PAGE 29

100 10 2
                                    

POV TAEHYUNG

Aku mencelikkan mata perlahan. Badan dibangunkan secara paksa kemudian tangan automatik naik memegang kepala. Kepala aku terasa sedikit berpusing.

Di sebelah aku terdapat sebuah meja dan sebuah dulang yang memiliki sebiji panadol berserta dengan secawan air kosong di atasnya.

Haneul masih mengambil berat tentang aku. Aku sedikit lega.

"Haneul! Kejut Taehyung ajak dia makan sekali!"

Kedengaran suara nenek Haneul dari luar yang menyuruh Haneul untuk membangunkan aku.

Dengan pantas aku berdiri dan berjalan ke arah pintu bilik. Belum sempat aku memulas tombol pintu bilik itu, Haneul memulasnya terlebih dahulu dari luar. Aku yang pada mulanya terkejut terus mengawal riak muka aku.

Haneul mengintai sedikit meja di belakang aku manakala aku masih merenungnya tanpa berkelip.

"Kenapa tak makan ubat tu?" soalnya dengan wajah yang masih kekal tegang dan dingin. Nampak seperti dia masih marahkan aku..

"Owh-"

Aku mengambil ubat dan air di atas meja itu lalu menelannya dengan laju.

"Uhuk!"

"Yah pelan-pelan lah" marah Haneul apabila melihat aku terbatuk-batuk. Hampir-hampir saja air nak terkeluar dari hidung.

Haneul berjalan mendekati aku dah mengambil dulang tadi untuk dibawa ke dapur.

Aku yang berdiri berdekatan pintu mengangkat sebelah tangan aku dan menghalang laluannya.

"Lepas kau maafkan aku, aku janji aku balik Seoul"

Kami diam merenung antara satu sama lain buat seketika sebelum Haneul menolak perlahan tangan aku dan berjalan melepasi aku tanpa berkata apa-apa.

Aku mengikutnya dari belakang selepas mengatur nafas. Suasana antara kami sangat kekok. Nenek Haneul yang baru sahaja muncul dari dapur mendekati kami berdua dan mengajak kami untuk sarapan.

Selesai sarapan, aku mengambil peluang ini untuk berjalan di sekitar kawasan ini memandangkan ini kali pertama aku datang ke sini. Buka sahaja pintu, mata aku menangkap persekitaran kampung yang sangat cantik. Untungnya Haneul ada kampung macam ni!

POV AUTHOR

Perbuatan Taehyung diperhati oleh Haneul dari dalam. Dia terlalu rindu untuk bergurau dan bergelak tawa bersama lelaki itu, tetapi apakan daya, ego lebih menguasai dirinya pada waktu ini.

Taehyung menoleh memandang Haneul di belakang apabila merasakan dirinya diperhati. Senyuman muncul di bibir melihat Haneul yang termenung sambil melihatnya. Dari segi Haneul memandangnya, dia sudah tahu perempuan itu turut merindukannya.

Tanpa berkata apa-apa, Taehyung berjalan keluar dari halaman rumah dan berjalan tanpa arah tuju. Niatnya hanyalah untuk melihat persekitaran kampung.

Bukan senang untuk melihat suasana kampung ini disebabkan dirinya sendiri yang tidak mempunyai atok dan nenek sebelah Appa mahupun belah Ommanya.

Haneul yang memerhati Taehyung mula tertanya-tanya manakah Taehyung hendak pergi?

"Ish biar je lah, pandai-pandai lah dia balik nanti" ujar hati Haneul yang cuba untuk berfikiran positif.

"tapi.. macam mana kalau dia sesat? Sampai malam dia tak balik. Nanti dia kesejukkan lagi macam semalam"

Otak Haneul pula bagaikan menindas pemikiran positif itu dan membuatkan Haneul mula berfikir perkara yang negatif.

 I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️Where stories live. Discover now