BAB 8🌸

55 2 0
                                    

                               Usai solat Subuh, Hasriza bersiap untuk ke sekolah. Dia menyarungkan baju t-shirt KRS dan seluar slack ke tubuh. Dah siap. Macam Kadet Tentera pulak sebab baju KRS warna hijau. Setelah selesai bersiap, dia pun terus melangkah keluar dari bilik tidur dan terus ke meja makan untuk menikmati sarapan pagi. Tiba-tiba seseorang datang ke meja makan.  Hey... budak ni buat aku terkejut saja... Kalau korang nak tahu yang siapa datang ke meja makan ni? Betul ni korang nak tahu? Siapa lagi kalau bukan Mohd Hafiz bin Hazrin... Hasriza berbisik sendiri.

                               Hafiz juga memakai pakaian KRS tapi full uniform tak seperti Hasriza yang hanya memakai t-shirt KRS dan seluar slack sahaja.

                              "Amboi, segaknya anak Abi yang sorang ni, pakai full uniform pulak tu.Kenapa Kakak tak pakai macam Achik." puji Hazrin kepada Hafiz dan sekaligus memberi soalan kepada Hasriza.

                                 "Bukan Kakak tak pakai tapi sekarang ni kan musim panas takkan nak pakai macam Achik. Nanti tak pasal-pasal pengsan."jawab Hasriza.

                                  "Dah siap sarapan? Kalau dah siap, kita gerak." Puan Hanisah pula mencela.

                                   "Dah siap Umi."hampir serentak Hafiz dan Hasriza bersuara. Mereka berdua terus membasuh tangan dan kemudian mencapai beg masing-masing. Mereka pun memakai kasut sekolah berwarna hitam. Selesai menyarungkan kaki ke dalam kasut, mereka terus melangkahkan ke kereta Myvi. Enjin kereta dihidupkan dan mereka membaca doa naik kenderaan. Mereka memulakan perjalanan. Beberapa minit kemudian, mereka pun tiba di sekolah. Hasriza dan Hafiz bersalaman dengan Puan Hanisah.

                          Mereka pun keluar dari perut kereta kecuali Puan Hanisah. Mereka terus memasuki kawasan sekolah tetapi bangunan sekolah berada di atas bukit. Mereka berjalan dari bawah bukit kira-kira 10 minit baru sampai ,tu belum lagi yang kelas berada di tingkat atas. Memang memenatkan tetapi ini juga salah satu senaman.                                                                                                                                                                             10 minit kemudian, mereka pun sampai di atas bukit. Aku bangga dengan sekolah aku kerana sekolah ini berada di atas bukit dan mengajar aku supaya aku tak berputus asa.  Sekolah aku berada di atas bukit , mungkin menyebabkan orang lain tidak sanggup sekolah di sini. Selain itu, mungkin ia memenatkan seseorang.. hati Hasriza berkata sambil bibirnya mengukir senyuman. Dia sudah berada di tingkat atas.

                               Sepanjang perjalanan pembelajaran pada hari ini begitu lancar dan tenang sekali.

                             Tiba masanya waktu KOKUM dan KOKUM pada hari ini ialah Unit Beruniform. Memandangkan Hasriza Unit Beruniform KRS, dia terus turun ke gelanggang di kawasan rumah plat guru. Sementara menunggu guru penyelaras KRS , Hasriza dan yang lain berehat sekejap.

                               Tiba-tiba sebuah kereta Alza memasuki kawasan rumah plat guru. Alamak, Cikgu Hazril lah! getus hati Hasriza.Mereka pun berbaris bertiga tiga.

                              "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana kita dapat bersama-sama sekali lagi pada hari ini. Okey... Petang ini, kita akan training simpulan dan ikatan. Nasib cikgu ada bawa tali. Buat beberapa kumpulan. Tingkatan 5, pergi ke hadapan sebab Tingkatan 5 akan mengajar kepada adik-adik kamu. Di ikuti Tingkatan 4 dan seterusnya."Cikgu Hazril memberi ucapan serta memberi arahan kepada semua ahli KRS.

                               Hasriza telah memasuki Kumpulan 1 . Hasriza begitu terkejut kerana tanpa disangka dia satu kumpulan dengan Haris. Haris juga begitu dan hatinya berasa gembira , berbunga riang tetapi dia tahan sahaja. Sepanjang perjalanan KOKUM itu,  Haris begitu asyik merenung wajah Hasriza, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.

                              "Amboi, kawan aku! Bukan main lagi kau asyik pandang Hasriza aje. Hebat juga eh perempuan macam Hasriza sampai kau pun naik angau dekat dia."usik Khalid kepada kawannya sambil senyum meleret.

                            "Tak de lah. Aku mana ada suka kat dia. Dia tu..Eeeee..... Aku tengok dia tu macam tak sesuai lah dengan aku."Haris menafikan apa yang diperkatakan oleh Khalid. Sebenarnya hatinya berasa senang dengan kata-kata Khalid tadi. Haris, Haris..kau ni tahu menipu orang tapi sebenarnya kau telah menipu diri sendiri, Haris..teriak hati Haris.
                   
                       "Eleh... Tak payahlah kau nak menipu aku. Macamlah aku tak kenal kau.Kau menipu diri sendiri Mohd Haris bin Mohd Faris."kata Khalid dengan yakin sambil senyum meleret. Hehe...kau nak kenakan kawan kau ni,kau sendiri yang terkena nanti,kena kebas oleh orang lain.. baru kau tahu Haris.. langit tu tinggi ke rendah.. getus hati Khalid.

                          "Yelah, yelah... Aku sedar aku menipu tapi aku memang suka renung dia macam tak puas tengok muka dia."Haris jawab jujur.

                         "Hahh...kan aku dah agak dah. Tak payah cakap memang dah tahu."usik Khalid sambil ketawa kecil.

                          Haris kembali membuat kerjanya iaitu merenung si gadis cantik.
Hasriza berasa tidak selesa. Seakan jantung berhenti kerana dia terlihat Haris begitu asyik memandangnya. Hasriza jadi segan silu apabila dia dipandang begitu. Jantungnya berdegup lebih laju daripada yang biasa. Adakah ini dinamakan cinta?soal Hasriza dalam hati.

                         Kring! Kring! Kring!

                   Loceng berbunyi menunjukkan masa waktu pulang. Mereka pun berkemas semua barang dan terus melangkahkan kaki ke Bus Stop. Sementara menunggu kena ambil, dia sempat menikmati makanan yang dibelinya pada waktu rehat. Dia terlihat kereta Myvi, terus ke kereta Myvi tanpa membuang masa. Tenang..

                           
          

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now