PINTU lift terbuka, suami isteri itu pun melangkah keluar tanpa sepatah kata, tanpa memandang wajah.
Cepat Zayen menggapai lengan Julia bila dilihatnya perempuan itu langsung saja menuju keluar dari bangunan itu.
" Kenapa? "
Julia bertanya bersama raut wajah yang tegang. Terkejut oleh genggaman Zayen yang membuatkan langkahnya terhenti.
" Biar aku hantar kau pergi kerja. Lagipun, jalan kita sama. "
Kata Zayen. Tiada reaksi dari Julia, hanya melepaskan tangan lelaki itu dari lengannya. Emosi yang berubah. Sukar Zayen hendak menduga.
" Tak payah. Aku tak suka bebankan orang lain. "
Ucap Julia, meneruskan langkah lambat. Senyum Zayen mendengar, walhal menyembunyikan kegeraman. Dia berjalan, berdiri di hadapan Julia.
" Julia, aku tak nak kau lupa yang kita dah kahwin. Aku suami kau dan kau isteri aku. " Ujar Zayen buatkan Julia terkerut dahi.
" Macam mana aku boleh lupa, kalau aku berkahwin dengan lelaki duda 8! Lelaki yang rogol aku! "
Julia membalas kasar perkataan Zayen bersama nada yang di tekan. Marah. Zayen tayang reaksi selamba, langsung menggenggam jemari Julia membawa perempuan itu ke tempat kereta.
Dalam perjalanan itu, Zayen banyak berdiam bersama air muka yang tak dapat di baca. Berkali-kali Julia melirik melihat wajahnya hanya seketika.
Kenderaan berhenti bila tiba di tempat kerja Julia. Diam saja Zayen di situ tanpa suara tanpa memandang.
Julia rasa canggung dengan keadaan itu. Sikap Zayen buatkan Julia rasa bersalah sedikit. Dia pun langsung keluar dari kereta Zayen dan melangkah tanpa menoleh.
Zayen teruskan perjalanan. Julia berhenti dari melangkah, dia memusingkan badan melihat Zayen berlalu pantas.
" Dia marah aku ke? " Tanya Julia sendiri.
////
Zayen merenung keluar tingkap, melihat suasana pagi yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Ada sesuatu yang buatkan dia terdiam hingga emosi berubah sedih.
Kedengaran pintu di ketuk, segera Zayen mengalihkan pandangan ke komputer. Berpura kelihatan sibuk agar tidak menerima pertanyaan pelik di pagi hari.
" Morning. "
Terdengar suara Puan Ainul, Zayen memanggungkan kepala. Tersenyum kecil melihat wanita yang di hormati. Dia mengangkat punggung lalu berganjak mendekati Puan Ainul.
" Morning mama. Ada apa mama? "
" Takde. Saja nak tengok anak mama tengah buat apa. "
Mereka duduk berbual di set sofa yang sedia ada di ruangan Zayen yang luas. Fazil pun tak lama tiba lalu menghidangkan minuman panas buat mereka.
" Zain, mama nak tanya boleh? "
Zayen berdebar tanpa sebab bila mendengar kata Puan Ainul mahu bertanya mengenai sesuatu. Itu buatkan Zayen sedikit bimbang.
" Mama nak tanya apa? "
" Irene dah tahu ke, kalau Zain dah kahwin? "
Itu pertanyaan Puan Ainul. Zayen diam sejenak, mengangkat cawan di atas permukaan meja. Kopi dihirup perlahan, tanpa memberi jawapan.
" Mama dengar dia kat sabah. Bila dia balik KL? "
Puan Ainul melanjutkan ke pertanyaan kedua. Zayen tersenyum kecil, cawan di dalam tangan di letak semula.

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
RomanceZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...