POV AUTHOR
Seminggu telah berlalu. Hari ini adalah hari terakhir Taehyung digantung sekolah. Dia masih lagi bekerja sambilan di kedai makan itu sebelum kembali semula bersekolah. Dapatla rasa menjadi dewasa yang dah bekerja dalam masa 2 minggu ini. Itu sudah cukup baginya.
Sepanjang 2 minggu ini, BTS dan Haneul kerap datang ke tempat kerja Taehyung untuk meneman dan kadang-kadang mereka akan membantu Taehyung jika pelanggan mula ramai.
"Hari ni kamu boleh balik rumah awal" kata Pakcik Hwang secara tiba-tiba.
Taehyung yang sedang melayan pelanggan di kaunter menoleh sekilas ke arah Pakcik Hwang. Taehyung hanya diam tidak membalas.
"Terima kasih" ucap Taehyung kepada pelanggan terakhir yang membayar di kaunter itu. Dia duduk berhadapan dengan Pakcik Hwang yang kepenatan kerana bekerja dari pagi dengan usianya yang sudah semakin berumur.
"Takpe pakcik, saya boleh stay sampai kedai tutup" kata Taehyung yang memahami keadaan Pakcik Hwang. Dia tahu Pakcik Hwang tidak mahu menyusahkannya memandangkan esok dia akan mula bersekolah seperti biasa.
"Kamu dah banyak tolong pakcik, pergi lah balik rehatkan badan tu, aku boleh handle kedai ni" kata Pakcik Hwang.
"Yelah kejap lagi saya balik"
Akhirnya Taehyung akur apabila sudah dipujuk oleh Pakcik Hwang.
"Nanti kamu rajin-rajinlah singgah kedai ni"
"Pakcik.. saya belum berhenti kerja lagi pakcik dah rindu saya ke?" usik Taehyung dengan sengihan nakal di bibir.
Automatik tangan Pakcik Hwang naik memukul bahu lelaki itu.
"Bertuah punya budak"
Taehyung masih tidak berhenti mentertawakan lelaki tua yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri.
............
Taehyung pulang ke rumah lebih awal berbanding hari biasa kerana diarah oleh Pakcik Hwang.
Sampai sahaja di rumah, Taehyung mendaki ke biliknya dengan pantas.
Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam biliknya, kelihatan ibu tirinya yang baru sahaja keluar dari bilik yang terletak di dapur.
Kening dikerutkan. Taehyung berasa bingung kenapa ibu tirinya muncul dari bilik itu dan bukan dari bilik bapanya.
"Asal kau masuk bilik tu?" soal Taehyung.
Tetapi ibu tirinya hanya memandang sepi soalan itu dan berlalu pergi ke ruang tamu. Dia kelihatan sedikit lemah berbanding sebelum ini.
Taehyung yang mula berasa aneh hanya memerhati gerak geri ibu tirinya. Tiba-tiba Taehyung perasan akan lebam di tangan dan kaki ibu tirinya. Ya, dia pernah lihat lebam itu sebelum ini, tetapi kali ini lebam itu semakin teruk.
Sifat ingin tahu membuak buak dalam diri Taehyung.
"Ah bukan ada kena mengena ngan aku pun" kata Taehyung dalam hati.
Dia mula melangkah masuk ke biliknya dan menghiraukan ibu tirinya.
Apa yang dia sedar, ibu tirinya tidak mencari pasal dengan dirinya senjak dua menjak ini. Makin peliklah Taehyung dibuatnya.
Taehyung melemparkan badannya di atas katil selepas membersihkan diri. Sungguh dia kepenatan hari itu akibat bekerja keras pada hari terakhirnya.
YOU ARE READING
I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️
Fanfic"Kau dah tumpahkan air kat baju aku , pastu nak bla cam tu je ?! , kau fikir kau sape hah perempuan ?!" - Kim Taehyung "Saya bukannya sengaja pun kan sorry lah , takkan la bende kecik macam ni pun nak besar-besarkan , kalau tak puas hati sangat buk...