PAGE 30

96 9 1
                                    

POV HANEUL

"Seojoon" sapa aku sambil berjalan mendekati mejanya.

"Oh hi" balasnya. Aku memberi senyuman yang dipaksa. Kemudian aku menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.

"Nanti jom rehat sama-sama nak? Awak dah lama tak berlanja saya"

Aku tersengih apabila melihat mukanya yang mula berubah. Bukan aku tidak tahu Seojoon perlu berjumpa dengan Ae-ri masa rehat.

"Err hari ni tak boleh la.."

"Kenapa.." balas aku dengan suara yang sengaja diperlahankan tanda kecewa.

"Saya ada training masa rehat nanti" kata Seojoon tenang. Training yang dimaksudkan adalah training bola keranjang. Ye Seojoon ialah salah seorang wakil sekolah yang boleh tahan hebat.

"Hmm okay lah" balas aku akur.

"Hari lain ye?" katanya sambil tersenyum sebelum melangkah keluar.

Aku hanya membalas dengan senyuman. Disebalik senyuman aku sudah pasti mempunyai maksud yang tersirat. Wah terasa macam watak psycho.

"Haneul" sapa Taehyung yang memerhati aku dan Seojoon dari jauh.

"Suka eh" katanya lagi dengan muka yang masam mencuka. Lah cemburu ke lelaki ni? Dia sendiri yang buat plan ni lepas tu nak jealous. Haiyaa..

"Suka" balas aku dengan sengihan di bibir. Sengaja menambah api kemarahan dalam dirinya. Taehyung kekal mendiamkan diri. Dia memberi jelingan tajam sebelum berlalu pergi.

"Ahhh janganlaa merajuk"

Kaki mula mengorak langkah mengikutnya.

............

POV TAEHYUNG

"Kau yakin ke plan ni jadi? Kalau Seojoon dah dapat bau plan kita ni macam mana?" soal Yoongi hyung yang berada di sebelah aku. Kami sudah pun mengambil posisi dan sedang menunggu ketibaan Seojoon.

"Kau fikir yang baik-baik je la hyung" balas aku dengan wajah dengan wajah yang kerut. Bukan kerana aku rimas atau marahkan Yoongi hyung.

Tapi sekarang ni aku hanya risaukan tentang Haneul kerana mengikut rancangan, Haneul perlu mengikut Seojoon secara senyap tanpa diketahui olehnya.

"Psst"

Kepala ditoleh ke kiri dan kelihatan Jimin yang sedang menyorok di sebalik pokok sedang memandang ke arah aku.

Aku mengangkat kepala memberi isyarat kepadanya supaya meneruskan.

Jimin mula memuncungkan bibirnya ke satu sudut dimana bayangan Seojoon dan Ae-ri mula muncul. Aku mengangkat jari telunjuk dan dihalakan ke arah Jimin.

Jimin yang faham kehendak aku mula mengarah Jungkook untuk mula merakam situasi yang berlaku di depan mata kami itu.

............

POV AUTHOR

Flashback..

"Jadi apa plan kau?" soal Hoseok sambil memandang tepat ke arah Taehyung.

Mereka membuat perjumpaan di sebuah cafe milik ayah Jungkook pada malam itu hanya dengan tujuan untuk merancang plan ini.

"Dengar elok-elok. Jimin dan Jungkook tugas korang berdua, korang kena rakam Seojoon. Semua gerak geri dia korang kena pastikan kita dapat rakam. Dan untuk Namjoon, Jin dan Hoseok hyung korang bertiga perlu tunggu berdekatan dengan bilik disiplin sebab Jungkook dan Jimin akan terus pass rakaman dekat korang bertiga-"

 I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️Where stories live. Discover now