POV TAEHYUNG
Selepas cikgu memberi pengumuman. Kami berjalan berkumpulan diketuai oleh Namjoon hyung. Kitaorang membeli makanan dan duduk di satu tempat yang tak ramai orang lalu lalang. Semak je kalau ramai-ramai. Lepas tu jeling-jeling. Tahu lah geng kitaorang masing-masing hensem. Pandang-pandang pulak.
Kitaorang makan makanan masing-masing. Semua beli makanan yang ringan-ringan je. Kalau beli berat takut letih and malas nak berjalan nanti. Next, kami akan pergi haunted house terus. Dengar kata seram. Aku bukannya nak masuk sangat pun, Jungkook yang nak so kitaorang terpaksa lah ikut. Haneul pun nampak teruja nak masuk rumah hantu. Dia okey aku okey lah.
Selepas masing-masing menghabiskan makanan. Kami terus bergerak menuju ke haunted house yang dibuat di dewan tingkat atas. Mungkin sebab dewan tu besar dan luas. Dan kitaorang bernasib baik sebab masa kitaorang sampai tak ramai pun orang. Mungkin diorang masih tengah makan atau kitaorang yang lambat.
Bila nampak barisan kosong, Jimin terus berlari untuk merebut barisan supaya tiada orang dapat tempat hadapan. Eik? berani sangat dia tu nak masuk rumah hantu? Kami mula mengambil tempat di belakang Jimin.
"Eh sapa nak duduk depan? Takkan aku kot" kata Jimin yang sedang merenung kitaorang yang beratur di belakang. Aku dah agak dah, dia mesti mintak tukar tempat ahaha.
"Lah tadi kau yang beria lari pergi depan" kata Hoseok hyung. Kami semua hanya memandang Jimin dan tersenyum sinis.
"Alah korang jangan buat aku macam ni, korang tahu kan aku tak boleh hantu-hantu ni" kata Jimin sambil mencebik bibir membuat muka kesian. Eleh tadi cakap Jin hyung penakut, dia pun sama.
"Ish kau ni, lembik la hyung, tepi lah biar aku duk depan" kata Jungkook dan dengan riaknya berjalan ke depan. Kami semua menahan gelak apabila melihat muka Jimin yang sedang menahan malu kerana Jungkook yang muda lebih berani darinya.
"Korang berapa orang?" tanya budak yang jaga haunted house tu pada Jungkook yang berada di depan. Jungkook mengeluarkan 9 jari bermaksud 9 orang. Aku duduk di belakang Yoongi hyung iaitu di barisan ke 4. Haneul pulak duduk di belakang aku. Aku yang suruh hehe.
"Okey standby eh?" kami satu kumpulan menganggukkan kepala. Kemudian kami dibenarkan masuk.
"Jungkook cepatlah sikit!" jerit aku. Jungkook berjalan macam kura-kura sebab dia asyik memandang kiri kanan. Aku yang dah tak sabar nak masuk dia boleh pulak jalan lambat-lambat.
"Tae saya nak duduk depan awak boleh?" tanya Haneul secara tiba-tiba. Aku mengerutkan kening.
"Kenapa?" tanya aku.
"Awak tinggi sangat lah, macam mana saya nak dapat feel masuk rumah hantu ni" berani nye lahai dia ni. Jin hyung dengan Hoseok hyung yang duduk kat belakang belum masuk rumah hantu lagi diorang dah jerit. Perempuan ni boleh relax je.
Semasa separuh perjalanan kami dah diganggu dengan sergahan apa semua. Diorang munculkan diri dengan muka yang menyeramkan. Tipu lah kalau aku kata aku tak terkejut. Terkejut jugak tapi lebih kepada nak gelak sebab muka diaorang nampak kelakar.
"HYUNG JANGAN LAH RABA AKU!" jerit Jungkook yang berada di depan.
"MANA ADA AKU RABA!" jerit Jimin pula. Jarak mereka tak lah jauh mana. Yang pergi jerit kuat-kuat kenapa. Baling batu kang!
"KAU PELUK-PELUK PINGGANG AKU!" marah Jungkook balik. Mereka berdua mendiamkan diri apabila terpandang Yoongi hyung yang sedang memandang mereka dengan pandangan yang tajam.
Akhirnya kami selamat keluar dari rumah hantu ni. Nasib baik takde yang pengsan. Rumah hantu juniour ramai kata boring dan tak seram bagi aku seram lah jugak. Aku tak expect pun rumah hantu ni seram macam ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/217569077-288-k453725.jpg)
YOU ARE READING
I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️
Fanfic"Kau dah tumpahkan air kat baju aku , pastu nak bla cam tu je ?! , kau fikir kau sape hah perempuan ?!" - Kim Taehyung "Saya bukannya sengaja pun kan sorry lah , takkan la bende kecik macam ni pun nak besar-besarkan , kalau tak puas hati sangat buk...