CHAPTER 10 - KONFLIK

59 5 0
                                    

"Tanya?? Nak tanya apa.. Silakan sementara ada masa lagi ni.." kata Harane gelisah sambil melihat ke arah jam kelas..

"Perpustakaan lama.." kata Firshaa pendek sebagai tanda untuk menjelaskan apa yang terjadi secara terperinci..

"Huh.. Itu.. Amm.. Sebenarnya.. Makhluk yang bagi surat tu.... Dia punya tempat... Dia terperangkap dalam tuh.. Dia nak mintak tolong kau.. Dan sebagai ugutan.." kata Harane terhenti.. Dan sambungnya lagi..

"Ugutan dia.. Kalau kau tak masuk dalam tuh.. Kau.. Err.. Murid murid kat sini.. Tak akan selamat.. Kot.. Haha.." katanya kepada Firshaa sedikit hambar ketawanya..

"W.. What.. Aku.. Kene buat semua tu.." kata Firshaa gagap bercampur gusar dan takut.. Dan tanpa dia sedar dia sudah membuat muka yang seram bagi Harane..

"I.. Itu je.. Pi.. Pilihan yang kau ada.. Kalau kau.. Er.. Nak selamatkan kawan kawan kau.. Aku.. Aku takleh nak halang.." kata Harane gagap seperti Firshaa sepertinya dia sudah takut akan tindakan Firshaa yang seperti mahu membahamnya..

"Grr.. Habis.. Si.. Siapa nak tolong aku nanti.. Aku kene masuk sorang.. Aku kena selesaikan masalah ni sorang dan semuanya sorang.. Dan.. Aku sorang je yang kene tanggung.. Omaigooshh.. Ergh... " kata Firshaa dengan nada sedikit tinggi..

"Maafkan aku.. Aku boleh tolong sikit je.. Tapi aku boleh-" kata Harane dan tak sempat dia berkata kata.. Firshaa sudah memotong nya..

"Ish.. Kalau kau minta maaf pon.. Aku jugak yang kena tanggung semua ni!!!" kata Firshaa dengan nada jerit dan terus bangun dari kerusi..

Lalu Firshaa menjerit dan menangis di tempatnya sambil meletakkan kepala di atas meja.. Dia terduduk.. Dia tertekan dengan keadaan sekeliling.. Dia perlu membuat keputusan dengan cermat.. Supaya boleh menyelamatkan dirinya dan rakan rakannya..

Tanpa Firshaa sedar.. Semua rakan rakan sekelasnya memandang ke arahnya dan menanyakan beberapa soalan tetapi yang paling penting.. Ayat depannya ada.. "kenapa"

Firshaa P. O. V on

Tak.. Tak.. Bukan.. Bukan aku yang kena buat.. Orang lain pun kena terlibat.. Aku tak boleh nak pertaruhkan nyawa sendiri.. Buat nya.. Aku kene masuk sorang.. Tak ke naya dibuatnya..

Dia cakap ada yang akan tolong aku.. But.. Siapa.. Siapa!!

Harane.. Hmphh.. Dia baru je minta maaf.. So.. Bermakna.. Dia memang takleh nak tolong aku.. Jangan harap lah.. Aku tak suka berharap.. Jangan berharap kat dia.. Dia takleh tolong kau

Sama je dengan Mira.. yang diorang tahu bagi tugas kat aku.. Selesaikan ni.. Ni.. Ni.. Itu je..

Yang kena tanggung aku jugak.. Yang jadi gila.. Mental.. Semua aku.. Aku.. Aku jugak..

Kalau aku selamatkan dia.. Aku akan.. Selamatkan kawan kawan aku.. Tapi macam ne dengan aku..

Adakah dia mintak nyawa aku.. Eh.. Tak.. Tak.. Tidak.. Nyawa aku milik Allah.. Kalau Allah tolong kau.. Mesti senang je.. Kacang je ni.. Allahuakbar.. Tenangkanah jiwa dan raga ku..

Firshaa P. O. V off

Semasa Firshaa termenung sendiri sambil meletakkan kepalanya di atas meja...

Di beranda di depan kelas..

"Harane.. Kenapa kau bagitau dia awal awal.. Kan dah jadi macam ni.." kata Mira kepada Harane sambil memandang suasana yang gelap yang menandakan hujan akan tiba..

"Entah lah.." jawab Harane pendek dan sayu..

"Hmm.. Aku dah cakap dah dulu.. Dia ni.. Kalau ada masalah kena ada teman kat sebelah dia.. Bagi dia tenang.. Kalau tak.. Jadi macam ni lah.. Kan susah.." kata Mira dengan nada perlahan..

"Hmm.. Aku baru je nak cakap yang aku ngan kau akan teman dia masuk.. Dah dia marah.." kata Harane merajuk terhadap kelakuan Firshaa..

"Dah lah.. Nanti aku cakap ngan Firshaa.. Dia sebenarnya ok je.. Tapi.. Dia mungkin stress dengan apa yang jadi.. Aiman lak gi bagitau.. Parah ah jadinya.. Janganlah ambil hati.. Biarlah.. Dia terkejut tu" kata Mira memujuk Harane..

"Takde lah.. Tak.. Aku tak merajuk pun.. Aku kan lelaki.. Mestilah kuat.." kata Harane sambil tersenyum tawar..

"O.. Ok.. Nampaknya dari muka kau.. Aku dah tahu kau kecil hati.. Tapi.. Kalau kau berkecil hati ngan dia.. Siapa yang nak tolong dia nanti.. Kesian dia.. Stress lagi kang.. Lagi teruk jadinya.." kata Mira..

"Hmm.. Ok.. Aku try.." kata Harane lalu lesap dari pandangan Mira..

Berbalik di kelas..

Kelihatan Firshaa masih lagi sedang meletakkan kepala atas meja.. Dan Aiman serta Daniel sedang menanyakan mengapa sambil menggoyangkan meja Firshaa berharap agar Firshaa memberi respon.. Tetapi malangnya.. Firshaa hanya diam seribu bahasa..

Kemudian Mira datang ke tempat Firshaa dan duduk di sebelahnya..

Dia memberi isyarat kepada Daniel dan Aiman supaya diam dan jangan ganggu serta pandang ke hadapan..

Sebelum Mira mahu mula bercakap dengan Firshaa.. dia menarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya..

Lalu dia bertindak untuk menggosok dibelakang Firshaa d berkata.. "Firshaa.. Jangan lah stress.. Tak.. Kitorang akan teman kau.. Sampai selesai masalah ni.." kata Mira perlahan..

"Ha.. Korang teman aku.. Bukan aku je ke yang kena buat semua ni.. Tanpa korang.." kata Firshaa lalu mengangkatkan kepalanya..

"Ok.. Sebenarnya.. Tadi.. Harane nak cakap yang.. Dia akan teman kau.. Tapi kau dah marah dia.." kata Mira sambil memegang kedua dua tangan Firshaa..

"It's okay Firshaa.. We will help you.. Ok.. Kitorang akan sentiasa ada untuk kau.." kata Mira sambil tersenyum..

"Huh.. Ok.. Dia ok ke tadi.. Aku termarah dia.. Tak.. Aku stress aku takleh nak kawal.." kata Firshaa serba salah kerana memarahi Harane tadi..

"Dia.. ermm.. Ok je kot.. Entah lah.. Korang ni.. Drama betul lah.. Dah lah tu.. Jangan stress stress.. Aku ada.. Sebagai seorang penekan kau.." kata Mira sambil menepuk nepuk bahu Firshaa..

Beberapa minit kemudian.. Mira pun pergi ke tempatnya kerana cikgu sejarah sudah masuk ke dalam kelas mereka..

Mereka memberi salam kepada cikgu dan duduk..

Firshaa P. O. V on

Mata pelajaran ni.. Adalah yang paling membosankan dan.. Sangat susah untuk aku hadam.. Tapi.. Ianya sangat best bagi aku kerana melalui sejarah.. Kita boleh mengenal asal usul kita.. Dan kejadian kejadian lalu..

Tetapi bukan sejarah dunia yang aku mahu tahu sekarang ini.. Yang aku mahu tahu adalah.. Sejarah sekolah ini.. Apa yang pernah terjadi sebelumnya..

Mengapa Harane mati.. Dan mengapa roh nya masih di sini.. Apa yang sudah berlaku.. Kemungkinan besar.. Aku akan menyelamatkan nya mungkin sebab itu dia berasa serba salah..

Harane.. Maafkan aku.. Aku yang salah.. Aku tak patut lepaskan semua kat kau..

Firshaa P. O. V off

"Firshaa?? Awak berangan apa pulak tuh.. Saya tanya awak soalan.. Awak tak dengar ke!?" kata cikgu sejarah perempuan yang berada di hadapannya dengan suara yang nyaring ..

"Ermm.. Sorry cikgu.. Maaf.. Soalan apa tadi.." tanya Firshaa kepada cikgu itu..

"Nyatakan jenis jenis pengertian sejarah dan nyatakan maksudnya.. Dan tanpa melihat buku" kata cikgu itu sambil membetulkan speknya..

"(Gulp) Erk.. Baik cikgu.." kata Firshaa..

Setelah Firshaa menjawab soalan cikgu itu dengan baik.. Dia pun duduk dan orang lain semuanya berbisik bisik..

"Jadi.. Betul lah apa yang saya dengar.. Awak ni pandai orangnya.. Bagus.." kata cikgu itu sambil berjalan ke hadapan..

KELASTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang