BAB 12🌸

36 2 0
                                    


                                 Dah masuk 3 bulan setengah, bulan ini bulan November. Terakhir untuk berpeluang melihat si dia. Dia begitu sedih seperti nak nangis pulak. Haris duduk di tempat duduk dalam kelas sambil termenung kerana tidak lama dia dan Hasriza akan berpisah dan juga dia juga bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

                          "Assalamualaikum"Khalid memberi salam.

                     "Waalaikumussalam..."Haris menjawab salam.

                        "Bukan main lagi kau, sejak akhir-akhir ni. Aku tengok kau asyik termenung aje kerja kau. Kenapa kau ada masalah ke?"Khalid bertanya sambil mengerutkan dahinya. Bukan nak menyibuk tapi dia begitu prihatin terhadap kawannya yang seorang ini.

                             "Mana kau tahu aku ada masalah?"tanya Haris.

                             "Tengok muka kau pun aku dah tahu. Aku bukannya apa, aku risaulah kat kau."terang Khalid.

                        "Sebenarnya,aku risaukan Hasriza. Nanti aku tak ada awal tahun depan, mana tahu dia dapat boy friend baru."Haris meluahkan apa yang dirasa.

                                  "Janganlah kau risau sangat, kau doa yang baik-baik ye."Khalid menasihati kawannya.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

12 tahun kemudian......

                                   Dia tengah duduk di atas sofa di dalam bilik tidurnya. Dia begitu sunyi. Hasriza yang dulunya mempunyai seorang teman lelaki yang sangat baik kepadanya tetapi semua berakhir kerana si dia telah dirempuh lori treler ketika dalam perjalanan ke Beaufort dan si dia telah dijemput Ilahi.

                                 Sejak dari hari kejadian itu, dia tidak mampu untuk menahan diri daripada menangis. Sepanjang hari dia akan nangis.

                                 Apabila dia mendapat tawaran untuk belajar di Universiti Malaya. Dia setuju kerana dia ingin melupakan segala kenangan antara dia dengan Haris. Sekarang teman untuk ke mana sahaja ialah Luqman Al-Hakim. Luqman selalu menemani Hasriza apabila ingin bertemu Haris. Luqman ialah sepupu kepada Hasriza dan Luqman juga seorang anak yatim piatu dan dia seorang anak tunggal. Memandangkan tiada mengambil Luqman untuk dijaga,maka Hasriza membuat keputusan untuk mengambil Luqman untuk dijaga.

                                   Kini Hasriza belajar sambil kerja sebagai komposer, pelakon dan penyanyi. Dia ingin mencari duit tambahan. Kenangan dulu hanya mimpi indah. Semenjak pemergian Haris, dia tidak membuka pintu hatinya kerana dia masih cintakan Haris. Hanya Allah sahaja tahu perasaan aku macam mana.. kata hati Hasriza. Hasriza bangun dan berjalan menuju ke katilnya. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia membaca doa dan terus tidur.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

                                   Amirul yang leka membuat tugasannya. Tiba-tiba dia teringat akan Hasriza. Kesiannya, Hasriza. Tinggal sorang-sorang dan aku masih ingat Haris ada beritahu yang dia dengan Hasriza berjanji untuk berkahwin apabila mereka berdua sudah habis belajar nanti. Alih-alih, begini kejadiannya sungguh aku tak sangka.. tapi kematian Haris disebabkan Harry yang cemburu dengan kawan sendiri sehingga sanggup membunuh kawan sendiri.. Amirul bermonolog sendiri.

                                      Setelah dia selesai menyiapkan tugasan. Dia terus beredar dari meja belajar ke katil kerana hari ini dia begitu penat. Kalau dulu Hasriza yang tolong aku dan biarlah kali ini aku pulak tolong dia, takkan nak diam aje perkara ini.. tak boleh jadi ni,aku kena beritahu juga tapi bagaimana eh.. Amirul sekali lagi bermonolog sendiri.Dia membaca doa dan terus tidur.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

                                Ridzuan sedang duduk di birai katil. Dia begitu letih pada hari ini kerana dia telah menghasilkan sebuah lagu tapi belum keluar lagi buat masa ini. Perlahan dia membuka telefon pintarnya. Dia merenung wajah arwah isterinya yang telah meninggal dunia pada tahun lalu.

                                     Kini hanya tinggal Ridzuan bersama anak lelakinya iaitu Razali yang berumur 2 tahun. Dia begitu kasihan dengan anaknya kerana anaknya masih lagi kecil sudah tiada belaian kasih ibu.

                                  Tiada wanita lain yang boleh memujuk karenah anaknya ini kecuali Hasriza. Dia boleh melihat ketika isterinya masih lagi terbaring yang telah dikafankan dan pada mulanya sepupunya yang perempuan, Hannah tetapi tidak berhasil.

                          Kemudian, beralih tangan ke tangan Hasriza dan Hasriza membawa Razali di sisi arwah isterinya. Ternyata Hasriza boleh memujuk anaknya. Kenangan dulu menjadikan dia sedikit matang. Tak pe.. aku akan cuba pujuk Hasriza untuk jadi ibu kepada Razali.. aku tahu Hasriza yang sesuai menjadi ibu kepada Razali.. jangan risau Razali, papa akan berusaha untuk mendapatkan mama baru... kata hati Ridzuan. Dia membaca doa dan terus tidur.

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now