PAGE 25

93 7 0
                                    

POV HANEUL

'Sorry

tae'

Tersenyum aku membaca semula kad yang diberi oleh Taehyung itu. Aku merebahkan badan di atas katil sambil merenung kad dan bunga di tangan silih berganti.

Well aku sebenarnya tak sangka Taehyung akan buat perangai macam tu.

"Selama aku kenal dia, tak pernah dia mintak maaf sampai macam ni sekali, kalau mintak maaf pun tak ikhlas-"

'kau tahu ke sama ade aku ikhlas ataupun tak'

Terhenti perbuatan aku bercakap dengan diri sendiri apabila kata-kata Taehyung terngiang di telinga aku. Mungkin dia betul, manusia tak boleh tahu isi hati orang lain, aku tak boleh tahu sama ada Taehyung ikhlas ataupun tidak.

Aku bangun dan terus menuju ke meja belajar aku. Laptop dibuka untuk menyambung projek yang diberi oleh Mr.Kang yang perlu dibuat menggunakan power point. Secara tiba-tiba  phone yang berada di atas katil aku berdering kuat.

Dengan pantas aku mencapainya dan menjawab panggilan tanpa melihat siapa pemanggilnya disebabkan terlalu fokus pada kerja yang terpapar di screen laptop.

"Haneul" sapa pemanggil itu dengan nada yang tenang.

"Oh hey Seojoon" balas aku sambil jari masih lincah menaip.

"Free ke?" tanya Seojoon.

"Urm not really, saya tengah buat homework ni"

"Oh sorry kacau" balas Seojoon lembut.

"Its okay, kenapa awak tanya?"

"Saja, awak perlukan apa-apa pertolongan ke untuk projek tu?"

"Nope, thankyou"

"Okay la kalau macam tu saya end dulu, bye"

Selepas Seojoon meletakkan panggilan, aku terus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada projek yang perlu dihantar sebelum besok pagi.

Selama 4 jam aku memerah otak menyiapkan kerja rumah ini, akhirnya siap juga sebuah projek yang dihasilkan oleh Kim Haneul. Aku berasa bangga kerana dalam seumur hidup aku, ini adalah kali pertama aku menyiapkan projek tanpa pertolongan sesiapa.

Mata dah mula berasa ngantuk. Aku menutup laptop dan mengemas meja belajar aku yang sedikit berselerak. Kemudian aku terus membaringkan badan di atas katil dan mencari posisi yang selesa sebelum terlena.

............

"Kau dah makan ke chocolate aku bagi tu?" tanya Taehyung yang secara tiba-tiba muncul di sebelah aku. Kami berdua berjalan beriringan masuk ke kawasan sekolah.

"Belum makan lagi, ingat nak bagi Baekhyeon sikit" kata aku dengan senyuman nakal di bibir. Niat untuk membuat Taehyung marah menjadi apabila riak wajah lelaki itu mula berubah menjadi dingin.

"Orang bagi dia, dia pulak sibuk nak bagi orang lain, baru ingat nak sweet-sweet" omel Taehyung perlahan dengan memek muka tidak puas hati. Aku tergelak kecil melihat gelagatnya itu.

Taehyung hanya menjeling aku yang masih mentertawakannya sebelum berjalan lebih laju meninggalkan aku di belakang. Dengan pantas aku meraih tangannya membuatkan Taehyung terdorong kebelakang. 

"Yah, saya gurau je la... iyee chocolate awak semua saya dah makan sampai habis" kata aku dengan nada lembut.

Taehyung mula mengukir senyuman petaknya. Aku turut membalas senyumannya. Kami bertentang mata selama beberapa saat dan kemudian terlerai apabila aku mula tersedar mukaku sudah mula membahang.

 I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️Where stories live. Discover now