BAB 13🌸

36 3 0
                                    

                           Malam ini ada program. Hasriza telah diberitahu bahawa dia dijemput dalam program tersebut . Dia di bilik solek. 

                              Ridzuan yang asyik bermain telefon terhenti dan dia dapat rasa,ada orang di meja solek sebelah. Dia menyelak langsir. Jelas terlihat seseorang yang dikenali. Hasriza.

                            "Cik Hasriza dah siap saya solek. Ada apa-apa yang nak ditambah?"soal Jurusolek.

                           "Tak ada yang perlu ditambah. Semua yang awak buat, cukup sempurna."kata Hasriza. Jurusolek itu keluar dari bilik solek. Hasriza menilik wajahnya di cermin. Cantik. Gerak gerinya telah diperhati oleh seseorang. Nak tahu siapa? Betul nak tahu? Si Ridzuan lah siapa lagi. Hasriza tidak perasan.

                               "Kalau lah Haris ada, mesti dia happy   tengok aku pakai mekap tapi sayang, dia tak dapat semua ini. Hasriza,kau kena ingat yang Haris dah tak ada.  Tapi kenapa lah susah aku nak lupakan dia? Astaghfirullahalazim."Hasriza bermonolog sendiri dan dalam masa yang sama Ridzuan perlahan membuka langsir seluasnya. Hasriza masih tak perasan yang aku tengok dia dari tadi. Dia berdehem tiga kali sebelum memulakan bicara. Hasriza yang leka termenung tadi, terkejut. Dia ingat tak ada orang.

                          "Assalamualaikum, Hasriza"Ridzuan memberi salam. Hasriza menjawab salam.

                           "Boleh Abang Izuan tanya?"Ridzuan memberi soalan kepada Hasriza. Hasriza diam dan mengangguk.

                           "Hasriza cakap dengan siapa tadi dan siapa Haris dalam hidup Hasriza?"Ridzuan sekali lagi mengajukan soalan kepada Hasriza.

                              "Haris begitu penting dalam hidup saya dulu tetapi sejak dia meninggal dunia. Saya rasa dunia saya lain. Dia yang mengajar saya erti kehidupan dan kebahagiaan dalam diam. Saya tak nafikan, dia seorang yang sangat baik kepada mak ayah dia. So, Abang tak perlu tahu siapa Haris."kata Hasriza dengan rasa sayu tapi dibuat dengan wajah tenang tapi hati bukan seperti di wajah.

                              "Hmm... Hasriza ada boy friend ke?"tanya Ridzuan dengan berani.

                              "Apa lah Abang ni... Kalau dulu ada but now I not have a boy friend. Kenapa Abang tanya?"tanya Hasriza dengan rasa curiga.

                             "Tak de lah. Saja Abang tanya tapi boy friend Hasriza tu dulu tinggalkan Hasriza sebab perempuan lain ke?"tanya lagi Ridzuan.

                             "Dia tinggalkan saya bukan sebab perempuan lain tapi takdir yang telah menentukan segalanya. Dia telah meninggal dunia. Dia pergi kerana Allah SWT."jelas Hasriza dengan wajah yang tenang.

                             "Oh... Macam tu... Bagaimana Has tahu dia meninggal?"tanya lagi Ridzuan

                          "First, dia beritahu kat saya yang dia akan pulang ke Beaufort dan nak buat suprise kat mak tapi alih-alih begini kejadiannya. Ketika dalam perjalanan ke Beaufort. Dia dirempuh lori treler. Saya terkejut apabila kawan dia call saya. Apabila diorang kata Haris koma,masa tu saya rasa nak gugur jantung ni. Keesokan harinya, saya dan Luqman pergi ke Hospital Queen Elizabeth. Beberapa hari saya di hospital sebab nak jaga dan apabila doktor kata bahawa dia tak ada harapan, seakan jantung saya terhenti apabila mendengar khabar itu."cerita Hasriza.

                           "Assalamualaikum. Ridzuan dan Hasriza pergi ke belakang pentas untuk bersiap sedia sebab program tu tak lama lagi dah nak mula"kata Urus Setia. Mereka berdua pun segera beredar dari bilik solek terus ke belakang pentas. Tanpa membuang masa, apabila nama disebut terus Ridzuan dan Hasriza ke dalam pentas.

                               Di atas pentas mempunyai sebuah meja dan 3 buah sofa. Mereka berdua pun duduk di atas sofa.

                           "Assalamualaikum. Ridzuan Hafiz dan Hasriza Hazrin."pengacara tersebut memberi salam. Hampir serentak mereka berdua jawab salam.

                           "Sebenarnya saya nak tanya lah dengan awak berdua. Betul ke awak berdua ni tengah hangat bercinta? Sebab Ridzuan selalu berjumpa Hasriza di tempat rakaman lagu. Bukan saya yang kata tapi orang lain. Saya cuma nak korek sikit jawapan dari mulut awak berdua."kata pengacara tersebut.

                           "Sebenarnya saya dengan Abang Izuan tak ada hubungan istimewa pun. Dia jumpa saya selalu sebab dia nak ajar saya cara nak buat lagu. Itu aje."Hasriza memberi penjelasan.

                          "Macam mana dengan jawapan awak, Ridzuan?"soal pengacara.

                          "Sebenarnya memang saya selalu jumpa sebab yang pertama ialah saya nak ajar dia cara buat lagu. Sebab kedua ialah sebenarnya saya dah jatuh hati pada Hasriza."Ridzuan berlagak tenang tapi sebenarnya jiwanya begitu bergelora. Dia melihat Hasriza. Hasriza memandang Ridzuan dengan pandangan tajam. Alamak! Marah ke? kata hati Ridzuan.

                         "Okey semua penonton, program kita sampai sini aje. Kita jumpa lagi pada minggu depan. Dalam Diva."kata pengacara itu lagi. Berakhirlah program ini. Mereka berdua pun ke belakang pentas. Hasriza dengan wajah cemberut langsung tidak memandang Ridzuan.

                          "Hasriza, Sayang. Abang minta maaf kalau apa yang Abang nyatakan tadi tapi Abang betul sukakan Has dari dulu, dari hari pertama Abang pandang Has. Masa Abang ingat Has perasan yang Abang sukakan Has tapi Has tak perasan sebab masa tu Abang dah tahu dah yang Has ada boy friend. So, dalam diam Abang berdoa agar Hasriza dengan boy friend Has tu kekal hingga kahwin sampai ke Jannah tapi bila Has kata boy friend Has dah meninggal dunia. Abang jatuh kesian. So, Abang fikir nak bahagiakan Hasriza. Lagi Abang juga kesian kan anak Abang, Razali."panjang lebar Ridzuan menerangkan segalanya.

                      Sudah enam tahun Haris meninggalkannya. Kalau diikutkan tahun ini dia mahu kahwin dengan Haris tapi semuanya telah hancur.

                         "Saya belum fikirlah pasal ni. Saya minta maaf Abang sebab saya belum bersedia untuk semua ini. Saya minta masa untuk bersedia dan beri saya fikir dulu."kata Hasriza. Ridzuan mengangguk tanda setuju. Mereka terus keluar dari dewan tersebut dan balik menggunakan kereta masing-masing.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

                    Dia balik rumah terus ke bilik mandi. Setelah selesai mandi dan memakai pakaian. Dia makan yang telah dimasak oleh emaknya. Selesai makan, dia terus membasuh pinggan dan cawan. Dia terus ke bilik dan menghempas tubuhnya ke atas katil. Dia merenung wajah anaknya. Apabila dia merenung wajah itu, dia begitu rasa sayu. Kesian kan anaknya yang tanpa belaian kasih seorang ibu. Dia membaca doa dan terus tidur.

                   

                        
                          

                            

                          

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now