POV HANEUL
Yuhoo!! hari ni hari karnival! Tak sabar nak tengok ape yang ada dekat sekolah. Sebenarnya aku tak sabar nak tengok makanan ape yang diorang jual. Papa dah bagi duit poket lebih ahaks boleh aku borong!!
"Haneul!!" aku menoleh ke belakang apabila terdengar suara Eymi yang sedang berlari ke arah aku memanggil nama aku. Aku masih dekat kawasan perumahan sebenarnya, saja je suruh Eymi datang, boleh gerak sekali pergi sekolah.
"Dah jom" aku menjeling Eymi sekilas dan menarik tangannya. Eymi perasan akan muka teruja aku yang sangat ketara. Dia mengerutkan kening sambil memberikan aku pandangan yang pelik.
"Kau asal exited lebih? Kalah budak form 1 dah" tanya Eymi. Aku hanya memandangnya sambil mengawal muka dan cuba belagak tenang.
"Excited pun salah" aku jeling Eymi dan mencebikkan bibir.
............
Sampai di sekolah, mata aku meliar di setiap kawasan sekolah. Tiba-tiba mata aku bertembung dengan sepasang mata Kim Taehyung yang tepat memandang ke arah aku dan Eymi. Taehyung berdiri dan jalan menuju ke arah kami sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar.
"Jom tunggu sana" kata Taehyung secara tiba-tiba.
"Huh?" aku dengan muka yang blur memandang Taehyung pelik.
"Kan aku kata hari tu jalan dengan geng aku" kata Taehyung. Oh! aku terlupa pulak pasal ni. Eymi di sebelah aku dah terkebil kebil. Aku mengangguk pada Taehyung dan suruh dia pergi dahulu ke tempat di mana geng dia berada.
"Weh asal Taehyung suruh kita ikut dia?" tanya Eymi selepas kelibat Taehyung berlalu meninggalkan kami berdua.
"Aku lupa nak bagitahu kau yang Taehyung suruh kita follow trip member-member dia" kata aku dengan riak muka bersalah. Eymi mesti ada plan sendiri, tiba-tiba nak kena ikut Geng Taehyung pulak.
"Ouh sokay, aku okay je ikut diorang" kata Eymi. Aku memandang Eymi sambil memberikan senyuman nipis. Kami sama-sama berjalan ke arah Taehyung dan kawan-kawannya. Sampai di meja yang mereka berkumpul, semua mata tertumpu ke arah kami termasuk Taehyung.
"Oh hi aku Park Jimin" kata salah seorang daripada mereka yang diberi nama Jimin. Aku dan Eymi memberikan senyuman kepadanya. Mereka semua mula mengenalkan diri masing-masing.
"Dan kami BTS" kata seorang lelaki yang paling terakhir sekali mengenalkan dirinya dan dikenali sebagai Jeon Jungkook. Sejujurnya aku kenal mereka semua, tapi tak kenal dengan lebih terperinci, memang kenal lah dah semua kira popular dekat sekolah nih. Tapi tak tahu pulak diorang ade nama kumpulan.
"BTS? tak pernah dengar pun" kata Eymi yang dari tadi mendiamkan diri.
"Baru letak tadi" kata Jungkook sambil tersengih menunjukkan gigi arnabnya.
"Ha Haneul! Kau kan yang ketua pengawas kita suka tu" kata salah seorang member mereka yang bernama Hoseok. Aku mengerutkan kening dan memberikan senyuman palsu.
Pap!
Yoongi memukul badan Hoseok dengan tepukan yang boleh tahan kuat. Aku mengalihkan pandangan ke arah Taehyung yang hanya senyap dari tadi. Muka dia kelihatan merah dan hanya memandang tempat lain.
"Agak-agak lah nak bercakap tu" kata Yoongi sambil memberikan jelingan kepada Hoseok.
"Sorry lah" kata Hoseok sambil mengalihkan pandangan ke arah aku. Aku hanya tersenyum melihat mukanya yang sedang menahan kesakitan.
"Dah jom pergi dataran" kata Namjoon sambil berdiri dan menggalas begnya ke siku. Taehyung bangun dan berdiri di sebelah aku sambil tangannya diseluk ke dalam poket. Memang takde style lain eh? Dia menoleh memandang aku yang sedang merenungnya.
YOU ARE READING
I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️
Fiksi Penggemar"Kau dah tumpahkan air kat baju aku , pastu nak bla cam tu je ?! , kau fikir kau sape hah perempuan ?!" - Kim Taehyung "Saya bukannya sengaja pun kan sorry lah , takkan la bende kecik macam ni pun nak besar-besarkan , kalau tak puas hati sangat buk...