POV TAEHYUNG
Aku tinggalkan Haneul di belakang sambil tersenyum nipis. Aku perasan muka dia yang mula berubah warna bila aku tenung dia tadi. Perasan betul pendek tu. Tahu sangat dah dia pikir apa.
"Yah! Kim Taehyung tunggu lah!" aku dengar dia jerit dari belakang sambil berlari terkedek-kedek datang ke arah aku.
"Lembab" aku jeling dia dan sambung makan aiskrim. Aku perasan dia mencebik dan mengajuk percakapan aku tadi.
Sebenarnya masa dia jumpa Yoongi hyung, aku terr intai diorang dekat taman sekolah.
Flashback..
"Goodluck" kata aku dengan nada sinis sambil terus mengangkat kaki untuk masuk ke kelas. Langkah aku terhenti bila aku ternampak kelibat Haneul keluar dengan muka yang merah. Aku intai ke dalam kelas sekejap dan aku nampak satu kelas pandang Haneul yang baru lepas keluar dan Eunjae yang sedang berdiri di depan meja Haneul. Sah perempuan tu yang kacau Haneul.
Perempuan gedik tu tak habis-habis nak kacau hidup orang. Aku melangkah untuk mengikut Haneul. Tiba-tiba Eunjae lari ke arah aku sambil menjerit nama aku membuatkan aku berhenti berjalan.
"Taehyung!" aku pandang dia dengan muka yang tiada perasaan sambil masukkan tangan ke dalam poket.
"Awak nak pergi mana???" tanya Eunjae sambil tersipu sipu malu. Semua lelaki kat sekolah ni dia nak, patutlah ramai benci. Aku mengerutkan kening dan memandangnya dengan pandangan menyampah.
"Mind your own business, dan lagi satu stop lah kacau orang, patut lah ramai tak suka kau, tergedik-gedik" kata aku sinis serentak dengan itu memberi amaran kepadanya. Aku terus tinggalkan dia yang terpinga pinga seorang diri dekat depan kelas.
Aku cari Haneul sebab aku dah hilang jejak dia. Semua ni salah perempuan tu. Boleh pulak tahan aku. Mungkin nasib menyebelahi aku, aku terjumpa Haneul tengah duduk di atas kerusi dekat taman sekolah. Haneul menekup muka dengan kedua belah tangan, aku mula berasa simpati dengan dia, mesti dia stress.
Aku baru nak melangkah pergi dekat dia, aku ternampak Yoongi hyung datang ke arahnya. Aku tersentak dan terus menyorok. Malangnya tempat yang aku sorok terlalu jauh sampai aku tak boleh nak dengar ape yang diorang bualkan.
Lepas beberapa minit Yoongi hyung pergi, aku terus masuk ke kelas. Memang aku nak teman Haneul tadi, tapi nanti mesti dia fikir aku menyebok. Haneul tak masuk kelas dari kejadian tadi sampailah waktu persekolahan tamat. Eymi nampak macam nak tunggu Haneul untuk balik sama-sama, tapi aku halang dan aku kata yang aku akan hantar Haneul balik. Eymi mengucapkan terima kasih dan terus balik.
Tapi masalah sekarang ni aku pergi taman sekolah, tiada langsung kelibat Haneul.
Selepas keluar sekolah aku duduk di perhentian bas, geng aku yang lain semua dah balik ke rumah masing-masing. Aku masih duduk di perhentian bas dan aku akan pergi rumah Yoongi hyung lambat sikit. Aku tidur rumah Yoongi hyung lagi hari ni mungkin hujung minggu ni aku balik rumah aku. Niat memang nak keluar terus dari rumah tu, tapi nanti mak kandung aku syak macam-macam pulak.
Tiba-tiba aku nampak Yoongi hyung berjalan datang ke arah aku. Dia duduk di sebelah aku.
"Tak balik lagi?" tanya aku sambil angkat kening.
"Kau balik dengan aku kan, sebab tu aku tunggu kau" kata Yoongi hyung sambil menggulingkan mata ke atas. Aik jarang dia ni baik macam ni.
"Hyung balik lah dulu nanti aku datang lah rumah kau" kata aku sambil mengalihkan pandangan ke atas jalan raya di depan aku.
"Okey" dia mula bangun. Tapi aku memanggil dia. Aku nak tanya ape yang dia berbual dengan Haneul tadi sebenarnya. Tapi rasanya patut ke aku tanya eh?
YOU ARE READING
I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️
Fanfiction"Kau dah tumpahkan air kat baju aku , pastu nak bla cam tu je ?! , kau fikir kau sape hah perempuan ?!" - Kim Taehyung "Saya bukannya sengaja pun kan sorry lah , takkan la bende kecik macam ni pun nak besar-besarkan , kalau tak puas hati sangat buk...