POV HANEUL
"KIM TAEHYUNG!!"
"HAHAHAHA PENDEKKK"
"BAGI BALIK LAHHH !!!"
Riuh suara kami berdua membingitkan telinga pelajar di dalam kelas. Nasib lah sape suruh sama kelas dengan aku dan Taehyung. Padan muka muehehe.
Eh! patutnya aku tengah marah sekarang ni! Taehyung ni pergi rampas pensil box aku lepas tu berlari-lari dalam kelas sambil melayang-layangkan pensil box tu! Eee geram nye akuuuu, dia ni betul-betul tempah maut lah!
Aku masih mengejar Taehyung yang sedang berlari. Akhir sekali, aku membuat keputusan untuk duduk semula di tempat aku dengan membuat muka masam. Ha pandai-pandai lah kau pujuk aku Tae!
"Han"
Aku mengabaikannya.
"Haneul~" panggilnya lagi sambil duduk di hadapan meja aku dan membuat muka yang comel.
"Bawak lari lah lagi pensil box tu, datang sini buat apa? buang je terus pensil box tu dalam tong sampah" kata aku dengan dingin.
"Laa kenapa dengan kau ni..? kenapa marah sangat ni selalunya okey je" balas Taehyung dengan muka yang pelik.
Aku hanya diam tidak membalas kata-katanya.
"Kau period ke?? emosi semacam je" tanya Taehyung lagi dengan suara yang diperlahankan seperti berbisik.
Mata aku terbuntang dan dengan automatik tanganku naik memukul badannya perlahan. Tak, tipu je, kuat sebenarnya.
"Aduh sakitlah!" jerit Taehyung.
"Mengarut lagi kan, padan muka!" aku merengus geram dan merampas semula pensil box aku yang berada di tangannya.
"Sorry lah" kata Taehyung yang sedang menggosok badannya yang dipukul tadi dengan muka masam.
Selepas seminit, Mr.Kang berjalan masuk ke dalam kelas untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Aku menghalau Taehyung supaya duduk di tempatnya dan Taehyung hanya akur.
............
Waktu rehat telah pun tiba. Aku meminta diri kepada Eymi dan kawan-kawan yang lain untuk pergi ke bilik guru sekejap. Nak tanya cikgu pasal pertandingan bola jaring yang aku letak nama untuk sertai tu.
Dalam perjalanan, kedengaran suara Seojoon yang mengejar aku dari belakang memanggil nama aku. Aku segera menoleh dan memandang Seojoon yang sedang berlari sambil membawa buku yang banyak.
"Hi" sapa Seojoon setelah sampai di sebelah aku.
"Hi" balas aku sambil tersenyum.
"Nak pergi bilik guru jugak ke?" tanya Seojoon dengan nafas yang tercungap cungap dengan manik-manik peluh di dahinya. Maklumlah baru lepas berlari kejar aku tadi. Sapa suruh lari, aku bukannya hilang pun. Tapi nampak hot siaa dia hshshshs.
Ehem, Haneul jangan gatal please.
"Haah, nak jumpa cikgu sebab nak tanya pasal bola jaring" aku membalas soalannya. Seojoon mengangguk kepalanya tanda faham.
YOU ARE READING
I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️
Fanfiction"Kau dah tumpahkan air kat baju aku , pastu nak bla cam tu je ?! , kau fikir kau sape hah perempuan ?!" - Kim Taehyung "Saya bukannya sengaja pun kan sorry lah , takkan la bende kecik macam ni pun nak besar-besarkan , kalau tak puas hati sangat buk...