POV TAEHYUNG
Argh ape masalah ketua pengawas tuh! Belagak lah! tetiber je cari pasal ngan aku!
Aku bengang sangat sekarang ni sampai botol air mineral yang aku beli kat sekolah pagi tadi pun aku tuang je air tu kat muka aku.
STRESS.
Aku keluar dari pagar sekolah, Jungkook tetiber call aku. "Hello hyung, bodo sia kau kat mane nih lambat gila keluar". Setepek ea bodo.
Mampus aku esok kena bebel ngan Jin hyung sebab tak bagitahu awal-awal. "Aku balik sendiri hari ni". Kata aku dengan nada bersalah.
"Aduhai dieni kang nasib kau lagi tua dari aku tahu tak hyung" marah Jungkook. "Tahu" balas aku.
"Eh dieni kang, mencabar kesabaran betul, kau okey ke tak ni hyung" tanya Jungkook.
"Ok lahh dah aku nak g 7eleven jap nih, bye cakap kat diorang semua aku mintak maaf sebab buat diorang tunggu"
Haah aku memang cadang nak pegi 7eleven kejap sebenarnya aku panas, 7eleven kan sejuk ade aircond so lepak jap ah sambil tu nak beli coklat buat stock simpan kat rumah.
Aku dah habis pilih coklat kegemaran aku, badan pun dah sejuk sikit. Aku lepas keluar je dari pagar sekolah memang terus bukak butang baju. Tapi aku pakai t-shirt putih lah kat dalam.
Dalam 7eleven tu aku nak tenangkan hati sebenarnya, aku duduk mencangkung kat belakang sekali dalam 7eleven tu sambil tutup muka dengan tangan.
Aku tatau kenapa aku resah sekarang ni.
Soalan yang asyik ade kat kepala aku ni adalah kenapa Seo Joon marah sangat bila aku bercakap dengan Haneul. Dia ade perasaan kat Haneul ke? Kalau dia ade perasaan kat Haneul pun asal aku kelam kabut sangat.
Haih pelik-pelik lah kau ni Taehyung. Orang cashier kat depan tu pun tak habis-habis lalu lalang kat belakang tempat aku duduk ni. Dia ingat aku nak mencuri lah tu.
Aku jeling dia dan mula berdiri. Botol mineral yang aku buat simbah muka tadi aku still pegang. Aku tak jahat sangat sampai nak buang sampah merata. Lagipon dalam tu ade sikit lagi air. Membazir tahu tak.
Aku terus pergi depan nak bayar coklat lah.
Tiba-tiba aku ternampak sorang pompuan yang macam familiar bagi aku, aku cuba mengingati gadis yang sedang membelakangi aku sekarang ni. Lama aku diam dan akhirnya baru aku ingat bahawa perempuan ini ialah Haneul.
Lepas aku kenal tu Haneul aku terpandang sorang lelaki yang macam mencurigakan, dia cam tak tentu arah, ape masalah pun aku tak tahu.
Lepas tu lama aku perati lelaki tu.
Rupanya dia cuba nak curi dompet Haneul yang terjuntai dari poket dia.
Haih perempuan ni cuai betul lah dompet tu letak lah dalam beg kalau ye pun.
Aku perati lagi kot-kot Haneul tersedar tetapi hampa, Haneul senyap sahaja dan termenung macam takde hari esok sampai orang nak curi dompet dia pun dia tak perasan.
Pencuri ni lembab la tarik je lah lepastu terus lari bukan nye ramai pun dalam 7eleven ni. Ni mesti training. Nak je ajar dia ni mencuri.
Aku teringat botol yang aku pegang dari tadi. Lepas tu aku pandang lelaki tu. Aku sengih then baling botol tu tepat kat kepala lelaki tu.
Muka laki tu bertukar jadi marah, alolo marah ke? sakit ea? HAHAHAHA. Muka pakcik ni marah kelakar lah!
Lelaki tu terus pusing pandang kat aku. Haneul still lagi tak sedar event bunyi botol tu bapak kuat dia masih tak sedar .
![](https://img.wattpad.com/cover/217569077-288-k453725.jpg)
YOU ARE READING
I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️
Fanfic"Kau dah tumpahkan air kat baju aku , pastu nak bla cam tu je ?! , kau fikir kau sape hah perempuan ?!" - Kim Taehyung "Saya bukannya sengaja pun kan sorry lah , takkan la bende kecik macam ni pun nak besar-besarkan , kalau tak puas hati sangat buk...