BAB 23🌸

25 2 0
                                    

(POV Ridzuan)

Malam ini, aku ada show. Sekarang ni, aku berada dalam bilik solek. Aku termenung sendiri. Aku begitu sunyi semenjak ketiadaan Hasriza di sisi aku. Aku begitu rindukan dia walaupun sikapnya seperti budak-budak tapi sikapnya itulah yang membuat hati aku berdebar setiap kali berdua-duaan dengannya.

"Assalamualaikum. Ridzuan Hafiz. Sila berada di belakang pentas untuk persediaan."

"Okeylah...."aku pun terus bergerak ke belakang pentas. Tiba-tiba...

"Assalamualaikum dan selamat malam. Sekarang kita dalam program BusyBody bersama saya hos anda iaitu Nadirah Nazir. Okeylah. Sekarang kita menjemput seorang penyanyi lelaki popular iaitu Ridzuan Hafiz."kata pengacara program tersebut yang bernama Nadirah Nazir. Aku pun segera naik ke atas pentas dan pentas tersebut mempunyai dua buah sofa iaitu sofa muat untuk seorang dan satu lagi sofa muat untuk tiga orang.

Aku pun duduk di atas sofa muat untuk tiga orang itu.

"Selamat datang, Ridzuan Hafiz. Ni Nadirah nak korek cerita penyanyi handsome kita. Dengar hari itu, Ridzuan ada mengeluarkan sebuah lagi lagu yang berjudul 'Kau Sentiasa Di Hati Ku'. Sebenarnya,boleh terangkan isi tersirat lagu ini sebab bukan saya sahaja yang nak tahu tapi peminat-peminat awak diluar sana pun ingin tahu."kata Nadira.

"Lagu ini mempunyai isi yang tersirat. Isi tersirat itu ialah orang yang kita sayangi sentiasa berada di hati kita walaupun orang itu telah pergi. Contohnya ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara kita dan kawan-kawan kita. Itu antara orang yang kita sayang. Saya cuba menyampaikan mesej dalam lagu ini dan dalam lagu ini juga menceritakan tentang isu keluarga dan juga sahabat."panjang lebar aku terangkan pasal lagu tersebut.

"Ada satu lagi soalan. Apa target Ridzuan pada tahun ini?"tanya Nadirah.

"Target... Target saya tahun ini ialah saya nak lagi banyak mencipta lagu untuk sendiri dan juga untuk orang lain."jawab aku.

"Okey... Dengar tu... Okeylah. Program BusyBody pun sudah sampai di penghujung rancangan. Saya Nadirah Nazir. Assalamualaikum. Bye."kata akhir Nadirah. Aku segera ke belakang pentas untuk berehat. Kemudian, aku pun beredar dari situ dan terus keluar dari dewan. Aku terus masuk dalam kereta.
Penatnya...

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

(POV HASRIZA)

Aku sedang melayari YouTube. Ehh... Ridzuan ada lagu baru. Apa tajuk?
Tajuk dia ialah Kau Sentiasa Di Hati.
Boleh lah.

"Semenjak aku tinggalkan Syarikat Rakaman Lagu. Aku semakin sunyi. Takde yang usik aku. Kalau kat sana, ada lagi yang bertenggek di dalam bilik pejabat. Aku minta maaf. Dah lah. Baik aku pergi beli barang keperluan."aku bermonolog sendiri. Aku segera bersiap untuk pergi ke kedai. Aku pun segera mengunci pintu rumah dan terus masuk ke dalam kereta.

Beberapa minit kemudian,aku telah sampai di Kompleks Beli-belah.
Aku masuk sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan. Setelah selesai aku membeli barangan keperluan. Aku singgah di kedai buku. Dalam aku sedang memilih buku novel. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang.

"Oi , perempuan. Kalau jalan tu tengok-tengoklah sikit."lelaki itu marah. Lantas aku berpaling. Terkejutnya aku. Rupanya Ridzuan. Aku lihat dia seperti terkejut juga.

"Maaf, encik. Saya tak sengaja."aku terus melangkah keluar dari kedai buku itu. Tidak jadi aku nak beli buku novel. Aku berjalan dengan pantas.

"Lajunya Hasriza jalan. Tunggulah Abang. Abang minta maaf pasal tadi."kata Ridzuan.

"Maaf, encik. Encik ni siapa dan bagaimana encik tahu nama saya?"aku sengaja buat tidak kenal.

"Ini Abang Izuan. Takkan Hasriza tak kenal Abang. Sebenarnya, Abang nak sunting Has sebagai isteri Abang. Boleh kan?"kata Ridzuan. Aku tergamam melihat dia.

"Kalau nak sangat Has jadi isteri Abang. Pergilah meminang."aku menutup mulut. Astaghfirullahalazim. Aku terlepas cakap. Lantas aku berpaling.

"Betul ke?"tanya Ridzuan sekali lagi. Dia macam tak percaya yang aku suruh dia pergi meminang. Malunya aku. Aku terus berjalan melangkah keluar dari Kompleks Beli-belah. Aku pun terus pulang.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Abang Ami nampak tak apa tadi kat restoran tempat kita makan ni ?"tanya Luqman.

"Nampak, Luq. Kau ingat Abang ni buta ke. Tak sangka pulak yang Hasriza suruh Ridzuan meminang dia. "kata Amirul sambil matanya memandang ke arah dua insan tapi  Hasriza telah beredar dari situ.

"Betul tu, Abang Ami. Tak sangka pulak. "kata Luqman matanya masih melekat pada Ridzuan.

"Apa kata kita panggil Ridzuan. "cadang Luqman. Amirul mengangguk setuju. Mereka berdua pun menjerit memanggil Ridzuan.

Ridzuan ketika itu masih berkhayal ,tiba-tiba seperti ada yang memanggil. Ridzuan berpaling. Oh... Amirul dan Luqman rupanya... Ridzuan berjalan menuju ke meja makan dan dia pun segera duduk di atas kerusi.

"Ada apa panggil Abang ni?"tanya Ridzuan.

"Abang Izuan. Sebenarnya, tadi kitaorang nampak Abang jumpa dengan Kakak. "kata Luqman.

"Ya. Kenapa? "balas Ridzuan.

"Betul ke si Hasriza suruh Abang pinang dia? "tanya Amirul .

"Rasanya ya."jawab Ridzuan.

"Abang suka Kakak kan? Pergilah pinang Kakak. Jangan risau. "Luqman sokong Ridzuan.

"Nak tanya sikit dengan Abang Izuan. Sejak bila Abang Izuan sukakan Hasriza dan kenapa Abang cinta Hasriza?"Amirul bertanya seperti seorang penyiasat.

"Sebenarnya... Sebenarnya, Abang sukakan sejak dulu lagi. Abang Hazmi bawa Abang bercuti di kampung Abang Hazmi kamu tu. Dari situ Abang mula kenal dengan Hasriza."kata Ridzuan dengan wajah yang tenang.

"So, kenapa Abang kahwin dengan orang lain dan kenapa tak tunggu je Kakak habis belajar?"kali ni Luqman pula menyoal.

"Abang kahwin dengan orang lain sebab itu mak Abang jodohkan dan Abang tak nak bergaduh dengan mak. So, Abang terima je lah. Satu lagi, bukan Abang tak tunggu Has tapi masa tu waktu tak mengizinkan. Abang minta maaf sangat-sangat."panjang lebar Ridzuan berkata.

"Oooh... Macam tu... Bagusnya Abang. Abang dengar kata orang tua."puji Luqman.

"Untunglah Abang masih ada ibu bapa. Kami berdua ni anak yatim piatu. Ibu bapa kami sudah meninggal dunia. Abang masih ada kedua ibu bapa,masa inilah kita kena hargai jasa mereka. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita."kata Amirul dengan nada yang sayu sekali. Dia teringat kejadian dulu.

"Betul,bang."mengiyakan kata-kata Amirul dengan wajah yang sedih.

"Janganlah sedih. Abang faham. Kita banyakkan sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita."Ridzuan menasihati dua orang bersaudara itu.

"Iya lah,bang. Kita tahu."kata Amirul tersenyum hambar.

"Dah lah. Abang nak gerak dululah. Assalamualaikum."kata terakhir Ridzuan. Kemudian, dia pun beredar dari situ.






Mimpi IndahWhere stories live. Discover now