JELING ibu Julia lalu memberi isyarat mata pada suaminya. Ayah Julia pun segera menghampiri bersama tuala mandi di dalam tangan. Tuala itu diberikannya pada Zayen yang basah sepenuhnya angkara dia.
Ketika ibu Julia bercakap di talian dengan Puan Ainul melalui telefon pintar milik Zayen, Tuan Jeffri malahan mengurung Julia bersama Zayen di dalam bilik gadis itu.
" Ayah!! "
Bentak Julia. Berpura Tuan Jeffri tidak mendengar panggilan dari dia. Zayen kurang selesa berada di dalam bilik Julia. Dia mahu berganjak pergi, tetapi pintu pula malah di kunci.
Zayen bingung dengan situasi di saat itu, lalu dia terpandang beberapa frame gambar yang tergantung kemas di dinding. Bibirnya terukir senyum secara semula jadi apabila menatap gambar masa kecil Julia.
" Comel. "
Ucap Zayen. Julia yang sedari tadi hanya memandang ke luar tingkap, langsung menoleh memandang dia. Wajahnya kelihatan marah saat melihat Zayen.
" Kau kena fikir masak-masak, Zayen! Aku tak boleh kahwin dengan kau! " Kata Julia, Zayen serius memandang dia.
" Aku juga terpaksa, Julia. " Balas Zayen. Julia mengesat sisa air mata di pipi, lalu berkata.
" Aku akan gugurkan kandungan ni. I'm promise. "
Itu kata Julia dengan nada perlahan, sekilas melihat ke daun pintu. Zayen senyum sinis, perlahan-lahan merapati Julia buatkan langkah gadis itu terus-terusan terundur ke belakang.
" Kalau kau apa-apa kan anak aku... Aku takkan maafkan kau, sampai bila-bila. " Ucap Zayen, kedengaran berupa sebuah ancaman pada Julia.
" Kalau kau tetap nak teruskan untuk berkahwin dengan aku, aku akan pastikan kau akan menyesal!! Sumpah! Aku akan buat kau menderita! "
Balas kasar Julia, turut mengugut Zayen yang sama sekali tidak membuat lelaki itu tergugat. Dia malahan tersenyum kacak di hadapan gadis itu.
" Aku benci perempuan macam kau! " Kata Zayen, mengunci langkahan Julia ke dinding.
Belum sempat Julia bersuara, pintu pun kemudian di kuak lebar dengan tiba-tiba lalu muncul keluarga Julia bersama dengan Puan Ainul di situ.
" Mama, "
Zayen terkejut melihat kehadiran pantas Puan Ainul di situ. Kemudian mereka pun berbincang di ruang tamu.
Julisa menghidangkan minuman buat tetamu, lalu masuk ke dalam bilik untuk menemani Julia. Dari sana, mereka mendengar segalanya.
" Bukan saya tak nak Zayen kahwin dengan Julia. Tapi saya nakkan kepastian, kalau betul itu adalah cucu saya. "
Ujar Puan Ainul, lembut. Namun membuatkan api kemarahan ibu Julia mendidih. Segera dia berdiri.
" Nak pastikan apa lagi? Dah terang, Zayen mengaku kalau dia adalah bapa kepada anak yang Julia kandungkan!! " Tukas ibu Julia, Puan Ainul melihat Zayen sekilas.
" Betul ke Zain? "
Tanya Puan Ainul pada anaknya. Semula ibu Julia duduk bersama kemarahan yang belum reda. Tanpa ragu, Zayen mengangguk serius.
" Saya nak lelaki ni kahwin dengan anak saya hari ni jugak!! " Ujar ibu Julia. Zayen dan ibunya terkejut, serentak mereka berdiri.
" Tapi Puan, " Puan Ainul bersuara. Pantas ibu Julia bingkas berdiri semula.
" Tapi apa? "
" Ianya terlalu singkat kalau kita nikahkan diorang hari ni. " Jelas Puan Ainul.

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
RomanceZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...