BAB 28🌸

6 1 0
                                    

(POV RIDZUAN)

Aku menarik nafas lega. 'Nasib dia tak tahu fuhh' desis aku. Aku berdoa agar bantuan cepat sampai. Aku tak sanggup lagi Ya Allah.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Hazmi dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan disambut oleh Amirul dan Luqman.

"Ya Allah, sampai juga korang. Alhamdulillah." Kata Luqman sambil senyum.

"Apa? Kau ingat dik, abang datang ni suka-suka ke? Ni sebab nak cari si Has ni yang hilang ni." Kata Hazmi dengan rasa geram.

"Yelah.. yelah.. Luq tahu. Hehe. Jom Luq dengan Ami bawa korang ke rumah kitorang." Kata Amirul sambil mengangkat bagasi Puan Hanisah.

Mereka pun naik kereta lalu ke destinasi iaitu rumah apartment. Beberapa minit kemudian, mereka pun tiba di kawasan rumah.

"Ok kita dah sampai rumah. Sorry kecik je rumah kitorang." kata Luq.

"Inda apa Luq. Aunty pun ok ja mana-mana rumah. Asal ada. Sekarang ni aunty risau dengan si Has ni. Dah dua orang je anak perempuan." Sayu kata-kata Puan Hanisah kali ini.

"Maaf tau aunty. Esok kita pergi report polis sama-sama. Jom kita masuk dulu. Rehat." Pelawa Amirul dengan muka yang kasihan.

Mereka pun masuk ke dalam rumah. Kemas apa yang patut.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Hasriza membuka matanya. Pening. Ya Allah, kenapa harus aku jalani ujian mu ni.... rintih Hasriza.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Hasriza sedikit terkejut. Harry masuk bersama senyuman yang nakal. Dia memandang Hasriza.

"Hai sayang. Dah bangun ke?"kata Harry lalu mengenyit mata ke arah Hasriza. Hasriza buat muka sayu.

"Heyy... Kenapa ni sayang? Ok ke tak ni? Jangan risau. Abang kan ada kat sini. Hehe." Kata lagi Harry sambil berjalan ke arah katil di mana Hasriza baring.

"Jangan apa-apa kan aku. Aku merayu. Tolonglah." Sayu suara Hasriza sambil menahan tangisnya.

"Kalau abang lepaskan sayang. Sayang kahwin dengan abang tak?" Harry berkata sambil merenung wajah Hasriza.

"Ya... Aku ikut apa kau mau. Tolong jangan apa-apa kan family aku.." rayu lagi Hasriza yang sudah menangis.

"Baik. Kalau sayang setuju. Nanti abang hantar meminang. HAHAHA!!" Dia berkata sambil ketawa besar. Jika ini benar, aku akan dapatkan kau juga Has.

"Tapi sebelum tu, sayang kena saksikan satu persembahan yang menarik dari orang suruhan abang." Kata lagi Harry sambil tersenyum sinis.

Harry menatap wajah Hasriza dengan begitu menggoda. Hasriza dalam keadaan rasa ketakutan menguasai diri.
Menangis kerana takut.

“Shhtt..shhtt.. Jangan nangis sayang. Abang di sini melihat mu.” suara Harry memecah kesunyian. Namun, dilihatnya Hasriza tidak berhenti nangis.

“Sudahlah kau nangis la sampai puas hati kau. Aku mau keluar dulu. Kalau kau keluar dari sini, siap kau aku kerjakan. Kau tau apa akan aku buat dekat kau!” kata Harry sebelum keluar.
Hasriza melihat Harry sehingga keluar.
Ya Allah, selamatkan la aku ya Allah.. rintihan hati ku.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Kedengaran bunyi pintu seperti di buka.
Dia menapak masuk ke dalam bilik itu.

“Oii ! Bangun! Aku ada benda nak cakap dengan kau!” Harry kejutkan Ridzuan. Namun masih belum ada sahutan.

“ Bangun! Bangun! Aku kata bangun. Kau tak paham bahasa ke hah?!” bentak Harry sambil dia menggoyangkan badan Ridzuan. Ridzuan pun terbangun dari lena.

“Ada apa kau kejutkan aku ni. Kacau aku nak tido pun tak senang.” kata Ridzuan yang masih mamai lagi.

“Aku ada benda nak cakap sesuatu dengan kau. Tapi kan... Kau kena terima hakikatnya... hehehe...” kata Harry sambil tersenyum sinis.

“Hah apa an nya kau nak cakap tu. Lekas aku nak dengar.” kata Ridzuan sambil tenung muka Harry. Aku rasa tak sedap hati..desis hati ku.

“Apa kata kau lepaskan saja Has kalau kau nak hidup lebih lama hehe.” kata Harry sambil tersenyum sinis ke arah Ridzuan.

“Kenapa pula aku harus lepaskan dia?Dia bakal isteri aku tau. Kau jangan nak sentuh-sentuh bakal hak aku.” keras kata-kata Ridzuan kali ni.

“Bakal isteri ye? HAHAHAHA!!” soal Harry sambil angkat kening belah
kanan.

“Kenapa kau ketawa pula hah? Aku serius apa yang aku cakap.” serius muka Ridzuan benar-benar.

“Kau nak tau tak? Tadi aku jumpa bakal isteri kau tu kat bilik. Dia sanggup nak kahwin dengan aku sebab nak kau tu selamat b*d*h! Tu pun tak reti bersyukur ke hah. Tapi kesian dia tak pilih kau rupanya.” kata Harry dengan keras dan berakhir dengan nada yang kesian.

“Tak mungkin dia pilih kau. Kau tu dah la bunuh orang. Memang la orang macam Has tu tak nak kau. Dia buat macam tu sebab kau ugut dia.” marah Ridzuan. Tidak!aku tak sanggup kehilangan orang yang paling aku cinta lagi. Sesungguhnya,ini ada la ujian dari mu ya Allah. Rintih nya hati ku kali ini.

“Heh kau jangan nak melebih-lebih ekk! Dia sudah pilih aku kan. Tu kau harus terima hakikatnya bongok!” bentak Harry dengan memukul meja. Sungguh dia sentap dengan kata-kata Ridzuan tadi. Ye, aku bunuh kawan sendiri sebab cemburu dan kau pun Ridzuan bakal di bunuh kalau tak ikut rentak permainan aku..kata hati ku. Harry memandang Ridzuan sebelum berlalu pergi.

Harry menuju ke ruang tamu yang terdapat konco-konconya.

“Hey kau! Aku nak kau call family si Has ni dulu. Bagitau yang anak dia setuju nak kahwin dengan aku!”arah Harry kepada konco-konconya.

“drrr .. Assalamualaikum. Oi.. Kau dengar sini ek! Anak kau tu setuju kahwin dengan aku. Aku dah bagitau awal-awal ni hah!”teriak Harry kepada si pemanggil. Lalu mematikan panggilan telefon.

Lalu dia ke arah bilik khas dimana tempat Hasriza dikurung. Pintu bilik dikuak.

“Hi sayang. Abang dah bagitau bakal mak mentua abang yang sayang setuju HAHAHA!!”kata Harry sambil ketawa besar.

“Ingat, sayang. Abang cintakan sayang lebih lagi dari si Haris tu HAHAHA!” ucapnya lagi lalu ketawa. Harry pun keluar meninggalkan Hasriza yang terpinga-pinga.

Air mata Hasriza bergenang dan bercucuran jatuh. Sungguh aku menahan sakit di hati.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now