BAB 2🌸

112 2 0
                                    

Hasriza menunggu kereta sepupunya Hidayah di beranda rumah. Tiba-tiba sebuah kereta Myvi masuk halaman rumah. Hahh...Itu mesti si Hidayah , Hasriza berkata dalam hati.

"Assalamualaikum, Has. Mana emak kau?"Hidayah memberi salam sambil menanya Hasriza.

"Waalaikumussalam. Eh....
Dayah sudah sampai? Umi tengah makan ,kejap lagi siaplah tu."Hasriza menjawab salam dan sekaligus menjawab soalannya.

Puan Hanisah telah selesai sarapan. Kemudian dia membasuh tangan dan terus mengambil beg tangan .

Mereka berempat pun terus masuk ke dalam kereta . Selesai baca doa kenderaan. Puan Hanisah mengambil seorang lagi penumpang iaitu Hamizah yang menunggu di simpang rumah. Mereka pun bertolak ke destinasi iaitu Kompleks Sukan Beaufort dan sebenarnya, pihak sekolah yang menganjurkan rumah-rumah sukan tu di Kompleks Sukan .

Sepanjang perjalanan mereka,tiada siapa yang bercakap hanya bunyi radio saja menjadi tembok kebisuan.

Beberapa minit kemudian, mereka pun telah sampai ke destinasi pertama . Hanya Hasriza , Hafiz, Hamizah dan Hidayah saja ke Kompleks Sukan kecuali Puan Hanisah kerana dia akan ke tempat kerja.

Hasriza pun terus naik ke astaka dengan menggunakan tangga di tengah-tengah astaka kerana ingin meletak beg di tempat duduk astaka. Sebenarnya Hasriza rumah sukan Waja dan tempat kedudukan rumah sukan Waja di sebelah kanan rumah sukan Satria .

Semasa melintasi rumah sukan Satria tanpa sengaja Hasriza terpandang seorang lelaki yang leka berborak dengan temannya . Macam pernah lihat wajah itu tapi di mana ya?Hah! Mungkin itu jejaka dalam mimpi aku semalam . Adakah aku di alam realiti atau alam mimpi? Cuba aku cubit pipi aku. Auww.. sakitnya.. Ternyata bukan mimpi tapi realiti.

Hasriza terus mencari tempat duduk dan meletak beg . Tiba-tiba seseorang memberi salam. Hasriza pun menoleh . Rupa-rupanya kawan-kawan satu kelas Hasriza. Hasriza pun menjawab salam tersebut.

"Dah lama ke kau sampai?" soal Haliza .

"Baru je aku sampai. Mana pula yang lain ?"Hasriza pula menyoal setelah menjawab soalannya.

"Yang lain ada , tengah joging . Eh , apa kata kita joging nak tak?"Jawab Haliza sambil memberi soalan.

"Hmm... Jomlah, kita joging"ajak Hasriza . Mereka berdua pun terus ke berjalan tempat untuk berlumba. Mereka pun berjoging bersama-sama. Apabila mereka ternampak kawan-kawan mereka yang lain. Mereka pun berjoging bersama-sama sebanyak tiga pusingan.
Selesai memanaskan badan, mereka kembali ke astaka untuk berehat seketika. Hasriza begitu leka dengan memerhatikan jejaka itu dari jauh.

Tiba-tiba kawan jejaka itu ternampak Hasriza seperti memerhatikan mereka berdua. Alamak! Itukan Khalid, mesti dia dah beritahu pasal aku dekat jejaka..kalut Hasriza. Jejaka itu melihat ke arahnya manakala Hasriza melihat ke tempat yang lain. Kantoi lah aku.. dia cuba menafikan apa yang berada dalam hatinya ketika ini.

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now