BAB 24🌸

26 2 1
                                    

(POV HASRIZA)

Aku menyemak semua fail pesakit satu persatu. Setelah selesai aku menyemak semua fail pesakit. Aku menyusun mengikut abjad. Selesai aku menyusun semua fail tersebut. Aku mula termenung.
Aku teringat peristiwa aku terserempak dengan Ridzuan di Kompleks Beli-belah pada minggu lepas.

"Wahai saudari ku, Doktor Hasriza. Kenapa kau tersengih-sengih macam kerang busuk?"suara itu mengejutkan aku dari lamunan. Kacau daun betullah Doktor Hafiz ni,orang baru nak berkhayal.... getus hati ku.

"Tak de lah. Teringat kenangan manis dengan mak saya. Tu sampai tersengih-sengih macam kerang busuk."aku memberi alasan.

"Oooh.... Saya nak tanya awak boleh tak?"tanya Doktor Hafiz tersenyum nakal.

"Tanyalah..."kata ku.

"Kau ada boy friend ke?"soalan Doktor Hafiz. Nak jawab apa ye? Nak cakap Ridzuan tu boy friend tu tak juga sebab aku dengan Ridzuan tu kawan je.

"Oi ! Aku tanya kau ni. Termenung pulak dia."Doktor Hafiz geram. Diketap bibirnya.

"Saya tak ada boy friend. Kenapa?"

"Kalau macam tu. Boleh tak aku jadi teman lelaki kau?"tanya lagi sekali.

"Tak nak lah..."kata aku dengan wajah yang cemberut.

"Kenapa pulak tak boleh?"Doktor Hafiz bagi soalan lagi.

"Memang saya tak ada teman lelaki tetapi saya dah dipinang orang."sekali lagi aku beri alasan.

"Alah... Sekali lagi aku terlepas."keluh Doktor Hafiz.

"Tak pe. Awak akan dapat seorang wanita yang lebih baik daripada saya."aku memberi nasihat..

"Hmm... Yelah.."Doktor Hafiz terima nasihat aku.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Papa, papa... Kenapa mama tak telefon kita lagi? Kenapa mama tak datang tengok Razali macam selalu?"tanya Razali. Pertanyaan itu membuat Ridzuan tersentak. Lantas, dia menjawab pertanyaan itu.

"Mama kerja jauh sebab itu mama tak dapat datang. Mungkin mama terlalu sibuk buat kerja sebab itulah mama tak dapat nak telefon kita."Ridzuan memberi alasan.

"Ooh..."Razali mengiyakan sahaja. Ridzuan merenung anaknya itu. Dia berasa kasihan dengan anaknya itu kerana kecil-kecil sudah kehilangan ibu kandung. Aku mahu cari pengganti untuk Razali sahaja..bisik hatinya.

"Razali pergi tidur."terus Razali ke atas katil dan menutup mata. Ridzuan hanya melihat sahaja. Dia ingin mendail nombor kawannya iaitu Hazmi, abang kepada Hasriza. Ada sesuatu nak dibincangkan.

"Assalamualaikum, Hazmi."salamnya dijawab.

"Ada apa kau call aku ni?"tanya Hazmi.

"Aku call kau ni ada sebab tau."kata Ridzuan.

"Hmm. Kenapa?"tanya lagi Hazmi.

"Sebenarnya...... Sebenarnya, aku nak pinang Hasriza, boleh tak?"tanya Ridzuan dengan rasa gementar.

"Kau nak pinang adik aku. Kalau keluarga aku okey je tapi Hasriza tu aku tak tahu. Sama ada dia terima atau tidak. Kalau betul nak Hasriza tu, lebih baik kau bincang pasal dengan dia. Aku bukan apa, dia yang nak kahwin. Kau dah tanya Hasriza ke belum?"tanya Hazmi.

"Kau pun tahu kan. Aku dengan dia selalu sibuk. Lagipun sebenarnya,aku kesian dengan anak aku tu. Asyik tanya pasal Hasriza je."kata Ridzuan.

"Baiklah. Nanti, aku cuba tanya dia sendiri."kata putus daripada Hazmi.

"Yelah..."kata Ridzuan.

"Tapi kalau dia tak terima lamaran kau ni, jangan pula kau marah."kata Hazmi dengan rendah hati.

"Kalau dia tak terima aku, aku redha je lah. Aku boleh cari orang lain."balas Ridzuan dengan hati yang berat. Sebenarnya, dia tak sanggup nak cari yang lain sebab Hasriza telah mencuri hatinya.

"Kalau macam tu, aku kena gerak ni. Banyak kerja. Al maklumlah aku kerja doktor. So, doktor ni dia sentiasa bekerja dari pagi hingga malam demi pesakit. Jangan heran doktor ni sibuk. Dah bye. Assalamualaikum."kata akhir dari Hazmi.

"Waalaikummusalam."Ridzuan menjawab salam itu dengan perlahan. Dia merenung kembali anaknya itu.



🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

(POV HASRIZA)

Aku sedang menuju ke ruang parkir kereta. Setelah sampai aku di kereta. Belum sempat aku nak masuk ke dalam kereta, tiba-tiba seseorang telah memukul dari belakang. Aku pengsan tak sedarkan diri.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

(POV HASRIZA)

Aku tersedar dari pengsan. Mata ku kabur. Baru aku sedar yang cermin mata aku tiada. Tangan dan kaki aku telah diikat. Aku di dalam bilik dan rumah yang agak usang.

Ya Allah, lindungilah hambamu ini.. sempat ku berdoa dalam hati. Tiba-tiba, seseorang lelaki masuk ke dalam bilik itu. Dari jauh kabur. Lelaki itu menghampiri ku. Bila lelaki itu menghampiri ku baru aku dapat cam muka dia. Buntang mata ku. Harry!

"Hai sayang.."Harry menyapa aku dengan senyuman sinis.

"Heh!! Harry, kenapa kau culik aku?"aku tanya dengan rasa marah.

"Ssshh... Diamlah sayang. Hanya kita berdua sahaja. Apa kata kita kahwin."dia berkata lagi dengan suara yang mendayu-dayu.

"Kalau nak kahwin dengan aku. Jumpalah dengan family, ni kenapa pula sampai nak culik aku? hah!?!"aku menjadi bengang.

"Tak payah. Dengan cara ni lebih bagus."kata Harry. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku. Kepala ku ke belakang sedikit.

"Kau jangan apa-apa kan aku."kata aku dengan wajah yang cemberut, geram pun ada.

"Awak nak tahu tak kenapa saya buat macam ni kat awak?"dia merenung aku. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Sebab... Aku sakit hati dan cemburu dengan kau,Has."katanya dengan nada yang sayu. Tadi bukan main lagi ber"saya" ber"awak". Sekarang ber"aku" ber"kau" pula.

"Kenapa kau cemburu dan sakit hati?"aku tanya lagi.

"Sebab apa aku cemburu dan sakit hati?
Sebab... Aku sakit hati dengan Haris sehingga aku sanggup bunuh dia dengan sabotajkan kemalangan tu dan aku anggap Haris rampas kau dari aku. Aku cemburukan kau sebab bermesra dengan Haris dan jadi tunang dia."sekali lagi suaranya begitu sayu. Dia berlalu pergi dengan hati yang berat. Aku terdiam.

Tak tahu nak cakap apa. Harry yang bunuh Haris. Aku menangis bila mengenangkan semuanya. Patutlah setiap kali terserempak dengan Harry. Amirul dan Luqman macam tak suka. Amirul dan Luqman cuba nak beritahu tapi aku nafikan. Takkan nak tuduhan orang tanpa bukti,buruk sangka kan tak baik.

Ya Allah,kau ampunilah hambamu ini.
Aku menangis semahu-mahunya. Pasti penyakit kemurungan aku datang kembali. Ya, aku memang ada sakit mental. Hari ini sepatutnya aku ada makan ubat tapi ubat tu dalam beg aku dan beg aku tak de kat sini.







Mimpi IndahWhere stories live. Discover now