ZAYEN merapati Julia, melekapkan telapak tangan kanan ke dahi perempuan itu bersama kehairanan.
" Kau tak demam pun. " Ucap Zayen. Julia merengus seraya menepis lembut tangan itu.
" Aku cuma nak pastikan tentang sesuatu. " Ucap Julia.
" Kau nak pastikan apa? "
Tanya Zayen, berpeluk tubuh. Julia terdiam sejenak, hanya menatap wajah Zayen tanpa senyuman.
" Aku cuma nak pastikan, kalau aku takde apa-apa perasaan dengan kau. "
Ucap Julia, menundukkan pandangan mata ke lain arah. Ada sesuatu yang jelas Zayen fahami tentang Julia.
" Cuma itu? " Zayen mahukan keterangan lanjut.
" Emm. Cuma itu. " Yakin Julia memberitahu. Zayen mengetap bibir seketika sambil terangguk-angguk.
🌸🌸🌸
Usai makan malam bersama dan mandi berasingan, mereka berganjak masuk ke dalam bilik tidur Zayen. Kelihatan Julia sudah begitu gugup di belakang Zayen.
Zayen menoleh kecil, bimbang ketidakselesaan Julia. Hendak buat bagaimana lagi, itu semua kemahuan Julia.
Zayen duduk bersandar ke kepala katil, mencapai buku di atas permukaan meja lampu. Dia melihat Julia yang masih berdiri di tepi katil.
" Kenapa? " Soal Zayen. Tenang saja dia bersama Julia di dalam bilik yang sama.
" Kau tak tidur lagi ke? " Tanya Julia, cuba mengosongkan fikiran.
" Aku baca buku untuk tidur. " Jawab Zayen.
" Oh. "
Itu saja yang Julia ucapkan bersama helaan nafas panjang. Dengan jantung yang berdebar, ia naik ke katil dan baring dalam keadaan menelentang. Selimut tebal di tarik hingga ke paras dada.
Pelik Julia bila Zayen tampak tenang saja di matanya. Tidak seperti dia yang kini menyesal membuat keputusan sedemikian. Walhal, Zayen juga begitu.
Debaran yang ia rasakan sangat payah untuk ditutupi dengan ketenangan yang palsu. Kerana itu buku menjadi alasan Zayen agar Julia tidak melihat betapa gugupnya dia.
" Julia, " Panggil Zayen. Buku di tutup kemas lalu di simpan semula di atas permukaan meja.
" Kenapa? "
" Hairul dah tahu ke kalau kau dah kahwin dengan aku? "
Itu pertanyaan Zayen buatkan debar di hati Julia menghilang. Dia berpaling ke sisi melihat Zayen.
" Dah. Petang tadi dia datang jumpa aku kat office. Zayen, boleh tak aku tanya? "
Jawab Julia kemudian meminta keizinan untuk bertanya. Dia bangkit duduk dan turut bersandar ke kepala katil.
" Kau nak tanya apa? "
" Macam mana kau boleh kenal dengan Hairul? "
Itu pertanyaan Julia buatkan Zayen berubah raut wajah. Di pandangan Julia, ada kesedihan dan kebencian yang dalam tersimpan di benak Zayen.
" Dia kawan sekolej aku. "
" Korang kawan rapat? "
Tanya Julia lagi, ingin tahu tentang keakraban di antara Zayen dan Hairul. Tersenyum kecil Zayen mendengar tentang itu.
" Kita orang memang kawan rapat, tapi sekarang... Dah tak rapat macam dulu. Boleh dikatakan, kami dah putus kawan. "
" Kenapa? "

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
RomanceZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...