawa anaknya ke meja makan untuk menikmati sarapan.

"Papa... Hari ini kite makan sarapan ape?"tanya Razali kepada bapanya, Ridzuan.

"Sayang papa, kita hari ini makan sarapan roti jala yang dibuat oleh nenek."kata Ridzuan dengan lembut.

"Papa. Raz, nak tanya boleh?"takut-takut Razali menanya.

"Boleh, sayang. Papa tak marah."balas Ridzuan dengan wajah yang tenang.

"Papa.. mana mama? Kenapa dia tak datang macam dulu? Raz rindu mama. Raz nak mama yang dulu. Raz rindu mama yang selalu dukung Razali. Razali teringin nak jumpa mama yang jaga Raz dulu."Razali meluahkan perasaan.

"Mama sekarang tengah sibuk bekerja di luar negara. Nanti aje mama balik kalau ada masa."Ridzuan memberi alasan.

"Nampaknya,kamu kena juga cari pengganti Marina. Kalau tak, mesti anak kamu berkali-kali memberi soalan yang sama aje."Puan Laila memberi nasihat kepada anaknya.

"Baiklah,mak. Tapi sebenarnya Izuan dah jumpa yang sesuai untuk dijadikan isteri,mak."balas Ridzuan dengan wajah yang agak gelisah.

"Ouhh.... Dah jumpa rupanya.."Puan Laila mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Ridzuan.

"Okeylah,mak. Saya dah nak pergi kerja ni? Nanti kalau ada gambar, bolehlah Izuan tunjuk tapi sekarang belum ada gambarnya. Bye, sayang. Papa nak pergi kerja. Bye, Assalamualaikum."kata akhir Ridzuan. Dia terus mengambil begnya untuk dibawa.
Tenangnya hati ku ini...

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now