CHAPTER 9 - KEJADIAN ANEH

60 4 0
                                    

Sekarang Firshaa sudah berlari dengan sangat laju kira kira 120 km/j dan sudah sampai di tepi kantin tetapi malangnya Firshaa terlanggar seseorang dan..

'Buk'

"Eii kau ni.. Kalau tak buat aku marah sehari tak sah kan.." kata Harith yang sedang terduduk akibat dilanggar oleh Firshaa..

"S.. Sorry" kata Firshaa lalu berdiri semula dan..

"Kau ni kenapa.. Daripada semalam lagi kau dah jadi pelik.. Kau dah buat semua orang rasa takut ngan kau!!" kata Harith sambil berdiri semula tetapi tidak boleh.. Kerana kepalanya sangat sakit..

"Huh" Firshaa hanya mengeluh dan lalu membantu Harith untuk bangun dengan cara memegang lengannya..

Setelah beberapa saat Firshaa mendiamkan diri..

".. Aku ada tugas aku dan kau pun ada tugas... Tugas kau adalah duduk diam diam.." kata Firshaa geram lalu berjalan ke arah tapak perhimpunan..

"Gila.." katanya perlahan tetapi cukup untuk sampai ke telinga Firshaa..

Firshaa berhenti berjalan dan berjalan semula selepas beberapa saat.. Tanpa mereka sedar seseorang sedang memerhati mereka..

"Hm.. Kau ada banyak tugas yang tidak kau ketahui.. Kau sahaja yang mampu menolong kami.. Firshaa Amanda.." kata seseorang yang berada di atas kerusi batu di tepi kantin lalu hilang tanpa jejak..

Sesampainya Firshaa di tapak perhimpunan.. Suasana di sana seperti di pasar borong dan di tabika.. Riuh rendah..

"Perhatian kepada semua murid sila diam dan bertenang.. " kata pengawas yang bertugas sebagai pengacara majlis.. Tetapi masih tidak berjaya untuk membuat murid diam..

"Kenapa mereka jadi macamni.." soal Firshaa kepada dirinya sendiri..

"Ada benda yang dah jadi.." kata seseorang daripada belakang..

"Mira?? Kau pergi mana dowh tadi.." tanya Firshaa dengan nada risau terhadapnya..

"Aku pergi mana tu.. Tak penting.. Yang penting.. Kau kene lakukan tugas kau secepat yang mungkin.. Kalau tak.." kata kata Mira terhenti.. Dan terus pandang ke arah Firshaa..

"K.. Kalau.. Tak.." sambung Firshaa..

"Kalau tak.. Huh.. Murid murid di sini tidak akan selamat.." kata Mira dan terus memandang ke hadapan..

"Tak.. Kenapa aku.. Tak.. Tak.. Sebenarnya apa yang dah jadi.." soal Firshaa kepada Mira..

"Perpustakaan lama.. Kau tak perlu tahu.. Nanti kau akan tahu jugak.. Harane sendiri yang akan terangkan kat kau.. Dengan lebih detail.." kata Mira lalu berjalan ke arah barisan kelas mereka..

"Hah.. Apa yang.. Erghh" kata Firshaa sendirian lalu beratur di barisan kelas..

Selepas beberapa minit kemudian.. Murid sudah boleh dikawal dan beratur di kelas masing masing dengan bantuan beberapa pengawas..

Lalu.. Pengetua pun mula berucap di atas pentas di tapak perhimpunan..

Selepas pengetua memberi salam kepada murid murid dan murid murid menjawab salamnya.. Dia berkata..

"Saya harap murid murid yang berada di depan saya ini bertenang dengan kejadian yang berlaku.. Kemungkinan pelakunya adalah murid murid di sini yang mencuba untuk mempermainkan kita semua.. Jadi harap bertenang dan.. Pihak sekolah akan segera mencari pelakunya.." kata pengetua dengan reaksi yang tenang bercampur tegas..

Murid murid kembali bising seperti tadi dan..

"Kenapa.. Aku.. Aku serabut.." kata Firshaa sendirian.. Lalu dia memberanikan diri untuk menanyakan soalan kepada Yaya yang berada di hadapannya..

"Yaya.. Apa.. Apa jadi.. Dengan semua orang.." soal Firshaa kepada Yaya dengan suara yang bergetar getar..

"Hmm.. Kitorang.. Sebenarnya tadi.." kata kata Yaya terkandas apabila terpandang muka Mira di belakang Mira..

Mira menunjukkan isyarat meletakkan jari telunjuknya di bibir..

"Kau tak perlu tahu.. Nanti kau akan tahu sendiri.." kata Mira sambil menggosok gosok kepala Firshaa..

Yaya hanya memandang Mira pelik..

Selepas waktu perhimpunan mereka kembali ke kelas masing masing..

Sewaktu Firshaa di dalam kelas.. Di tempat duduknya dan sedang memikirkan sesuatu..

Firshaa P. O. V on

Apa yang dah jadi.. Nana.. Kenapa dia tak datang.. Bosan aku.. Lonely..

Apakah tugas yang perlu aku lakukan.. Tugas apa yang dikatakan oleh semua.. Dan bilakah aku boleh buat tugas tu.. Dan dimanakah perlu aku berada untuk melakukan tugas tu..

Lantak ah.. Tapi.. Kat perhimpunan tadi Mira ada cakap perpustakaan lama.. Yes.. Apa yang ada kat situ.. Kalau aku pergi sekarang boleh ke..

Aku pergi sekarang lah.. Memandangkan cikgu tak masuk time ni sebab cuti bersalin.. Ok.. I will go now.. And.. Ok.. Now..

Firshaa P. O. V off

Firshaa sekarang sudah mula bangkit dari kerusinya dan.. Tiba tiba..

"Tak payah.. Kalau kau pergi sana.. Kau takkan balik kat sini dalam masa setengah jam.." kata seseorang dari tepinya..

"What.. Bila masa kau ada kat sini.. Mira??" soal Firshaa terkejut kerana rakannya itu berada di sebelahnya di tempat Nana..

"Omaigaat.. Dah lama aku kat sini.." kata Mira kepada Firshaa dengan divanya..

"Btw.. Sekarang bukan masanya untuk kau selesaikan.. Tetapi.. Esok.." kata Mira sambil tersenyum ke arahnya..

"Tapi.. Mampu kah aku untuk merungkai misteri sekolah ni.." kata Firshaa deng nada serba salah..

"Jangan risau.. Kami di sini sentiasa menolong.." kata Mira sambil mencubit pipi Firshaa yang tembam..

"Tolong.. Tolong apa ni.." kata seseorang daripada tempat duduk di hadapan..

"Takde pape lah.. Hal perempuan pon nak sebok.." kata Mira kepada Daniel yang sedang duduk di hadapan..

"Alaah.. Oklah.." kata Daniel kepada Mira..

Selepas beberapa minit mereka bersembang.. Mira pergi ke tempat asalnya.. Dan selepas itu.. Seseorang menegur Firshaa..

"Hah.. Hey Firshaa kau ada dengar cite tak pasal pagi tadi.." soal Aiman yang berada di sebelah Daniel..

"Cerita.. Apa.. Takde ah pulak.. Dengar.. Heheheh" jawab Firshaa sambil ketawa

"We.. Bagi lah tahu aku.. Ala yang jadi sebenarnya.." kata Firshaa dengan nada yang sangat manja..

"Hmm.. Sebenarnya.. Ada sesuatu yang terjadi kat perpustakaan lama.." kata Aiman dengan nada risau.. Sambil mengubah arah kerusinya ke arah Firshaa..

"Tadi kitorang nak letak bag.. Cam biasa ah..pastu nampak dari bawah perpustakaan lama ada orang macam pakai baju warna putih keluar dari sana.. Pastu kitorang biar je lah.. Pastu bila dah beberapa saat tu.. Ada darah menitis dari atas.. Kitorang apa lagi.. Blah lah.. Kebetulan pula Cikgu ada kat situ.. Tu yang dibawa cite tu sampai pengetua.." terang Aiman panjang..

"Oii.. Dah dah lah dating.. Kerja math bila nak buat.." kata Daniel yang berada di depan mereka..

"Kerja math.. Ada ke.." soal Firshaa sambil mengerutkan dahi.. Dia risau kalau ada kerja sekolah yang tidak diketahui..

"Ah.. Bukan.. Itu tuisyen punya kerja.. Jangan risau lah.. Takde keje math pon.." kata Daniel mesra..

"Owhh.. Risau aku.. Oklah.." kata Firshaa sebagai penutup perbicaraan..

Setelah beberapa saat kemudian..

"Akhirnya.. Awak dah tahu kebenarannya.. Hihii.." kata seseorang dari tepinya Sambil memegang lengan Firshaa yang berada di atas meja..

"Si.. Siapa.. Wooo.. Harane.. Terkejut la.." kata Firshaa dan terus mengangkat kembali tangannya..

"We.. Nak tanya.." kata Firshaa dengan nada yang serius..

KELASWhere stories live. Discover now