PAGE 28

91 10 3
                                    

POV TAEHYUNG

Aku mengerutkan kening memandang Haneul. Dia kekal merenung aku tanpa mengalihkan pandangan.

"Kenapa kita tak boleh tolong dia?" soal aku dengan wajah yang musykil.

"Tak saya cuma rasa takde motif pun kita tolong dia" balas Haneul. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh tahu pasal plan kami ini.

"Kau cakap apa ni? Dahla jangan rumitkan keadaan" otak aku mula serabut. Dengan masalah si Seojoon tu lagi tambah pulak Haneul merungut pasal cadangan ni. Keadaan aku mula rasa tidak stabil.

"Dia dah buat awak kena gantung sekolah Tae, kenapa awak masih nak tolong dia??" soal Haneul dengan bersungguh sungguh.

"Kenapa dengan kau ni Haneul? Mestilah aku kena tolong dia takkan aku nak biar dia hadap masalah yang dia sendiri tak boleh selesaikan? Dia perlukan bantuan kita Haneul" terang aku panjang lebar dengan suara yang menaik seoktaf. Kesabaran aku sudah mula tercabar.

"Awak tak faham Tae, saya cuma taknak sia siakan tenaga kita, awak masih nak tolong orang yang dah buat awak kena tuduh dan dipandang rendah dengan semua orang?" Haneul turut menaikkan suaranya setaraf dengan aku.

"Dia kena ugut. Kau pun tahu benda tu kan?"

Tiada respon dari Haneul. Dia hanya merenung aku dengan tepat.

"Kenapa kau perlu melenting sampai macam ni sekali? Tak salah pun kita tolong dia kan? Ke kau jelous-"

""YE SAYA JEALOUS TAEHYUNG! SAYA SAKIT HATI BILA TENGOK AWAK TERLALU AMBIK KESAH PASAL DIA! AWAK SELALU BERPIHAK PADA DIA! Saya memang suka awak dari dulu taehyung , cuma awak je yang tak sedar benda tu , tapi kenapa saya rasa perasaan awak dekat saya makin hilang tae?"

Aku terkedu selepas mendengar luahan Haneul itu. Matanya mula menitiskan air mata. Aku rasa bersalah dan sakit hati melihat keadaannya itu.

"Tak Haneul. Perasaan aku sama je tak pernah hilang-"

Aku cuba untuk meraih tangannya. Tetapi dia mengelak dan mengesat air matanya kasar.

"Buat lah apa awak nak buat Tae"

Haneul mula berjalan meninggalkan aku yang diselubungi rasa bersalah. Aku tidak sepatutnya melepaskan kemarahan aku dekat dia. Niat Haneul cuma untuk mempertahankan aku. ARGH KAU BODOH TAEHYUNG.

Kaki mula melangkah untuk mengejar Haneul tapi dihalang oleh seseorang. Aku menoleh memandang orang itu dengan wajah yang bingung.

"Kau pahal hyung?!" soal aku dengan kasar pada Yoongi hyung yang menarik pergelangan tangan aku sehingga aku terdorong ke belakang.

"Buat sesuatu tu fikir dua tiga kali dulu boleh tak, tengok bila dah jadi macam ni baru kau nak menyesal bagai!" marah Yoongi hyung.

Aku mengalihkan pandangan memandang ke arah lain. Tidak sanggup untuk menatap wajah garang Yoongi.

"Biar dia tenangkan diri dulu" ujar Yoongi sekali lagi dengan nada yang lebih tenang dari tadi.

Aku menganggukkan kepala menurut kata-katanya.

............

POV HANEUL

Aku berjalan di sekitar Sungai Han dengan perasaan yang sukar untuk dikatakan.

 I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️Where stories live. Discover now