Firshaa P. O. V on
Kenapa Harane macam tak ok je bila budak ni datang..
Kenapa.. Apa yang telah terjadi dengan mereka..
"Hm.. Awak marah saya lagi ke.." soalnya dengan sedikit berhati hati..
"Eh.. Takdelah.. Buat apa nak marah awak.. Saya dah maafkan awak.." kata Harane..
Aku hanya sekadar diam.. Acah acah tidur.. Sebenarnya aku berasa terancam sikit.. Sebab tu aku pura pura tidur..
"Hmm.. Bagus lah tu.. Boleh kita jadi macam dulu?" soalnya lembut..
Macam dulu?? Macam mana tuh..
"Hmm.. Macam mana.." soal Harane kembali..
"Macam dulu lah.. Saya nak mintak maaf.. Sebenarnya.. Amir yang ajak saya hari tu.. Saya ikut je lah.. Tak sangka dia buat macam tu.." katanya..
"Hmph.. Awak tahu kan.. Hati saya dekat siapa sekarang ni.." katanya..
"Tahu.." kata Iman pendek..
"Kalau dah tahu.. Kenapa.." kata Harane masih berlembut dengannya..
Haish.. Aku ni anak patung ke apa.. Haish.. Aku nak larii.. Toloong.. Taknak masuk dalam drama yang tak diiktiraf!!
Lagi lagi pun Harane ni suka kat aku.. Tolonglah.. aku taknak jadi orang ketiga iaitu syaitan.. Huhuhu.. Aku nak jadi orang keempat..
"Hmm.. Kenapa ngan Firshaa tu awak?" soalnya..
"Hm.. Entahlah.. Gigit bibir dah nak luka dah.." kata Harane lalu mengangkat bawah bibirku.. Lalu meletakkan semula..
Omg.. Sweetnyerr.. Hehe.. Berbunga bunga hati aku.. Hehe
"Hm.. Tak pelah.. Saya balik dulu.. Kirim salam kat mak ayah awak yer.." katanya lalu pergi meninggalkan kam berdua..
Lagi sekali aku memohon.. Aku tidak mahu jadi orang ketiga!! Hmph..
"Oi.. Bangun lah.." kata kata itu membuatkan aku terkejut dan berdiri dengan sangat pantas..
"Wuishh.. Terus bangun.. Nak tahu tak.. Tadi kan.. Ade awek beautiful dataaang.. Dia sapa akuu" kata Harane kepadaku sambil tersenyum penuh makna..
"Erk.. Aa.." aku hanya sekadar berkata kata sebegitu aku pun tak tahu apa maksudnya dan terus pergi ke dalam rumah..
Aku teringat akan sesuatu.. Ini adalah simptom simptom nak jadi sumpahan tuh.. Ini terjadi pada aku.. Start aku dengar jeritan Harane dalam gua tuh.. Terus aku tak sedar..
Pintu ni kan.. Ok kejap.. Siapa yang usik bahu bahu ni..
"Tak boleh bukak pintu ke.. Awaaak" bisik Harane..
"Aa.. Hmmph.." kataku merajuk.. Aku simpan perasaan takut ini dalam dalam..
"Ahahah.. Oklah.. Jom masuk.." katanya lalu membukakan pintu untukku..
Tetapi aku tak masuk.. Sebab aku mendengar sesuatu kat luar.. Aku terus berlari ke arah luar.. Kat tepi rumah Harane yang ada pokok pisang.. Sedang bergerak gerak.. Macam ada orang hendap..
Aku mendekati salah satu pokok pisang yang ada semak samun.. Aku mencakar pokok pisang itu dan keluarlah seorang perempuan.. Yang rasanya Iman..
"Ha.. Er.." aku mengundur ke belakang dan tersandar di depan badan Harane.. Nampaknya Harane sudah sampai.. Lalu dia menayangkan muka terkejut.. Aku fikir dia pandang Iman tapi dia memandangku.. Lalu mengalihkan pandangan ke arah Iman..
"Apa yang awak buat kat sini.." soal Harane..
"T.. Tak a.. De apa apa.." kata Iman dan berlalu pergi dari situ.. Mukanya seperti terkejut..
Harane lantas menarik tanganku lalu menarikku masuk ke dalam rumah..
Aku hanya menayangkan muka blur.. Dia membawaku masuk ke dalam bilik.. Semua yang berada di ruang tamu hanya melihat kami pelik..
Jangan cakap aku yang pelik eeh.. Orang yang tarik aku ni yang pelik.. Hmph..
Kini aku sudah berdua duaan di dalam bilik.. Macam tak biasa..
"Huh.. Huh.." dia tetercungap cungap.. Aik.. Bukan ke tadi jalan je.. Dah tercungap cungap.. Conform jarang bersukan.. Tapi kurus je aku tengok..
"Jangan mengata aku kat dalam hati pulak.." katanya lalu terus keluar dari bilik.. Dan menutup pintu!!!
Oiiiii.. Aku nak keluar.. Ueeeek.. Hmph.. Lantak ah.. Dia tak nak bagi aku kuar kot..
Aku duduk di atas tilam.. Lalu termenungkan sesuatu.. Siapa perempuan tu.. Dia cantik.. Tapi aku lagi cantik.. Hahaha..
Hm.. Aku.. Aku dah kene sumpahan tu ke.. Aku.. Aku akan mati.. Betulke.. Hisk.. Mama.. Papa.. Adik.. Achik.. Abang.. Rindu lah kat korang semua.. Maafkan Firshaa.. Kalau ada terguriskan hati korang.. Hisk..
Firshaa P. O. V off
Lalu Firshaa menangis di atas tilam.. Dia memeluk tubuhnya dengan kukunya yang tajam.. Itu tidak sama sekali mengganggu..
Situasi di ruang tamu..
"Apa.." kata Harane sambil memandang semua orang yang berada di situ..
"Kenapa kau.." soal Mira terhenti.. Takut ditengking.. Kerana sekarang Harane sedang menayangkan muka marah.. Yang membuatkan semuanya gerun melihat..
"Masaaaak.. Kau dah kenapa.. Bawak adik aku macam bawak bini haa??" soal Hisya kepada Harane..
"Biarlah.. Aku nak buat apa pun.. Dia ok je.. Yang kau nak bising kenapa.. Dah biasa aku buat.." ayat hujung itu Harane perlahankan sedikit..
"Apa.. Ayat last.." soal Nana..
"Tak de apa.." kata Harane lalu keluar daripada rumah..
Apabila Harane hendak melangkah keluar.. Dia terserempak dengan ayahnya yang baru balik daripada memburu..
"Ayah.." sapa Harane lalu menyalamnya..
"Haa.. Ni kau nak pergi ke mana petang petang ni.." soal ayahnya..
"Jumpa kawan ayah.." jawab Harane sopan..
"Owh.. Baiklah hati hati jalan.. Kalau nak pergi ke kawasan huta tu.. Hati hati lah.. Sebab ada harimau kat situ.. Dah sampai sini dah yer.." kata ayahnya..
"Baiklah.. Pergi dulu.." lalu Harane menyalam ayahnya.. Dan berlalu pergi..
Ayahnya perasan bahawa air muka anaknya itu sedikit berlainan.. Nampak seperti gusar akan sesuatu..
"Hmm.. Haa.. Kenapa dengan Harane tu.." soal ayahnya..
"Entah lah pakcik.. Waktu balik tadi.. Terus bawak Firshaa lari masuk bilik.. Pastu dia keluar dah.." terang Nana..
"Ouh.. Hmm.. Entah apa apa lah Harane itu.. Oklah.. Nak pergi mandi jap yer.." kata ayah Harane lalu pergi menuju ke biliknya..
......................
"Iman!! Awak ok ke.." soal Harane yang baru sahaja sampai di hadapan rumah Iman.. Dan segera menuju ke pondok..
"S.. Saya ok.. Cedera sikit je ni.." kata Iman pula.. Dia cuba untuk memberikan senyuman meskipun tangannya sakit kerana terkena cakaran Firshaa sewaktu di pokok pisang..
"Mari sini biar saya tengok.." arah Harane.. Lalu merampas tangan Iman..
"Erk.. Saya ok lah wak.. Hihi.. Gelilah.." kata Iman..
"Hmm.. Luka ni tak dalam sangat.. Nasib baik.." kata Harane..
"Huh.. Hm.. Firshaa kat mana sekarang niyh.." soal Iman sambil melihat Harane membalut lukanya..
"Dia.. Dekat dalam bilik kot.." jawab Harane pendek.. Dia cuba untuk menumpukan perhatian untuk membalut tangan Iman dengan pantas..
"Harane.. Pasal soalan tadi tu.. Bolehke.. Kita macam dulu.." soalan Iman tadi dilontarkan semula..
"Dah siap.. Saya balik dulu.." kata Harane.. Lalu berdiri.. Dan berkata..
"Bagi saya masa untuk Firshaa.. Itupun kalau saya berjaya lupakan dia.." kata Harane dan berlalu pergi..
"Baiklah.. Saya tunggu awak.." kata Iman sendirian sambil tersenyum..
YOU ARE READING
KELAS
ParanormalMengesahkan tentang seorang remaja perempuan yang mempunyai sixt sense.. Boleh nampak hantu.. Wuu.. Hehheheheh Actually cerita psiko tu.. Errmm.. Terpadam.. Heheh.. Tapi takpe.. Sha buat yang baru.. Tapi sedikit menarik.. Sebab baru je kumpul pengal...