[TAHUN 2018]
DI DALAM kesesakan lalu lintas, terdapat sepasang bakal pengantin yang akan bernikah pada hari ini. Kedengaran bunyi hon begitu kuat dan tiada henti dari pelbagai jenis kenderaan.
Berpeluh sudah sebahagian tubuh Si gadis cantik itu kerana lelah. Marah juga ada. Berkali-kali Zayen berpaling, melihat bakal isteri yang tidak senang duduk sejak tadi.
Penghawa dingin bermula dari angka satu, hingga ke angka empat. Zayen menggelengkan kepala, kemudian mengusap manja rambut bakal isterinya.
" Sabarlah. Tenang, okay? "
Ucap Zayen. Lirikan pandangan tajam Azura berikan. Lantas dia menepis telapak tangan Zayen dengan kasar. Dia mendengus.
" Kau nak aku sabar macam mana lagi? Kan aku dah kata, kalau nak nikah! Nikah malam! Kan dah kena hadap jem! Isk! "
Itu kata Azura, marah besar. Zayen diam sambil memuncungkan mulut sendiri. Melihat keadaan di hadapan, belum jua surut kesesakan itu.
Zayen mendapat panggilan telefon dari ibunya, Puan Ainul.
" Hello mama, "
Pantas Zayen menjawab panggilan tersebut. Azura buat muka kencang, lalu membuang pandang ke luar. Dalam hatinya, berbisik-bisik. Bahkan, dia turut menyumpahi Zayen dan Puan Ainul.
" Zain kat mana? Tok kadi dah tunggu dah sejak tadi. " Kedengaran nada gelisah Puan Ainul. Amat risau hatinya di kala ini.
" Jem, mama. "
" Hah? Bagi mama location. "
Lalu bergegas Zayen memberikan lokasi kepada Puan Ainul. Sudah hampir tiga puluh minit berlalu, belum pun tiba khabar berita dari Puan Ainul. Azura seakan sudah sedia untuk melepaskan gaun pengantin yang dia kenakan.
" Sayang, jap lagi bantuan kita sampai. Please, sabar. " Pujuk Zayen, menyentuh lengan Azura. Sekali lagi, Azura menepis tangan itu.
" Dah sejam kita kat sini, kau tahu tak? Aku dah penat! Panas! "
Pekik Azura, Zayen amat terkejut. Tetapi, kemampuannya hanyalah mendiamkan diri serta menghela nafas dengan panjang. Kembali dia menyandarkan kepala ke kerusi pemandu.
Zzzuuzzzzuzz
ZegggzzzggggzzBunyi Helikopter mula kedengaran. Pantas Zayen dan Azura, serta pemandu yang lain, menjengulkan kepala, mendongak ke atas. Sebuah Helikopter berwarna biru putih sudah siap mendarat untuk menjemput bakal pengantin itu.
" Bantuan dah sampai, sayang. "
Kata Zayen. Memasukkan semula kepala ke kenderaan lalu tersenyum memandang Azura. Awalnya, Azura masih mempamerkan wajah bengang, lalu akhirnya dia tersenyum. Kalah dengan ketampanan Zayen.
Tiba di lokasi pernikahan mereka, bergegas Zayen meraih tangan Azura lalu mereka berlari laju masuk ke dalam dewan tersebut. Tercungap-cungap mereka berlari sambil tertawa bersama.
" Aku terima nikahnya, Azura Binti Azriman dengan mas kahwinnya seratus ringgit dibayar tunai. "
Ijabkabul Zayen, disahkan oleh Wali, saksi, serta semua yang hadir. Tetapi, ujian Allah bermula di majlis itu. Saat Zayen mahu menyarungkan cincin permata ke jari manis Azura, gadis itu tiba-tiba jatuh pengsan di pangkuan Zayen.
" Azura... Sayang... Kenapa ni? Azura... "
Zayen menjadi kalut, memeluk tubuh Azura tiada lepasnya. Puan Ainul menghubungi Ambulans dan apabila Ambulans tiba, gadis itu langsung dikejarkan ke Hospital.

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
RomanceZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...