EPI 11 : SAAT DIA MENATAPKU

59 2 0
                                    

JULIA rasakan telapak kakinya begitu sakit kerana sudah lama menunggu Zayen yang sejak tadi tidak munculkan diri.

Saat Julia mahu masuk ke dalam semula untuk menarik Zayen keluar, langkahnya terhenti bila seseorang menghubunginya.

Cepat Julia menyeluk tangan ke dalam handbag miliknya lalu mencapai telefon yang berdering lantang.

" Hairul? " Terkejut Julia bila menerima panggilan dari Hairul.

" Hairul! Mana kau pergi selama ni? Asal aku call kau tak jawab? "

Julia langsung menghamburkan pertanyaannya. Tetapi, belum pun suara Hairul kedengaran, tiba-tiba saja Zayen muncul lalu dengan sengaja melanggar bahu kanan Julia.

Dan itu buatkan HP Julia terlempar keras ke atas rumput. Zayen tanpa rasa bersalah terus masuk ke dalam kereta.

Segera Julia mengutip HPnya semula lalu di dekatkan ke telinga langsung.

" Julia, boleh aku tanya sesuatu? " Ujar Hairul. Julia bernafas lega. Sedari tadi, Hairul ternyata hanya mendiamkan diri.

" Apa dia? " Julia mengerling saat menatap Zayen dari jauh. Lantas dia berpaling.

" Aku... " Ragu Hairul untuk mengatakan. Kemudian.

" Aku dah siap lah woi! " Jerit Zayen. Julia mengendahkan saja.

" Siapa tu? Julia, kau kat mana ni? "

Julia bungkam bila Hairul dapat mendengar suara seseorang. Masakan tidak, kereta di hadapan Julia hanya beberapa langkah saja. Julia berpaling semula, menatap tajam ke wajah Zayen yang tampak sangat sengaja.

" Entah. Client kot. Aku kat office. "

Ucap Julia, membohongi Hairul. Walhal ketika ini, Hairul sedang berada di tempat kerja Julia. Dia tersenyum kecil mendengar penipuan Julia.

Namun, tidak dapat dia menyalahkan gadis itu. Dan suara yang dia dengarkan itu, jelas dia kenali siapakah pemiliknya.

Ya. Dia Zayen Kasyraf. Kini suami kepada Julia Raisha. Tunang Hairul Adli. Manakala Hairul Adli pula adalah sahabat baik Zayen.

Namun semuanya telah berakhir bila Zayen mengetahui, ayah kepada kandungan Azura adalah sahabatnya itu.

Semakin kesal Zayen dibuat Julia dan kesabarannya pun mulai habis. Tanpa berfikir lama, langsung Zayen menekan hon tanpa henti.

" Hairul sorry. I have to go. " Ucap Julia, langsung saja memutuskan perbualan.

" Kau tak boleh sabar ke? "

Marah Julia sebaik menghampiri. Langsung saja dia masuk ke dalam kereta dan duduk di seat sebelah.

" Sayangnya, aku bukan orang yang penyabar. " Balas Zayen, melemparkan senyum sinis.

///

Dalam perjalanan menuju ke rumah Puan Ainul, mereka berdua menghabiskan masa dengan bermasam muka saja.

Lagi pula antara mereka berdua, tiada apa yang perlu dibicarakan.

Tetapi, bibir Zayen bergerak-gerak. Seakan dia mahu mengatakan sesuatu tatkala merenung sekilas ke perut Julia yang belum ketara.

" Julia, " Panggil Zayen.

" Kau nak apa? " Julia menyahut dengan pertanyaan bersama nada yang kasar.

" Aku pernah dengar orang tua-tua cakap. Diorang kata, perempuan mengandung tak baik marah-marah. Nanti baby kat dalam bermasam muka. "

Ucap Zayen. Memikirkan anaknya saja, dia sudah tersenyum lebar. Bahagia. Tidak sabar mahu di panggil 'Ayah'.

Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)Where stories live. Discover now