PAGE 26

88 9 1
                                    

POV HANEUL

Di sekolah sekarang sangat kecoh tentang Taehyung. Tetapi aku sendiri belum tahu apa yang dah jadi. Disebabkan hati aku meronta untuk tahu apa yang terjadi, aku berjalan mendekati satu kumpulan perempuan yang sedang asyik mencerita tentang hal Taehyung.

Macam mana aku tahu? Aku terdengar nama Taehyung yang banyak kali disebut oleh mereka.

"Aku tak sangka Taehyung sanggup buat macam tu"

"Kaya tapi perangai teruk betul!"

"Menyesal aku crush dekat dia! Huh!"

"Entah-entah perempuan tu pun pernah crush dekat dia, lepas tu pengakhiran dia jadi macam tu, eeee takutlah"

"Taehyung tu psycho ke apa?"

Wah sampai begitu sekali mereka mengata Taehyung. Cuba kalau depan-depan, mesti tak keluar sepatah haram pun!

Haih masalah besar apa yang Taehyung bawak sampai jadi macam ni?

"Woi kau termenung apa? Kau tahu tak kes Taehyung tu?" soal Eymi sambil menggoncang bahu aku.

"Kenapa dengan dia? Kenapa ramai orang cakap pasal dia? Dia ada buat salah besar ke?" aku bertanya serentak dan mendapat balasan dengan muka blur Eymi.

"Sabar la dulu, kau kenapa nak tahu sangat, selalunya kau bukan nak layan kalau aku bagitahu apa-apa" bebel Eymi lebih kepada merungut.

Aku hanya menggulingkan mata ke atas sebagai balasan. Malas hendak melayan karenah Eymi yang seperti budak-budak ini. Aku dah la nak sangat tahu apa jadi dengan Taehyung.

"Boyfriend kau tu dia-"

"Sejak bila dia boyfriend aku" aku memotong percakapan Eymi dengan mata yang tajam memandangnya. Eymi hanya tersenyum mengejek dan mula menyambung percakapannya yang tergendala.

"Taehyung kena tangkap pukul budak perempuan dalam stor sukan. Terok weh budak tu kena. Dengan tangan ngan kaki terikat lagi. Aku yang dengar pun rasa sakit dia tu" terang Eymi panjang lebar.

Aku memandangnya tidak percaya. Mustahil Taehyung buat macam tu. Aku kenal Taehyung! Walaupun dia bencikan perempuan tapi dia masih boleh berfikir secara waras!

Kata-kata sekumpulan budak perempuan yang menyakitkan tadi bermain semula di fikiran aku. Aku cuba meletak diri di tempat Taehyung. Sakit. Itu yang apa Taehyung akan rasa kalau dia dengar semua ni.

Dengan pantas aku berlari pergi ke bilik disiplin selepas Eymi memberitahu Taehyung masih di bilik disiplin dan sedang disoal oleh guru disiplin. Begitu cepat cerita ini tersebar di satu sekolah sedangkan kesahihan kes ini belum lagi diketahui.

Sampai di bilik disiplin. Kelihatan kesemua member BTS ada di situ dan Taehyung juga baru sahaja keluar dari bilik disiplin. Mukanya kelihatan amat tertekan dengan masalah yang melanda.

Sebelum aku berjalan lebih dekat, seorang perempuan junior keluar dari bilik disiplin dengan muka yang dipenuhi lebam dan luka. Taehyung berbual seketika dengannya sambil disaksikan oleh BTS.

"Jimin"

Aku menegur Jimin yang berada paling dekat dengan aku. Dia menoleh memandang aku.

"Apa jadi?" tanya aku.

"Kitaorang pun tak sure sebab kitaorang baru sampai je sekolah. Cuma Jungkook je ada dengan Taehyung tadi" balasnya. Aku mengeluh perlahan.

Aku tak tahu kenapa. Tapi aku betul-betul risaukan Taehyung.

Kami hanya memerhati Taehyung dan budak perempuan itu melangkah pergi. Mungkin itulah budak perempuan yang dikenali sebagai 'mangsa' dalam kes ini.

 I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️Where stories live. Discover now