CHAPTER 5 - BILIK KAUNSELING

64 6 1
                                        

Kriiing!!

Loceng sudah menunjukkan bahawa sudah masanya murid murid untuk balik ke rumah

"Hmm.. Balik dah ke.." soal nya sendirian di tempat duduknya..

Firshaa mengerling ke arah jam kelas yang disediakan yang berada di atas papan putih..

"Owh.. Dah balik dah kot.. Cikgu satu hari tak masuk.. Masuk pun sorang je kot... Hmm.." katanya sendirian lalu bangun dari kerusinya dan

Ketika dia sampai di hadapan bilik kaunseling.. dia teringat akan sesuatu..

"Hmm.. Nak pergi ke tak.." soalnya sambil memandang ke arah bilik kaunseling yang pintu nya sedang tertutup..

"Hmm.. Takpe lah.. Esok esok je lah.." katanya sendirian lalu pergi menuju ke tangga untuk turun ke bawah.. Dan setibanya dia di bawah.. Tiba tiba

"Oi.. Kau.. Tak nak pergi bilik kaunseling ke.." tanya seseorang yang berada di belakangnya..

Dia memandang ke belakang lalu.. Tiba tiba sahaja.. Langit mengeluarkan petir yang sangat kuat di belakang Firshaa sehinggakan Mira yang menegurnya tadi terperanjat..

"Mak kau!!.. Astaghfirullah.. Apa ni.." kata Mira sendirian lalu memandang ke arah Firshaa yang tidak menimbulkan apa apa reaksi.. Dan hanya muram sahaja mukanya..

"Mungkin bukan hari ini.. Mira.. Esok je lah.." katanya ringkas lalu pergi meninggalkan Mira..

"We.. Cikgu panggil lah tadi.. Cepatlah jom.." ajak nya sambil menarik tangan Firshaa..

"Apa.. Yang.. Huh.. We aku tak boleh hari ni.. Esok je.." kata Firshaa dengan nada sayu..

Mira tetap memaksa Firshaa untuk dia naik ke atas.. Sehinggalah Firshaa menurut kata kata Mira..

Di bilik kaunseling..

Kelihatan di hadapan Firshaa adalah dua orang guru kaunseling iaitu seorang adalah cikgu Azman dan seorang lagi cikgu perempuan yang tidak dikenali nya..

"Firshaa Amanda.. Hmm.. Sedap nama tuh.." puji cikgu Azman sambil senyum kepadanya di dalam bilik kaunseling..

Firshaa hanya diam sahaja.. Dia kaku dia atas kerusi uang didudukinya di dalam bilik itu..

"Mira?? Sini kejap.." Panggil cikgu perempuan itu kepada Mira.. Dan Mira pun pergi kepada cikgu itu.. Lalu mereka bersembang..

"Apa yang terjadi semasa di tapak perhimpunan?" soal cikgu Azman dengan lembut..

Firshaa memandang cikgu Azman itu lalu menjawab "Tak tahu" dia hanya menjawab dua patah sahaja..

"Okay.. Awak betul tak tahu ni.." soal cikgu itu dengan bersungguh sungguh tetapi dengan nada suara yang lembut..

Firshaa hanya diam di tempat duduknya..

Firshaa P. O. V on

Apa benda tu?? Dekat depan tu.. Macam ada benda je..

Aku sedang melihat sesuatu yang sedang berdiri di belakang pintu kaca yang sedang tertutup..

Cikgu ada tanya sesuatu.. Dan aku nak jawab apa ni.. Dan aku jawab "Tak tahu" Pintu tu lagi penting sekarang ni..

Beberapa saat kemudian.. Baru aku tersedar yang.. Makhluk itu.. Adalah budak kecil yang ganggu aku pagi tadi..

Dia sedang mengetuk pintu dari luar.. Tetap semua tidak Perasan akan kehadirannya..

Aku sudah menutup mata.. Dan.. Membuka balik.. Lalu aku membuka semula mataku dan dia sedang tersenyum ke arah ku.. Dan dia mengetuk pintu itu dengan sangat kuat lalu..

Aku pun apalagi..

Aku bertindak dengan menutup kedua dua telinga ku dan.. Seseorang memanggil ku..

"Firshaa??"

"Firshaa???"

"Firshaaaaaaa!!!??"

Huh.. Baru aku tersedar dan bunyi ketukan pintu itu sudah tiada..

Firshaa P. O. V off

"Haishhh.. Kau ni dah kenapa.. Termenung pastu.. Tiber je tutup telinga kau.. Pastu jerit... Pahal.." soal Mira dengan sedikit kasar..

"Hah.. Takder pape..." jawab Firshaa ringkas sambil perlahan layan membuka mata..

"Baiklah.. Memandangkan Firshaa banyak diam je tadi.. Kita sambunglah esok.. Nanti pada waktu yang sama.. Jumpa kat sini yer.." kata cikgu perempuan yang memakai nametag Julia..

*baru aku perasan cikgu tu pakai nametag Julia..* bisik Firshaa di dalam hati..

"Ok.. Saya balik dahulu.. Assalamualaikum" kata Firshaa kepada dengan nada sayu.. Seperti tadi... Dan berlalu pergi..

Ketiga tiganya menjawab salam Firshaa dan..

"Pelik lah kawan awak tu.. Mira.." Kata cikgu Julia kepada Mira

"Biarlah dia cikgu.. Kemungkinan dia memerlukan masa sedikit.." kata Mira dengan lembut kepada cikgu Julia..

"Kalau kamu tak de tadi.. Mesti dia dah pergi balik dah.. Kalau kamu ada terbaca sesuatu.. Bagitahulah kami.." kata cikgu Azman.. Sambil berjalan ke arah meja yang mempunyai laptop..

"Baik cikgu.." jawab Mira ringkas..

Berbalik kepada keadaan Firshaa..

Sekarang Firshaa sudah dalam perjalanan untuk keluar daripada sekolah.. Maklumlah jarak dari kelasnya ke luar pintu pagar jauh..

Tiba tiba sahaja otaknya teringat pasal seseorang yang suaranya persis seperti Syafiq Imran yang berada di kelas itu..

Firshaa P. O. V on

Kena datang awal lah ni esok.. Tapi aku takut lah kalau sorang je.. Dah lah dia ni boleh dikatakan super natural..

Apa yang perlu aku lakukan.. Perlukah aku mengajak Mira esok.. Kenapa dengan aku ni.. Asyik Mira.. Mira.. Mira dan Mira.. Dia kalu tahu aku boleh nampak.. Perhhhh.. Conform taknak kawan dah ngan aku..

jadi.. Adakah perlu aku ikut arahannya.. Tetapi.. Dia kata dia akan menolong aku.. Jadi.. Okay.. Aku pergi esok..

Firshaa P. O. V off

Sesampainya Firshaa di bus stop di hadapan sekolahanya.. Dia..

"Huh.. Tak sampai lagi ke mak bapak aku ni.. Dah kul 2:00 dah ni.. Maknanya dah 1 jam dah aku kat dalam bilik kaunseling tu.." katanya sendirian..

Tiba tiba seorang nenek duduk di sebelahnya dengan tongkat ditangannya...

Firshaa hanya mendiamkan diri sahaja di situ.. Dan berharap agar ibu dan bapanya cepat sampai..

Selepas 5 minit menunggu..

"Assalamualaikum.. Cu.. Cu tunggu siapa ni.." soal nenek yang berada berdekatan dengannya itu..

"Huh.. Tunggu mak dan ayah saya.." jawab Firshaa pendek..

"Nek tunggu siapa pula??" soal Firshaa dengan mengerutkan dahi.. Sambung Firshaa lagi..

"Nek tak tunggu sape sape.. Saja je nek tunggu sini.." terang nenek itu sambil memandang ke arah Firshaa..

"Ouh.." itu sahaja yang terungkap di nulut Firshaa..

Setelah lama Firshaa mendiamkan diri.. Nenek itu membuka kata kata yang mengejutkan Firshaa..

"Cu.. Nak tahu tak.. Sekolah yang cu duduk ni.. Adalah salah satu bekas pangkalan jepun pada masa dahulu.." terangnya kepada Firshaa dengan wajah nya memandang ke hadapan..

"Sekolah ni.. Ada pelbagai misteri yang tidak dapat diungkap.. Sekolah ini juga dahulunya tempat pembunuhan.. Nek pun termasuk
dalam pembunuhan itu.. Di dalam sekolah ini juga terdapat mayat yang tidak ditanam lagi" kata nenek itu lalu pergi meninggalkan Firshaa berseorangan di situ..

"Nani...Nenek pun.. Ter..ma...suk.." kata Firshaa singkat.. Dia buntu.. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.. Sudah terlalu banyak perkara yang dihadapi pada hari ini..

KELASTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang