Prolog

794 35 6
                                    

"TAK boleh! Mama tak benarkan Fahad kahwin dengan perempuan ni!" Punggungnya dihempas kuat di atas lantai sofa biru ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TAK boleh! Mama tak benarkan Fahad kahwin dengan perempuan ni!" Punggungnya dihempas kuat di atas lantai sofa biru ruang tamu. Pandangan matanya ditumpukan ke arah anak tunggalnya yang duduk di hadapan matanya kini. Puan Rubi bengang, bakal menantu pilihannya ditolak mentah-mentah oleh Fahad Azweer.

"Awak ni Rubi... biarlah Fahad pilih dan cari sendiri siapa bakal isteri dia," tegur Encik Hariz Rezza, suaminya. Dia menggeleng kepala seraya mengerling ke arah anak teruna tunggalnya yang duduk bersebelahan dengan Nur Iman Nabila di hujung sofa.

"Budak Fahad ni kalau tak dibagi bini cepat-cepat, jangan harap nak tengok dia balik awal, abang suka ke tengok anak abang keluar malam hari balik pagi? Entah ke mana perginya si Fahad ni? Kalau bukan ke kelab-kelab malam, sarang maksiat!" Panjang lebar Puan Rubi membalas teguran suaminya sebentar tadi.

"Apa benda mama mengarut ni?! Bila masa pulak Fahad pergi ke kelab-kelab malam?!" Fahad Azweer tegas menafikan apa yang diungkapkan oleh Puan Rubi. "Mama nak sangat kan, Fahad kahwin? Hah, ni sekarang Fahad bawak bakal isteri yang Fahad sendiri pilih, Iman. Nama dia Iman, Fahad cintakan dia seorang, tiada perempuan lain yang boleh rampas cinta Fahad. Kami dah lama kenal, mama... mama apa tahu? Asyik sibuk dengan aktiviti sosial dengan..."

"Takpelah awak, saya dah agak akan jadi macam ni..."

Belum sempat Fahad Azweer menghabiskan kata-katanya, Nur Iman Nabila yang duduk di sebelahnya segera memintas.

"Mak cik, pak cik... maafkan saya, disebabkan saya, mak cik dan Fahad... saya sedar siapa diri saya, gadis kampung, miskin dan tak setaraf dengan keluarga mak cik, saya sedar saya memang tak layak dengan Fahad, tapi jodoh maut tu ketentuan Allah, bukan mak cik yang menentukannya... saya terima jika bukan jodoh saya dengan Fahad," sambung Nur Iman Nabila lagi.

Puan Rubi memberikan cerlungan maut kepada Nur Iman Nabila. Kemudian dia mengerling ke arah Fahad Azweer. "Hah, tu... perempuan tu sendiri dah mengaku yang dia tak layak dan tak setaraf dengan kita, Fahad dengar tak?!"

 perempuan tu sendiri dah mengaku yang dia tak layak dan tak setaraf dengan kita, Fahad dengar tak?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Di Dalam Sepi Itu...Where stories live. Discover now