DIA masih berdiri dengan kepiluan di dada. Sungguh ucapan lelaki itu membuatkan dia terkilan dan hatinya terguris. Bencinya dia pada lelaki itu. Lalu datanglah dia mendekat bersama air mata yang sudah berlinangan di pipi.
" Kau memang takde perasaan! Belum pun sampai sebulan aku keguguran, kau dah nak ceraikan aku... Kau memang tak berperikemanusiaan!! Kau kejam! "
Dia melepaskan beban dengan kata-kata. Segala yang terlintas, dia huraikan pada lelaki itu.
" Julia, aku nak kita berpisah dengan cara baik. "
Ucap Zayen, menambahkan tangisan Julia semakin keras kedengaran hingga ke luar ruangan. Malu dan bingung yang Zayen rasakan.
" Kau kata, kau bahagia dengan aku. Walaupun aku bukan perempuan pilihan kau!! Setidaknya kau bagi aku peluang untuk aku berubah, kalau sikap aku yang buatkan kau tertekan! Sepatutnya kau berikan aku semangat. Buat aku gembira... Bukan patahkan hati aku... "
Julia terus terdiam bagaikan tenggelam di lautan paling dalam. Dia menundukkan kepala, membiarkan air mata jatuh mencecah lantai. Dada di pukul-pukul.
" Julia, kau kenapa? "
Sergah Zalikha, terkejut besar melihat keadaan Julia. Dia berpaling melihat Zayen yang begitu kaku.
" Zayen, kenapa dengan Julia? "
Zalikha menghampiri mereka berdua, bertanya. Namun dibalas dengan kebisuan. Tiba-tiba Julia berlari keluar membawa keperitan bersama.
Zayen cuba mengejar Julia, tapi Zalikha menghalang dengan kata-kata.
" Zayen, anak yang kehilangan ibu bapa di panggil yatim piatu. Tapi ibu bapa yang kehilangan anak, takde panggilan untuk ibu bapa itu. Jangan patahkan hati Julia lagi, Zayen. Dia dah merana. "
Kata-kata Zalikha buatkan langkah Zayen terhenti. Zalikha menyeka air mata sendiri lalu berganjak keluar. Zayen terhela nafas lalu air mata menitis dengan sendiri.
Dia mengunci niat untuk mengejar Julia. Dia menuju ke kediaman Puan Ainul, untuk berbicara dengan ibunya mengenai perkahwinannya.
///
Hairan sejenak Puan Ainul bila tetamu yang ia terima adalah anaknya sendiri, Zayen Kasyraf.
" Hai. Mimpi apa semalam sampai datang sini jumpa mama? "
Usik Puan Ainul, mengajak Zayen ke ruang tamu untuk berbual. Serius saja raut wajah yang Zayen tayangkan tatkala ibunya senyum penuh gembira.
" Zayen datang sini, sebab nak bincangkan sesuatu dengan mama. "
Ujar Zayen, memulakan perbualan. Hairan sedikit Puan Ainul mendengar nada Zayen yang jelas begitu sedih. Namun begitu dia tidak mahu cepat membuat kesimpulan.
" Berbincang? Bincang apa? " Tanya Puan Ainul, duduk bersimpuh di hadapan Zayen sambil berpeluk tubuh.
" Sebenarnya, Zayen berkahwin dengan Julia, bukan sebab Zayen cintakan dia. Tapi sebab dia mengandungkan anak Zayen. "
Mendengar kata-kata Zayen buatkan Puan Ainul tertelan liur, tidak terkejut. Wajah Zayen begitu sedih di pandangan ibunya, tidak dapat dia fahami maksud yang tersirat di balik tatapan itu.
" Mama tahu, Zayen dan Julia kahwin bukan sebab cinta. Tapi, kenapa Zayen persoalkan perkara ni? " Lanjut Puan Ainul bertanya, bingung.
" Sebab Zayen bencikan Julia. " Selamba dia memberitahu alasan yang tak masuk di akal.
" Zayen, apa sebenarnya yang Zayen mahu beritahu kat mama? "
" Zayen berjumpa dengan Julia, sewaktu Zayen bercuti ke Turki. Dan mama tahu? Kehadiran Julia di sana adalah untuk meletakkan nyawa Zayen dalam bahaya! "

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
RomanceZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...