BAB 26🌸

30 2 0
                                    

(POV RIDZUAN)

Aku sedang membuat lirik lagu. Lagu ini aku buat untuk orang lain. Aku minum air kosong yang dalam botol. Tiba-tiba telefon aku berdering. Aku lihat skrin telefon aku, tertera nama Amirul. Aku berfikir sejenak, lalu mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum."Amirul memberi salam. Lantas aku menjawab salam itu.

"Ade ape Ami telefon Abang ni?"aku bertanya.

"Sebenarnya..."dia berkata namun tergantung.

"Sebenarnye ape?"aku menyoalnya kembali.

"Sebenarnya,Ami nak tanya sesuatu dengan Abang, boleh?"Amirul tanya aku.

"Tanyalah. Abang tak marah pun?"aku cuba bertenang, namun aku tak sedap hati pula.
Berdebar-debar pulak.

"Hmm... Abang ada nampak tak Hasriza atau ade tak dia call Abang?"Amirul tanya kepada ku.

"Tak ade pulak."jawab ku pendek.

"Abang... Ami nak tahu jugak. Abang serius ke nak meminang Hasriza?"Amirul soal aku dengan nada yang serius.

"Abang betul-betul serius nak pinang Hasriza. Kenapa?"aku cepat-cepat ajukan soalan.

"Okey. Sebelum Abang pinang Hasriza. Sebenarnya, Hasriza kena culik."katanya dengan nada yang sayu.

"Ya Allah! Betul ke apa yang Ami cakap ni?"tak sangka aku. Patutlah sepanjang lima hari ini aku langsung tak dapat tidur dan hati aku langsung tak tenteram.

"Betul,bang. Tu sebab Ami tanya. Tapi sebelum Abang pergi meminang, apa kata sama cari Hasriza. Saya risau kalau Harry yang culik."terpacul nama Harry. Siapa Harry? Aku tak kenal langsung.

"Insyaallah. Kita pergi cari sama-sama ye dan Abang nak tahu jugak,siapa Harry?"kata aku dengan penuh yakin.

"Sebenarnya, Harry tu...."Amirul cerita dari A - Z. Amirul ada menceritakan tentang kisah silam Haris, Hasriza dan juga Harry.

"Oh.... Macam tu ceritanya.."kini baru aku faham kenapa Amirul dan Luqman seperti tidak suka akan Harry. Rupanya penghancur hati orang.

"Ok. Itu je yang Ami nak sampaikan je. Insyaallah kalau ada apa-apa info Ami akan call Abang."katanya dengan penuh rasa tanggungjawab.

"Abang pun macam tu."aku cuba berjanji.
Amirul memberi salam dan aku menjawab perlahan. Panggilan itu tadi begitu menyentak jiwa ku. Ya Allah, semoga dia sentiasa dilindungi oleh Allah.. aku berdoa.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

(POV HASRIZA)

Aku tersedar dari pengsan. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku melihat di sekeliling. Aku di dalam sebuah bilik dan sekarang aku berada di atas katil. Aku lihat keadaan diri aku. Takut-takut terjadi apa-apa tanpa aku sedar semasa aku tidak sedarkan diri. Tiba-tiba seseorang memulas tombol pintu. Tersembul muka Harry dan dia melangkah masuk ke dalam bilik.

"Apa yang kau buat dekat aku?"terus aku soal dirinya.

"Sayang. Abang tak ada buat apa-apa pun .dekat Sayang."dia menjawab, kemudian dia ketawa kecil.

"Kau tipu aku. Mesti kau ada buat apa-apa dekat aku kan?"aku tanya sekali lagi. Aku nak kepastian.

                         "Betul. Abang tak de buat macam tu."jawabnya sambil tersenyum sinis ke arah ku. Aku dari tadi hanya menahan air mata dari mengalir tetapi kini air mata ini mengalir sendiri.

"Dah lah. Abang ada beli makanan ni. Has makan, okey?"dia meletak barang bungkusan di atas meja.

"Aku tak nak makan. Aku tak de selera nak makan."aku cuba mengelak untuk makan dan memang aku tidak ada selera untuk makan.

"Has.Kalau tak nak makan,Abang akan......."
kata-katanya tergantung. Aku tahu maksudnya.

"Yelah yelah. Has makan."aku segera mengambil bungkusan atas meja dan kembali ke katil. Aku membuka bungkusan dan makan. Harry tersenyum sinis melihat gelagat aku yang acuh tak acuh.

"Okeylah. Abang keluar kejap."dia pun keluar dari bilik. Aku terus makan sehingga habis. Tiba-tiba aku kembali terlelap. Aduh! Parah betul!!

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

(POV HARRY)

Aku pergi ke bilik. Hasriza tertidur dek ubat tidur yang aku letak dalam makanan tu.
Aku menarik selimut Hasriza dan menutupi sehingga leher. Aku merenung wajah Hasriza ketika tidur. Aku teringat sewaktu dulu , yang mana Hasriza pernah menggelar aku seorang yang psiko dan gila. Memang aku gila tetapi aku begitu tergila-gilakan Hasriza. Sampainya hati aku.

Aku terus berjalan menuju pintu dan aku keluar dari bilik. Aku menuju ke ruang tamu. Kelihatan ada orang-orang suruhan aku.

"Hai,bos. Nampak happy je bos hari ni."kata salah seorang daripada mereka.

"Ha'ah lah bos."sorang lagi berkata.

"Dah lah. Sudah-sudahlah nak usik aku. Sekarang aku ada tugas untuk korang."kata ku sambil tersenyum sinis.

"Tugas apa tu bos?"salah seorang menyoal ku.

"Tugas korang ialah culik Ridzuan Hafiz. Boleh kan?"sekali lagi aku berkata.

    "Baiklah,bos."kata orang suruhan aku. Aku sudah senyum penuh makna seperti 'Ada Udang Sebalik Batu'.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

(POV RIDZUAN)

Tiba-tiba aku mendapat satu panggilan. Entah lah. Mungkin Amirul ada info tentang Hasriza. Lantas, aku menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, encik. Encik bernama Ridzuan Hafiz ke?"orang itu tanya aku. Sangkaan ku salah, aku ingat Amirul.

"Waalaikummussalam,ye. Saya Ridzuan Hafiz, kenapa?"jawab ku dan aku soalnya kembali dengan rasa pelik.

"Sebenarnya, saya teringin nak jumpa Ridzuan dan saya ialah peminat awak. Kalau boleh kita jumpa minggu,hari isnin,boleh tak?"lelaki itu berterus terang.

"Ooh... Boleh. Kat mana kita nak jumpa?"rupanya peminat. Ingatkan ape lah tadi.

"Dekat rumah saya di Petaling Jaya. Okey. Saya nak gerak dulu lah Ridzuan. Assalamualaikum."kata terakhir dari lelaki misteri itu. Aku menjawab salam perlahan.
Aku mengeluh.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Amacam. Dia nak datang?"Harry tanya kepada orang suruhannya.

"Dia nak datang lah bos."kata orang suruhan itu.

"Kali ini, Ridzuan. Kau takkan terlepas dari aku. Aku akan bunuh kau sepertimana aku Haris dulu."Harry berkata sendiri dengan senyuman sinis.


Sorry,sis baru dapat idea.
#wattpad

Mimpi IndahWhere stories live. Discover now