ZAYEN menarik keluar bagasi sendiri dari bilik pengantin itu lalu menemui ibu dan ayah mertuanya sebelum berganjak pergi bersama Julia.
Julia mendengus kasar ketika menarik bagasi sendiri. Geram melihat Zayen yang begitu pentingkan diri.
" Julia, jaga perangai elok-elok. Jaga suami kamu. "
Pesan ibunya, lalu Julia membuang muka. Kata-kata ibunya di tolak keluar dari tersimpan di dalam benaknya.
Walaupun sudah bergelar suami isteri, bagi Julia, Zayen tiada berhak ke atas dirinya. Perkahwinan itu juga bukan mahunya.
" Jangan risau, mak, ayah. Kami akan saling menjaga antara satu sama lain. Kan? "
Ujar Zayen, berpura mesra seraya memeluk bahu Julia. Pantas Julia menggeram melihat wajahnya yang penuh senyuman palsu.
" Alhamdulillah. Hati-hati bawak kereta, jangan laju. " Pesan ayah mertuanya.
Usai bertukar salam, mendengar nasihat dan melafazkan janji, Zayen dan Julia pun melangkah keluar dari rumah orang tua Julia.
Saat ibunya memeluk dia, air mata itu menitis perlahan lalu mengucup ubun-ubun anaknya seraya mendakapnya dengan erat.
" Ingat pesan mak. Mak tahu Julia takde apa-apa perasaan kat Zayen. Zayen pun begitu. Tapi tolong, hormat dia sebagai seorang suami. Sebab dia ayah kepada bakal anak kamu. "
Kata ibunya. Julia menghela nafas kecil. Tatkala ini dia sedang berperang dengan suasana hatinya yang gundah.
" Bukan mudah melupakan seseorang yang pernah membuat kau bahagia. Begitulah aku... Hatiku berteriak memanggil nama Hairul... Aku harap, Hairul dapat mengerti tentang keadaanku yang terpaksa. "
Panjang benar Julia bermadah tatkala berbisik pada hati sendiri seraya termenung melihat perjalanan yang masih jauh di hadapan.
Sekilas Zayen berpaling melihat Julia yang sedari tadi hanya berdiam tanpa memandang wajahnya.
" Asal diam? Lapar ke? "
Zayen bersuara. Julia mengendahkan pertanyaan lelaki itu. Sakit hati bertanya sendiri, Zayen pun berdiam. Bosan bertanya dengan gadis yang bisu. Anggapannya.
Tiba saja di perkarangan tempat tinggal Zayen, usai memarkir kereta, mereka bergerak masuk ke dalam bangunan yang tinggi dan megah itu.
Zayen langsung menarik bagasi sendiri dan berjalan tanpa memperdulikan Julia. Tetapi, sekilas dia menoleh lalu tersenyum melihat keadaan Julia yang kepayahan.
Kemudian,
" Kau tak reti ke nak bantu aku? "
Bentak Julia, menghempaskan bagasi sendiri. Senyum di bibir Zayen semakin melebar, lalu memusingkan badan menatap Si gadis kasar itu.
" Please... "
Ucap Zayen, menambahkan kemarahan Julia yang takkan pernah padam. Julia merenung tajam ke wajah Zayen, mahu saja membaham lelaki itu.
" Say... Please... Baru aku bantu. "
Kata Zayen, senyum-senyum nakal. Dada Julia berombak, nafasnya melaju. Geram teramat geram pada sikap Zayen yang sengaja membuatnya marah.
" Tak nak sudah! " Kata Zayen, segera berpaling lagi. Tetapi,
" Please. "
Kedengaran suara Julia. Zayen menoleh semula bersama senyum gembira. Tanpa berkata apa-apa lagi, langsung saja Zayen menghampiri gadis itu yang tidak sanggup melihat dia.

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
RomanceZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...