BAB 11🌸

46 3 0
                                    

                            Hasriza terjaga dari tidur. Dia menilik jam di telefon. Baru pukul 9:30 malam. Awalnya terbangun. Dia tidur semula.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

                                 Hasriza sedang berdiri dekat bus stop sekolah. Tiba-tiba seorang kanak lelaki menghampirinya tanpa sedar Hasriza mendukung anak tersebut. Wajah anak itu seiras seseorang tapi siapa.

                                 "Mama,tu papa."kata kanak lelaki itu sambil jari telunjuknya menunjuk tempat yang ditunjuk. Dia begitu terkejut apabila kanak lelaki itu memanggilnya 'mama' . Lantas dia berpaling, terkaku dia apabila melihat Haris sedang menghampirinya.

                                "Sayang,Ini lah anak kita."kata Haris sambil tersenyum meleret.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

                             Hasriza terjaga dari tidur. Lantas dia beristighfar sebanyak tiga kali.
Dia kembali mengingati mimpi itu tadi. Ya Allah,dah kenapa aku asyik mimpikan dia.
Kalau diikutkan sudah tiga kali dia termimpikan jejaka itu.
                         Nasib hari ini hari Sabtu. Cuti hujung minggu. Perlahan dia membuka telefon. Kemudian, dia ke aplikasi WhatsApp. Wah! Ada mesej masuk tapi dari siapa. Dia melihat profil, macam dia kenal. Takkan lah Haris.

Haris : Assalamualaikum.

Hasriza: Waalaikumussalam. Siapa awak?

Haris: Takkan awak tak kenal kawan awak ni..😂

Hasriza: Sape eh? Ha... Haris kan. Betul tak atau salah tekaan aku.

Haris: Mana awak tahu nama saya,ade ke saya beritahu awak. Ke awak ni memang ada hati dekat saya?

Hasriza: Sorry, saya memang tak ada hati dengan awak dan saya anggap awak sebagai kawan biasa aje.

Haris: Sebenarnya saya nak beritahu something dekat awak... Tapi awak jangan marah apa saya nyatakan kepada awak.

Hasriza: Hmm... Beritahulah, saya tak marah awak pun...

Haris:Seriously, betul ni awak nak tahu?

Hasriza: Betul... Ceritalah..

Haris: Sebenarnya... Saya suka awak dari awal tahun lagi tapi masa tu saya malu. So, saya kumpulkan kekuatan untuk meluahkan perasaan saya terhadap awak. Saya tahu awak terkejut..

Hasriza: Apa yang awak karutkan ni? Saya tak faham.

Haris: Has, please trust me. Apa yang saya katakan tadi ialah betul. Saya tak tipu. Saya nak tanya awak satu soalan, boleh?

Hasriza: Apa soalannya?

Haris: Awak dah berpunya ke belum ?

Hasriza: Kenapa juga awak nak sibuk hal orang.

Haris: Tak saya tanya aje. Tu aje..

Hasriza: Okay.. Saya belum berpunya. Kenapa?

Haris: Sebenarnya, saya nak ajak awak couple dengan saya, boleh?

Hasriza: Hmm... Bagi saya masa untuk fikir pasal ni,okey?

Haris:Okey tapi janganlah lama sangat awak fikir sebab saya dah fikir dan cadang lepas saya SPM.

Hasriza: Ye , lepas SPM tapi saya tahun depan PT3 . Kena tumpu juga.

Haris: Hmm.... Mungkin ini ialah cabaran untuk kita berdua, Sayang...

Hasriza: Kenapa awak panggil saya 'Sayang' ?

Haris: Sebab saya sayangkan awak..

Hasriza: Sorry,mak saya panggil. Nanti bila ada masa chat dengan awak. Bye..

Haris: Good Bye To My Future Wife.... Assalamualaikum.

                        Haris menutup data dengan rasa sedikit kecewa. Tak pa , aku pasti ini semua ialah ujian buat aku dan dia. Dia terus bergegas untuk mandi kerana selepas ini dia juga akan mendirikan solat Subuh.

                         Usai Solat Subuh, Haris pergi berjoging di sekitar kawasan rumahnya.

                          Beberapa minit kemudian, dia pun telah selesai joging. Dia berehat seketika, tiba-tiba dia teringat akan mimpinya itu tadi. Ya! Mimpi itu tentang anak aku. Kalau betullah satu hari nanti aku dan dia dah kahwin lepas tu mesti ada anak.. kata hati Haris.

                       

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now