POV TAEHYUNG
"Kim Taehyung! berapa kali kamu nak kena masuk dalam bilik disiplin ni?! Saya dah penat asyik tengok muka kamu je yang sentiasa buat masalah dalam sekolah ni"
Suara cikgu disiplin memenuhi satu ruang bilik ini. Dengan muka yang bengis dia merenung muka aku sampai aku rasa belubang dah muka kacak aku ni.
Aku berada di dalam bilik ini disebabkan Seojoon tu lah!
Hari ini aku dan Jin hyung yang akan mengutip duit daripada pelajar. Tetapi ketua pengawas itu mengganggu plan kami dan memanggil cikgu untuk memeriksa tempat yang sentiasa dijadikan 'port' untuk kami mengutip duit-duit itu. Setiap murid yang lalu di situ amatlah bernasib malang.
Dengan kelajuan maksimum Jin hyung memecut lari meninggalkan aku yang terkial-kial mengutip duit yang berteraburan akibat dicampak oleh Jin hyung. Tak guna betul Kim Seokjin ni.
Dan pengakhirannya, aku berada di dalam bilik disiplin 'keseorangan' serta diherdik dan di tengking oleh guru berkaca mata di depan aku ni.
Aku hanya menundukkan kepala, tidak langsung mengangkat muka dan memandangnya.
"Saya sampai tak tahu apa hukuman yang saya patut beri kepada awak" katanya lagi.
"Apa yang membuatkan kamu terdesak sangat nak duit pelajar lain Kim Taehyung? Kamu dilahirkan daripada keluarga yang mempunyai harta yang lebih dari cukup"
Mulalah sesi bebelan selama setengah jam sampai aku sendiri tersengguk sengguk menahan ngantuk.
"Sudah, sebelum balik kamu kena bersihkan kawasan kantin sekolah, kalau kamu mengelak dari denda ini, denda lagi teruk menanti kamu, faham? Kamu boleh keluar"
Tanpa memandang guru tersebut, sepantas kilat aku melangkah keluar dari bilik disiplin itu.
............
Aku berjalan di lorong kelas yang agak sunyi kerana semua pelajar sedang fokus belajar.
Secara tiba-tiba datang seorang juniour perempuan yang kebelakangan ni sentiasa mengganggu aku.
"Oppa! tunggu!" panggilnya dengan panggilan yang membuatkan aku rasa ingin muntah. Aku hanya memekakkan telinga dan berjalan tanpa menoleh.
"Oppa"
Budak perempuan itu berhenti betul-betul di hadapan aku, senang cerita menghalang laluan aku.
Adoii banyak betul dugaan hari ni!
"Apa?" tanya aku sepatah sambil memandang ke arahnya dengan reaksi yang malas.
"Nah"
Sekotak chocolate berjenama toblerone dihulur. Aku memandang chocolate tersebut tanpa minat.
"Taknak"
Sejurus selepas aku menolak pemberiannya, aku menjelingnya sebelum melangkah pergi.
"Ambil kali ni je.. pleasee" katanya lagi dan berdiri di depan aku lagi sekali. Aku mengeluh perlahan sambil memejamkan mata.
"Aku ambik. Jangan kacau aku dah lepas ni dan stop panggil aku 'oppa', faham?" aku memberinya amaran sambil merenungnya dengan tajam.
Dia hanya mengangguk dengan muka yang dipaksa untuk senyum. Dengan segera aku mengambil chocolate tersebut dari tangannya dan mengucap terima kasih sebelum melangkah pergi.
Kalau tak cakap terima kasih macam terlampau kejam kan?
............
![](https://img.wattpad.com/cover/217569077-288-k453725.jpg)
YOU ARE READING
I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️
Fanfic"Kau dah tumpahkan air kat baju aku , pastu nak bla cam tu je ?! , kau fikir kau sape hah perempuan ?!" - Kim Taehyung "Saya bukannya sengaja pun kan sorry lah , takkan la bende kecik macam ni pun nak besar-besarkan , kalau tak puas hati sangat buk...