BAB 15🌸

40 2 0
                                    


                       Para penyanyi dan juga para Komposer telah berkumpul di dalam bilik studio yang begitu luas. Mereka datang ke studio tersebut kerana telah diberitahu bahawa 40 lagu telah layak ke separuh akhir dan mereka akan diberikan taklimat oleh pengurus program tersebut.

                            Beberapa minit kemudian, pengurus program telah datang. Beliau terus membuka laptop dan memasang LCD. Pengurus tersebut telah memulakan taklimat.

                            Dalam menumpukan sepenuhnya kepada taklimat tersebut. Tiba-tiba seorang gadis datang dengan perut yang makin membesar. Hasriza tersentak apabila melihat gadis itu sendiri.
Dia begitu kenal gerangan gadis itu. Tak lain tak bukan,kekasih Amirul..eh, bukan.
Bekas kekasih Amirul.. tapi apa dia buat kat sini atau saja menimbulkan masalah dekat sini.. hati Hasriza begitu curiga dengan sikap Khalisah. Dia melihat Khalisah dari jauh. Pengurus program tersebut tidak sedar akan kehadiran Khalisah di situ. Ada yang ingin memberitahu tetapi takut kena marah.
Tidak jadilah nak beritahu.

                            "Wow! Hasriza. You ni memang hebatlah, Hasriza. Dahlah Komposer. Lepas tu, penyanyi."suara Khalisah mengejutkan pengurus program.

                              "Heh... Apa yang Cik buat kat sini. Apa kaitan Cik dengan Hasriza?"tanya pengurus itu.

                             "You tak payah nak jadi busybody dekat I. Ini urusan antara I and Hasriza,you know?"Khalisah berkata dengan kasar.

                              "Ehem.. ehem.. ehem... Assalamualaikum, Khalisah."Hasriza berdehem tiga kali dan memberi salam.
Salamnya tidak dijawab.

                         
                              "Apa kau nak dari aku?"tanya Hasriza.

                               "Hmm... Aku akan pastikan yang aku akan dapatkan Amirul dengan anak yang aku kandungkan ini."kata Khalisah.

                               "Jangan haraplah kau dapat si Amirul sebab aku kenal Amirul tu macam mana orangnya. Dia takkan buntingkan anak orang sesuka hati dia. Nampaknya,kau memang tidak kenal Amirul sebenarnya."kata-kata Hasriza membuat Khalisah bertambah sakit hati.

                             "Kau, mulut kau ni nak kena cili kan? Kurang ajar mulut kau."Khalisah berkata dengan kasar. Hilang sudah ber'you' ,ber'I'. Kini bertukar 'kau' dan  'aku'.

                         "Kau pun apa kurangnya. Mulut kau pun kurang ajar jugak. Macam aku aje yang ada mulut kurang ajar."Hasriza menyindir Khalisah. Khalisah mendengar sindiran itu semakin menyakitkan hatinya. Tiba-tiba, Khalisah memukul Hasriza. Hasriza hanya membatu sahaja.

                          "Jangan pukul Kakak saya. Kalau nak sinilah kita bertumbuk."kata Luqman sambil mengepal penumbuknya.
Luqman ingin mempertahankan Hasriza kerana Hasriza yang sudi menjaganya selepas ibunya meninggal dunia dan dia memendam perasaan suka terhadap Hasriza namun dia tidak menunjukkan pada bentuk perlakuan.

                               "Kau siapa nak masuk campur?"tanya Khalisah dengan kasar.

                              "Peduli apa aku. Sebenarnya kau yang mendatangkan masalah? Siapa suruh kau buat benda haram? Disebabkan Amirul tu cousin kitorang. So, kami kena pertahankanlah dia sebab dia tak bersalah dalam hal ni."jelas Luqman dengan wajah yang tampak marah. Terdiam Khalisah. Tiba-tiba air ketuban keluar. Hasriza menghubungi ambulans. Beberapa minit kemudian,ambulans telah sampai.Khalisah dikejarkan ke hospital.

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now