POV TAEHYUNG
"TAEHYUNG!!!" aku menoleh memandang Jungkook yang menjerit memanggil nama aku. Memang nak kena tepuk ke ape budak ni. Aku bukannya jauh sangat pun tak payah lah jerit. Sumbat lobak merah dalam mulut kang.
"Berani kau panggil aku macam tu je?" aku memandang Jungkook tajam. Dia tak panggil aku 'hyung'. Sejujurnya aku tak kesah pun, saje nak tengok reaction Jungkook bila aku buat-buat marah macam tu.
"Ala chill la hyung, bukan selalu aku panggil kau camtu" aku menjeling Jungkook yang sudah pun berada di sebelah aku. Kami berjalan menuju ke pagar sekolah. Sekarang waktu balik, siries aku letih gile. Bukannya letih sebab ape pun, letih sebab main tarik-tarik rambut dengan budak pendek tu lah. Aku serabaikan rambut dia je bukannya tarik!
Betul lah perempuan memang bahaya bila lelaki cari pasal ngan diorang. Kulit kepala aku rasa nak tercabut dah tahu tak?
Hari ni sebenarnya aku tak tahu nak tidur mana. Aku rasa macam dah banyak menyusahkan member-member aku. Ceh acah baik pulak ahaha. Takpe lah, tempat tidur nanti aku fikir. Takde tempat tidur pun aku tak kesah, aku boleh je lepak mana-mana.
"Yah Taehyung" aku mengangkat kepala dan menghalakan pandangan pada Namjoon hyung. Kitaorang tak balik rumah lagi, saje lepak-lepak dekat perhentian bas ni. Memang dah jadi rutin dah lepas habis sekolah lepak dekat sini.
"Pe?" tanya aku.
"Kau tidur rumah sape hari ni?"
"Tak tahu lagi, takpe nanti aku fikir" kata aku sambil memberi senyuman senget.
"Bila kau nak balik rumah kau Tae?" tanya Hoseok hyung secara tiba-tiba. Aku menoleh memandangnya dan kemudian terus memandang tempat lain.
"Hujung minggu ni" kata aku perlahan sambil menundukkan kepala. Dapat aku rasakan tangan Jin hyung yang berada di sebelah aku mengusap bahu aku perlahan. Semua geng aku memandang aku sayu. Diorang ni dah kenapa? Aku kerutkan dahi dan pandang wajah diorang satu per satu.
"Korang kenapa?" diorang terus mengalihkan pandangan ke tempat lain. Aku tergelak kecil melihat mereka yang mula kelam kabut.
Yeah diorang tahu aku tak suka dapat perhatian, lagi-lagi perhatian yang meraih simpati, bagi aku orang yang perangai macam tu hanya bole digelar 'attention seeker'.
"Kau tido rumah aku je lah Tae" kata Namjoon hyung secara tiba-tiba. Aku senyum dan anggukkan kepala. Kami pun bersurai balik ke rumah masing-masing.
............
Di rumah Namjoon hyung aku duduk di sofa sambil bermain phone sementara menunggu Namjoon hyung mengemas bilik tetamu. Aku nak tolong? bukan bilik aku buat ape nak tolong muahaha.
"Woi tu bilik dah kemas, kau pergi mandi dulu, baju ade kan? nanti kita makan sama-sama" kata Namjoon hyung yang baru sahaja mengemas bilik untuk aku. Aku menjeling Namjoon hyung, ingat sweet ke makan sama-sama.
"Terima kasih encik kerana memberi layanan yang baik untuk saya" aku senyum mengejek dan jalan melepasi Namjoon hyung. Namjoon hyung hanya memandang aku dengan pandangan 'nak mati awal ke budak?'
............
Selepas selesai makan malam, aku masuk bilik tetamu yang disediakan khas untuk aku ahaks. Aku baringkan diri di atas katil. Aku bukak apps whatssap dan mencari nama Haneul.
Haneul
woi
Haneul
ape?
YOU ARE READING
I HATE HER, BUT I LOVE HER | KTH ✔️
Fanfiction"Kau dah tumpahkan air kat baju aku , pastu nak bla cam tu je ?! , kau fikir kau sape hah perempuan ?!" - Kim Taehyung "Saya bukannya sengaja pun kan sorry lah , takkan la bende kecik macam ni pun nak besar-besarkan , kalau tak puas hati sangat buk...