BAB 10🌸

62 2 0
                                    

                        Hasriza dan rakan-rakannya yang lain sedang bermain bola di futsal.Dalam leka bermain, setibanya Hasriza jatuh. Pengsan. Dia dikejarkan ke hospital. Beberapa minit kemudian, Hasriza sedar dari pengsan. Dia pun tidak tahu kenapa dia pengsan. Tiba-tiba seorang doktor masuk ke bilik rawatan. Doktor itu mendekati Hasriza kerana ingin memeriksa.

                          "Tahniah puan kerana puan bakal menjadi ibu."kata doktor sambil tersenyum. Hati sedikit terkejut, gembira dan teruja. Syukur.. Alhamdulillah.. aku bakal jadi ibu.. tapi siapa bapa budak dalam perut aku ni... Dia ragu-ragu anak dalam kandungannya.

                          "Doktor,dah berapa bulan saya mengandung?"tanya Hasriza.
                          "Puan dah mengandung dua bulan."kata doktor. Tiba-tiba seseorang membuka pintu dari luar. Tersembul muka Haris. Haris meminta doktor keluar sebentar kerana ingin bercakap dengan isterinya.

                        "Assalamualaikum. Tahniah Sayang kerana mengandungkan zuriat Abang. Abang risau tadi apabila diberitahu yang Sayang pengsan tapi dalam Sayang pengsan tu doktor beritahu yang kita tak lama lagi dapat baby. Masa tu Allah je tahu perasaan Abang macam mana. Abang terlampau excited tau."kata Haris sambil menggenggam erat tangan Hasriza. Perlahan-lahan dia mencium tangan Hasriza dengan rasa kasih.

                          "Has tak tahu nak kata apa masa doktor cakap yang Has mengandung. Has terkejut tapi dalam masa yang sama Has gembira."kata Hasriza dengan nada yang girang. Lantas Haris memeluk isterinya yang tersayang. Hasriza membalas pelukan itu.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

                     Hasriza terbangun dari lena. Astaghfirullahalazim.. Ya Allah.. mimpi apakah itu tadi...apa yang aku mimpi dan kenapa selepas aku bermimpi perkara ini, hati aku kembali tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan hilang sudah api kemarahan terhadap Haris seperti aku sudah memaafkan dia. Mungkin kerana aku dalam mimpi itu tadi bahawa aku mengandung... mengandung!! Gila!?... Hasriza bermonolog sendiri.

                            Nasib baiklah hari ini masih cuti. Sebenarnya cuti seminggu je pun...Tanpa Hasriza sedari, gerak geri Hasriza diperhatikan oleh seseorang. Nak tahu siapa yang tengok Hasriza? Azhan lah..
                               Hasriza baru perasan yang gerak gerinya telah diperhati oleh seseorang. Bukan kepalang apabila dia terlihat Azhan yang berada dimuka pintu. Nasib dia mengenakan tudung, kalau tak pakai kang, ada kang free hair si Azhan tu tengok. Hasriza menjadi segan pulak apabila Azhan memandangnya dengan pandangan yang berbeza.

           
                   Eh..dah kenapa dengan mamat sorang asyik pandang aku je dari tadi.. getus hati Hasriza.

                    "Ehem..ehem... Sorry, Has tak perasan yang Abang Azhan ada kat situ."kata Hasriza memecahkan kesunyian. Kemudian Azhan mengukir senyuman.

                    "Macam mana Hasriza tak perasan kalau dah layan perasaan sendiri. Dah tu cakap sorang-sorang pulak tu, seramnya.."kata Azhan sambil buat riak takut.

                   "Ala... Kita ni kekadang perlu juga cakap sendiri."Hasriza memberi alasan sambil dia mengerdipkan matanya. Terkaku Azhan apabila Hasriza berbuat sedemikian.Hasriza, Hasriza..kau buat hati ku ini semakin suka.. senyum sendiri sambil memandang Hasriza. Hasriza yang memerhati sahaja terasa ingin ketawa tetapi ditahan saja. Dah kenapa dengan mamat ni senyum sorang-sorang, gila ke?.. kata hati Hasriza.

                      "Assalamualaikum... Abang Azhan dah jam berapa ni?"dia saja tanya.
                   
                          "Sekarang dah pukul 5..eh tak lama lagi nak masuk waktu solat Subuh."kata Azhan selamba. Azhan pun beredar dari situ.

   🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

                             Pagi itu, Hasriza asyik termenung memanjang kerana dia masih mengingati mimpi yang dia alami malam tadi. Tiba-tiba perasaan takut tular dihatinya. 

                 "Assalamualaikum... Jauh termenung... Kalau termenung ni mesti Kakak ade boy friend kan betul tak?"Hazmi membuka kata dengan salam. Tersentak Hasriza apabila dia ditegur. Lantas dia menjawab.
    
                     "Waalaikumussalam... Hish! Abang ni, takkan ada boy friend baru adik termenung.."Hasriza menafikan apa yang diperkatakan oleh Hazmi.

                     "Eleehh... Janganlah tipu Abang. Abang tahu adik Abang macam mana."Hazmi mengusik Hasriza sehingga Hasriza tertunduk malu.

                      "Tengok Kakak dah blushing. Dah agak dah."usik Hazmi.
   

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

                 "Jauh termenung kawan aku yang sorang ni ke kau dah naik angau kat Hasriza. Ceritalah sikit beb."tegur Khalid yang dari tadi asyik termenung saja.

                     "Aku termenung because something."kata Haris dengan riak teruja sedikit.     
      
                         "Tu sebab aku tanye kau. Ceritalah.."balas Khalid dengan rasa tidak sabar.

                        "Macam ni. Aku semalam termimpi Hasriza mengandungkan anak aku tapi itu dalam mimpi."gugup Haris bercerita.

                          "Apa kau buntingkan dia?"tak terkejut Khalid apabila mendengar cerita kawannya.

                             "Dalam mimpilah. Tuli kah kau ni?"jelas Haris.
                            "Oh... Sorry, aku terkejut dengar cerita kau."balas Khalid sambil mengerutkan dahi.
 
                              "Eh... Aku baliklah dulu, Khalid."Haris meminta diri. Dia pun keluar dari perpustakaan dan apabila terlihat kereta Saga Merah. Dia terus pulang dengan perasaan yang gelisah seperti merindui seseorang tapi siapa.

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now