BAB 19🌸

39 2 0
                                    


Hasriza menarik nafas panjang kerana pada hari ini dia ada Konvokesyen Universiti Malaya. Mungkin dia akan bergelar doktor selepas ini.

Perlahan-lahan dia memakai baju khas sebagai penerima sijil.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Sekarang dia berada di sebuah Dewan yang besar. Dia sedang berbaris ikut nama. Tiba gilirannya. Dia senyum depan kamera. Kemudian, dia terus menuju ke arah tangga. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga. Gembiranya tidak terkata. Abang kesayangan aku pun ada.. siapa lagi kalau bukan Hazmi. Hehehe...

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Tahniah, Kakak! Nanti balik Sabah sebab nak buat kenduri kesyukuran."ucap Hazmi.

"Ya lah bah..."mengiyakan kata Hazmi. Hari ini Hasriza, Luqman dan Amirul akan balik ke Sabah. Oleh kerana mereka bertiga sibuk dengan kerja dan belajar sehingga mereka tidak terpulang.
Hazmi memimpin isterinya,Aznizah yang merupakan seorang Ustazah yang mengajar matapelajaran Bahasa Arab dan juga Pendidikan Islam di sebuah sekolah menengah di daerah Beaufort.

Mereka pun segera ke Kuala Lumpur Internasional Airport. Mereka menaiki pesawat MH 17 Malaysia. Hasriza duduk sebelah tingkap pesawat. Jelas sekali awan. Beberapa jam kemudian, mereka telah pun sampai di Kota Kinabalu Internasional Airport.

"Yeah! Dah sampai Sabah!"girang Hasriza.

"Alhamdulillah.... Kita selamat sampai juga."Hazmi memanjatkan rasa syukur kerana tidak berlaku apa-apa pada mereka.

"Siapa ambil kita kat Airport?"tanya Luqman.

"Along akan ambil kita. Tu Along dah sampai."kata Hazmi sambil memuncungkan mulutnya ke arah kereta Alza. 3 jam kemudian, mereka telah sampai di rumah. Puan Hanisah sudah terpacak di depan rumah.

"Yeah! Anak Umi sorang dah balik. Alhamdulillah.."girang Puan Hanisah. Hasriza bersalaman dengan Puan Hanisah diikuti Amirul dan Luqman.

"Kita buat kenduri kan Umi?"tanya Hasriza. Puan Hanisah hanya mengangguk. Mereka semua pun masuk. Semua adik beradiknya sudah pulang dari Universiti. Saudara mara pun dah ada,siap berborak lagi.

"Mekalu sudah ikau punyo sumandak, Nisa. Ada keraja lagi tu. Keraja da doktor."kata Puan Zaharah dalam berbahasa Bisaya.

"Andang nio si Riza. Iyo mau jadi da doktor bila iyo mekalu."balas Puan Hanisah. Mereka mengadakan kenduri kesyukuran pada waktu malam selepas Isyak.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Selepas Isyak, orang mula datang ke kenduri tersebut. Di sana sini orang berborak. Selesai sahaja kenduri tersebut, mereka segera mengemas segala-galanya. Selesai mengemas, mereka yang lain sudah pergi tidur kat bilik kecuali Hasriza yang hanya termenung dari tadi. Sebenarnya dia pun kat dalam bilik tapi entah angin apa membuat dirinya tidak dapat tidur. Tiba-tiba...

Kring! Kring! Kring!

Hasriza segera mengangkat panggilan tersebut. Terpapar nama Ridzuan. Dah kenapa mamat sorang ni? Ada masalah ke?.. getus hati Hasriza.

"Hello...."Ridzuan memulakan bicara.

"Hey... Tak reti bagi salam ke?"tegur Hasriza. Ridzuan sedar akan kesilapannya segera dia memberi salam dan salam itu dijawab.

"Ada apa call Has malam-malam buta ni?"tanya Hasriza.

"Tak de lah. Saje Abang call Has. Bukan ape... Si Razali ni asyik panggil Has. Abang ni dah pening dengan perangai Razali ni sebab tu Abang call Has."jawab Ridzuan.

"Ouhh.... Cakaplah awal-awal. Mana Razali?"tanya lagi Hasriza. Ridzuan seperti memanggil anaknya.

"Hello,mama. Mama sihat ke? Mana mama pergi?"bertubi-tubi Razali bertanya.

"Alhamdulillah... Mama sihat sayang. Mama ada urusan kerja kat luar negara. Maafkan mama sayang."kata Hasriza.

"Kat luar negara? Hmm... Jangan lama-lama tau. Nanti Raz rindu mama pulak."kata Razali dengan nada seperti nak nangis.

"Ye... Mama tak lame lah kat luar negara ni. Nanti mama baliklah."kata Hasriza dengan nada yang sayu. Apabila mengenangkan Razali yang tidak mendapat setitis kasih seorang ibu dari kecil. Dia begitu kasihan akan Razali.

"Okey mama. Raz nak pergi tidur. Selamat malam."kata terakhir Razali.
Kini telefon berada di tangan Ridzuan.

"Dengar tu... Razali tu terlampau rindukan Has. Tapi apa pun Abang pun tak boleh halang juga sebab Hasriza pun ada keluarga kan?"kata Ridzuan.

"Yelah yelah yelah..... Has tahu."mengiyakan sahaja kata-kata Ridzuan.

"Bye Hasriza ku Sayang. Selamat malam. Assalamualaikum."itu kata terakhir dari Ridzuan. Salam itu dijawab perlahan.

Dia kembali termenung. Kalau Abi ada, pasti Abi gembira sebab aku berjaya. Abi meninggal dunia kerana serangan jantung selepas Abi mendengar berita Haris kemalangan jalanraya. Haris ialah tunang ku dahulu tapi sekarang bukan... hati kecilnya berbisik. Dia mengeluh lagi. Dia menilik jam yang menunjukkan pukul 12 malam sudah. Dia masih belum tidur. Dia membuka aplikasi Instagram. Terpampang sebuah gambar kenangan bersama seseorang.


Lama-kelamaan dia pun terlelap dalam keadaan menangis... Dia begitu rindukan insan-insan yang dia sayang. Harap suatu hari nanti, dia mendapat kebahagiaan.










Mimpi IndahWhere stories live. Discover now