"Makin lama makin pelik lah Firshaa punya badan ni.. Risau lak along.." kata Hisya yang sedang berada di tepi katil Firshaa..
Firshaa hanya diam kerana badan dia masih di dalam keadaan menggigil.. Badannya semakin lama semakin putih.. Putih yang selalu dipanggil sebagai pucat itu..
"Biar je lah dia tu.. Nanti dia sihat jugak.." kata Harane yang tiba tiba berada di situ..
"Hah.. Bila masa kau sampai.. Ouh lupa lak kau ni halimunan.. Soo.. Boleh muncul bila bila je.. Jap kenapa kau cakap macamtu hah kat adik aku.. Aku tumbuk kang.." kata Hisya sambil menjeling ke arah Harane..
"Hmh.. Oklah.. Aku datang sebab mak ajak makan.. Jom.." ajak Harane lalu keluar daripada bilik.. Sempat juga dia menjeling ke arah Firshaa..
Firshaa perasan akan layanan pelik itu.. Tetapi dia hanya membiarkannya.. Dan lebih melayan badannya yang sedang menggigil..
*nanti dia sehat jugak?? Maksudnya?? Mesti main main je ni.. Ha lantaaak* kata Firshaa di dalam hatinya..
Sementara di ruang tamu..
"Haa.. Jom makan!.. Hehe.." kata kirina dengan gaya kekanak kanakan itu..
"Hmm.. Ok jom.." kata Harith pula lalu mendokong budak 4 tahun itu..
"Hei.. Apa yang sepah sepah ni.." soal Mira yang sedang meletakkan dulang di atas lantai.. Kelihatan lantai di ruang tamu itu bersepah..
"Haa.. Yer lah nak kemas lah ni.." kata Harith lalu mengemas kesemuanya..
"Hmm.. Kita tolong tau.." kata Kirina.. Dia sudah tergedik gedik dihadapan Harith..
Harith hanya melayan sahaja si kecil itu..
"Ok.. Ni ambil mainan tu masuk dalam kotak kat tepi ni.." arah Harith.. Kirina hanya mengikuti sahaja arahannya..
Selepas mereka mengemas.. Barulah makanan dihidangkan sepenuhnya di atas lantai.. Semuanya sudah pun berkumpul.. Dan ada yang sudah menjamu selera.. Dan ada yang tidak..
"Hei tak nak makan ke.." soal Mira kepada Harane yang sedang termenung.. Dia sedang duduk di penjuru dinding memeluk lututnya..
"Haah nak.. Kenapa ni.." soal ayahnya pula..
"Makan sini.. Kalau tak nak.. Minum pun takpe.. Mari sini.. Minum je air yang mak buat ni.. Sedap tahu.. Banyak mak buat ni.." ajak maknya sambil menuangkan air jagung di dalam sebuah cawan kaca yang cantik dicorakkan..
"Hmm nantilah.." kata Harane.. Dia tetap seperti itu..
"Hnh.. Abang jom lah makan.. Minum pun jadilah.. Tak best lah kalau takde abang.. Jomlaaah" rayu Adiknya sambil menunjukkan mata besarnya..
"Hmm.. Yer lah.. Minum je tahu.." kata Harane pasrah.. Nampaknya Kirina sudah berjaya untuk membuatkan hati abangnya cair..
Lalu Harane meminum air tersebut lalu pergi daripada ruang tamu itu.. Tetapi dihalang oleh ayahnya..
"Duduk sini.. Ayah nak bincang dengan semua.." kata ayahnya sambil memegang tangan anaknya itu..
Lalu Harane menurut.. Dia duduk di tempatnya semula..
"Seperti yang dirancangkan oleh pihak kampung.. Kita akan berpindah ke suatu tempat yang jauh.. Sangat jauh dari sini untuk mengelakkan dua perkara.. Satu sebab gunung berapi yang berada di timur kampung ini.. Kawan pakcik cakap semasa dia mahu mengambil kayu hutan untuk dijual.. Di merasakan bahawa gunung itu akan meletus.. Begitu juga apa yang dikatakan oleh orang orang kampung yang lain.. Kerana kawasannya yang panas.." kata pakcik Ahmad iaitu ayah Harane..

YOU ARE READING
KELAS
ParanormalMengesahkan tentang seorang remaja perempuan yang mempunyai sixt sense.. Boleh nampak hantu.. Wuu.. Hehheheheh Actually cerita psiko tu.. Errmm.. Terpadam.. Heheh.. Tapi takpe.. Sha buat yang baru.. Tapi sedikit menarik.. Sebab baru je kumpul pengal...